Anak kepada Norman Hakim dan Abby Abadi, Marissa Dania Hakim akhirnya bersuara sekaligus menjelaskan mengenai isu tular melibatkan dirinya di media sosial.

Menerusi beberapa hantaran di Instagram, gadis terbabit menerangkan mengenai beberapa perkara berkaitan.

Menurut Marissa, apa yang berlaku adalah tanggungjawabnya dan ia tiada kaitan dengan ibu bapanya yang telah membesarkan dia dengan baik.

Sekaligus, Marissa meminta agar tidak melibatkan kedua orang tuanya dan meminta semua pihak agar menjaga kata-kata supaya tidak berlakunya fitnah.

Dia pada masa sama turut menjelaskan, dia dan pihak berkaitan sudah tiada apa-apa dan akui telah melakukan kesilapan.

Ads

“Saya & Aslam Tiada Celebrate Apa-Apa Selepas Mereka Pulang Dari Mahkamah,” – Marissa Dania Bersuara, Jelaskan Beberapa Perkara “Saya & Aslam Tiada Celebrate Apa-Apa Selepas Mereka Pulang Dari Mahkamah,” – Marissa Dania Bersuara, Jelaskan Beberapa Perkara

Bagaimanapun Marissa menyayakan dia tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan untuk membela dirinya.

Ads

Marissa antara lain turut menafikan dakwaan yang kononnya dia dan Aslam meraikan penceraian Umisya seperti yang dihebohkan di media sosial oleh Misya.

Tegas Marissa, ia salah satu dakwaan tidak benar.

Ads

Bagaimanapun kata Marissa lagi setiap orang mempunyai pandangan berbeza dalam sesetengah perkara tetapi memiliki hak untuk bersuara, sama seperti dirinya.

Terdahulu sensasi tercetus di media sosial apabila seorang wanita mendakwa rumah tangganya telah diganggu Marissa.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI