Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Festival Filem Asia Pasifik 2002, Khatijah Tan mendedahkan dia melangkahkan kaki ke set penggambaran filem terbaharu lakonannya, Saadiah: Bekal Kasih Merdeka tanpa sebarang persediaan.
Khatijah berkata, dia teruja untuk membawakan watak berkenaan yang dilihat sebagai wanita yang cukup besar jiwanya.
“Saya tak pernah berlakon begini. Saya tidak pernah datang berlakon dengan tangan kosong dan tanpa persediaan.
“Sukar bila kita lakonkan watak ini sebab orang akan bandingkan saya dengan Saadiah yang sebenar. Lebih-lebih lagi mereka yang mengenali Allahyarhamah.
“Jujurnya bila saya dapat skrip daripada pengarah Ellie Suriaty dan saya baca, air mata saya mengalir deras dan menusuk ke jiwa kerana cerita ini sangat besar.
“Saya beritahu Ellie saya tak buat persiapan. Selalunya saya akan bersedia dan buat kajian pada watak saya, tapi kali ini saya datang kosong,” katanya.
Membawakan watak Saadiah pada era 2012, Khatijah mengakui dia melihat lakonannya kali ini satu cabaran besar apabila melakonkan watak sebenar yang sememangnya wujud.
Ads
Khatijah menambah, dia juga menyerahkan kepada pengarah supaya membentuk dirinya menjadi Saadiah dan tidak mahu penonton melihat dirinya sebagai Khatijah Tan yang kebiasaannya dilihat di televisyen.
“Saya hargai Ellie, dia ada apa yang pengarah lain tidak ada. Dia pandai gali dan korek apa yang pelakon itu miliki.
“Jujurnya saya banyak bawa watak sedih, tapi kali ini sangat ‘halus’. Saya menjiwai watak seorang wanita yang memiliki rasa cinta mendalam pada suaminya dan perasaan rindu yang sangat indah pada masa sama menyakitkan,” katanya.
Ads
Malah kongsi pelakon yang sudah membintangi hampir 50 buah filem dan ratusan drama ini lagi, suaminya sendiri memuji lakonannya selepas menonton babak ketika dia mengayuh basikal.
“Saya sendiri menjayakan babak itu sehingga bulu roma saya naik. Suami susah nak puji, kali ini dia akui yang dilihat bukan Khatijah Tan tetapi Saadiah,” katanya lagi.
Khatijah berkata, pengalaman menjayakan filem itu memberikan sesuatu yang baharu buat dirinya dalam aspek penghayatan watak dan emosi kerana nakshahnya yang menuntut komitmen tinggi daripada semua pihak terlibat.
Ads
Saadiah diinspirasikan daripada kisah balu anggota polis yang berbasikal menghantar makanan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik, Perak selama 37 tahun dek terkenangkan kasih sayang Allahyarham suaminya, Alias Nik Daud.
Alias meninggal dunia pada 1975 dalam serangan hendap pengganas komunis sewaktu bertugas sebagai jurupandu bot di balai berkenaan.
Filem terbitan Pencil Pictures & Records milik Datuk Ayu Puteh itu turut dilakonkan oleh Azrel Ismail (Alias) dan Kaka Azraff (Saadiah 1975) dijangka akan ditayangkan di pawagam pada tahun hadapan sempena sambutan Hari Polis atau Hari Pahlawan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Mustaqim Bahadon, meluahkan rasa terhadap sikap segelintir pihak yang sering memberikan alasan setiap kali ingin memilih barisan pelakon bagi menjayakan sesebuah projek.
Jelas Mustaqim, namanya sering kali dipinggirkan pihak stesen tv gara-gara wajahnya kerap muncul di stesen tv yang lain.
Tambah menyedihkan, apabila dia ingin terus bekerja dengan stesen tv yang sama, ada pula yang meluahkan rasa jemu.
“Anak seni..bila dicadangkan nama ke stesyen televisyen, station TV A cakap eh dia banyak dengan station TV B.
“Cadang ke station TV B pula depa cakap ala awak dah selalu dengan station TV B, kami nak muka lain pula.
“Pergi station TV C, depa tanya follower berapa dan begitulah seterusnya sampai Abang Jamil….,”tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon drama, Rahimah Tanpa Rahim itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Katanya lagi, apabila dia ingin mencuba nasib bersama stesen tv yang belum pernah dia sertai, jumlah pengikut di media sosial pula yang menjadi halangan.
Bagaimanapun, menerusi ruangan kapsyen, Mustaqim menjelaskan dia tidak akan sesekali mengalah kerana dia amat menyayangi kariernya sebagai seorang anak seni.
“Apapun, I love my job. Don’t give up. Syukur Alhamdulillah,” katanya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis memberikan kata-kata semangat selain turut berharap agar isu ini tidak mematahkan semangat Mustaqim untuk terus mencipta nama di dalam industri lakonan tanah air.
Sumber: Instagram Mustaqim Bahadon
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menerusi Instagram, Amy selaku vokalis kumpulan rock lagenda, Search, ada berkongsi foto lama bersama, yang turut merakamkan figura pemain dram mereka, Yazit yang telah pun pergi mengadap Illahi kira-kira jam 11.53 pagi tadi.
Amy Search memuat naik beberapa foto throwback Search ketika di awal kemunculan, yang seterusnya menjetik rasa netizen yang membesar dengan lagu-lagu dari Search.
Serentak dengan perkongsian berkenaan, para peminat turut menitipkan ucapan takziah dan doa buat insan yang telah pergi buat selamanya.
Pagi semalam (Rabu), Allahyarham dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Wad Urologi dan Nefrologi, HKL selepas dilaporkan tidak sedarkan diri dan berada dalam keadaan kritikal.
Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Salehuddin Al-Ayubi Taman Melati, Gombak untuk dikafan dan disembahyangkan.
Difahamkan, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Taman Selasih selepas solat Asar.
Foto: Instagram Amy Search
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penampilan wanita yang didakwa sebagai kekasih gelap Aliff Aziz, Sarah Yasmine ketika satu sesi temubual bersama sebuah portal hiburan malam tadi meraih perhatian warganet.
Lalu, wanita berkenaan menjelaskan mengenai kedudukan bulu mata palsu yang dikenakanya.
“Yang mengata tentang eyelash saya, maaf, gluenya tak bagus jadi bulu mata tu nampak senget sekali.
“Selalunya pakai glue sephora/buat eyelash extensions, ini beli eyelash falsies gluenya yang dapat free sekali jadi saya pakai aja sebab last minute sangat.
“Tapi janji hari ini extensions sebab tak boleh tahan dengan falsies!,” jelas Sarah.
Perkara tersebut dikongsikannya dalam satu hantaran di Instagram.
Spekulasi mengenai penyanyi Dayang Nurfaizah yang dikatakan sedang hangat bercinta akhirnya terlerai apabila empunya badan tidak menafikan sedang berkawan rapat dengan seseorang.
Ketika diajukan mengenai...