Usahawan Ahmad Iqbal Zulkefli memuat naik tangkap layar perbualannya bersama Datuk Seri Aliff Syukri menerusi DM (Direct Message) di Insta Stories, pada Isnin.
Sambil menyifatkan Aliff sebagai seorang yang tegas dan pemberi nasihat yang baik bagi dirinya, bekas pembantu peribadi kepada Datuk Seri Vida itu turut sebak mengenangkan ramai yang mengambil berat akan dirinya.
“Kali ini ramai masyarakat terkejut melihat sisi penasihat beliau yang penuh santun dan menenangkan.
“Saya berjanji, bila dan apa sahaja perlukan bantuan, saya akan datang. Malam ini syahdu, bercampur sebak mengiangatkan ramai orang berjasa pada saya.
“Terima kasih Dato’ Sri @aliffsyukriterlajaklaris. Saya bakal tamatkan zaman bujang dan memegang banyak tanggungjawab,” tulisnya.
Terbaru, Vida menerusi siaran langsung di Instagram (IG Live) ada berkongsi mengenai tarikh pernikahan dan Iqbal turut meninggalkan komen ringkas iaitu ‘bulan 12’ sehingga menimbulkan teka-teki di kalangan wargamaya.
Bagaimananapun, Vida menerusi sesi tersebut tidak memperincikan hal berkenaan, sebaliknya menzahirkan ucapan terima kasih atas doa baik-baik daripada semua.
Sementara itu, Aliff yang sempat mengikuti IG Live sama turut menerikan pendapat mengenai isu melibatkan Vida dan Iqbal.