Peningkatan kes buli, samun dan ragut misalnya yang berlaku tidak mengira golongan sasaran termasuk kanak-kanak tentunya mendatangkan kerisauan di kalangan penjaga sekiranya ada ahli keluarga yang menjadi mangsa.
Lalu sebagai perlindungan, ada yang menganbil inisiatif dengan menyertai kelas mempertahanankan diri sebagai pelengkap asas keselamatan.
Menyedari akan kepentingan itu, pusat latihan khas seni mempertahankan diri, Fight For Fitness baru sahaja dibuka di Blossom Square, Bandar Rimbayu, menawarkan pelbagai kelas sukan tempur, bukan sahaja untuk kanak-kanak, tetapi untuk semua golongan usia.
Pengasas Fight For Fitness, Zy Rain @ Rainz, berkata selain belajar bagaimana caranya untuk mempertahankan diri, kelas seumpama ini juga baik untuk perkembangan kecergasan individu selain membina keyakinan.
“Selain mencegah buli dan belajar cara mempertahankan diri, kelas sukan tempur ini baik untuk kecergasan dan boleh membina keyakinan diri. Bukan sahaja sesuai untuk golongan kanak-kanak, kelas ini sesuai untuk semua golongan.
“Kami mempelawa mereka yang ingin belajar seni mempertahankan diri di sini, seawal kanak-kanak berusia lima tahun sehinggalah individu dewasa.
Setiap pelajar yang baru menyertai akan diajar dari peringkat asas sehinggalah ke peringkat profesional untuk mendalami ilmu seni mempertahankan diri.
“Saya membangunkan Fight For Fitness yang sesuai untuk semua orang. Ia bermula dengan kelas yang dibuka dalam kawasan rumahnya sejak beberapa tahun lalu. Kami menawarkan beberapa kelas untuk orang ramai seperti Muay Thai, Jiu Jitsu, Tinju dan seni pertahanan popular dari Brazil iaitu Capoeira.
“Selain kelas seni mempertahankan diri, turut disertakan program kesihatan dan kecergasan bertujuan menyediakan sukatan pelajaran latihan yang komprehensif,” katanya.
Fight For Fitness memberikan yang terbaik untuk pelajar dengan menawarkan khidmat Jurulatih Berpengalaman & Bertauliah, Pengedar peralatan Seni Mempertahankan Diri Thailand (Mongkol) dan Sukatan pelajaran latihan yang komprehensif dengan kad laporan.
Turut dilakukan ialah penggredan suku tahunan untuk semua pelajar, Pusat Pensijilan Muay Thai, Perlawanan Amatur Suku Tahun, Bootcamp ke Pusat Muay Thai Profesional di Thailand dan Perkhemahan Musim Panas/Percutian bagi peserta belia.
Zy Rain menambah, lokasi Blossom Square, Bandar Rimbayu dipilih memandangkan ia satu-satunya pusat latihan seumpamanya dibuka di kawasan tersebut setakat ini.
“Menyedari bahawa seni mempertahankan diri sukan tempur yang semakin mendapat sambutan, akhirnya saya membuat keputusan untuk membuka sebuah pusat latihan yang lebih luas dan selesa.
“Selain Taekwando, setakat ini belum ada kelas seni mempertahankan diri lain yang dibuka seperti ditawarkan Fight For Fitness.
“Ingin juga saya tekankan, setiap tenaga pengajar di Fight For Fitness mempunyai kelayakan dan tauliah masing-masing untuk mengajar sekaligus mampu memberikan sesi pembelajaran yang terbaik,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini