Suami kepada Allahyarham Siti Sarah, Shuib mendedahkan kata terakhir arwah isterinya iaitu sebelum dibawa ke Hospital Chanselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM), Khamis lalu.
Menurut Shuib, 38, ketika ditemui selepas pengebumian jenazah isterinya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sg Pusu, Gombak, di sebalik kata-kata itu dia tetap percaya isterinya seorang yang kuat.
“Dia (Siti Sarah) cakap dia takut. Tapi saya tahu dialah orang yang paling kuat. Dialah manusia paling kuat dan paling baik hatinya.
“Saya banyak dapat pelajaran daripada apa terjadi. Kepada kaum lelaki dan suami, terus hargai isteri,” katanya kepada MH.
Sementara itu, Shuib turut menjelaskan, ketiga anaknya iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6 masih belum tahu mengenai pemergian ibu mereka.
“Sehingga saat ini mereka belum tahu. Ini tugas paling berat saya. Balik ini saya kena bagi tahu mereka.
Ads
“Insya-Allah saya harap semua okay. Terus mendoakan keluarga saya. Saya balikkan semua doa kalian. Kepada yang sedang bertarung dengan Covid-19 sekarang, saya mendoakan semoga semuanya dipermudahkan,” katanya lagi.
Mengenai keadaan anak keempatnya Ayash Affan yang selamat dilahirkan pada Jumaat lalu, Shuib berkata belum berjumpa dan melihat wajah anak lelakinya itu.
“Setakat ini saya baru dua kali dapat maklumat mengenai bayi Ayash. Maklumat terakhir yang saya dapat dia sangat aktif.
“Mata sudah buka, kaki dah menendang dan ada banyak pergerakan. Saya juga belum dapat gambar atau video dia. Insya-Allah dalam masa terdekat.
Ads
“Saya pun belum jumpa lagi. Terima kasih sebab doakan dia. Semoga proses pembesarannya lancar,” katanya.
Bercerita lebih lanjtut, menurut Shuib kali terakhir menatap wajah isterinya ketika menghantar ke hospital.
“Kali terakhir jumpa dia di hospital. Sebab saya yg hantar dia di wad. Terakhir saya pandang dia di katil.
“Saya terpaksa tinggalkan dia. Kemudian saya jumpa dia balik selepas dia tutup mata. Tapi saya cukup yakin dan percaya dia bidadari syurga saya,” katanya.
Ads
Ditanya apakah kata-kata isterinya yang diingati sampai sekarang, Shuib berkata Siti Sarah sentiasa berpesan jaga anak-anak.
“Dia nak saya jaga anak-anak dengan baik. Saya akan didik sebaik mungkin menjadi anak solah dan solehah,” katanya.
Terdahulu media melaporkan penyanyi lagu Kesetiaan itu disahkan meninggal dunia jam 5.13 pagi, hari ini.
Ia selepas tiga hari Siti Sarah dimasukkan ke ICU hospital itu akibat tahap oksigen menurun.
Disebabkan itu, Siti Sarah terpaksa ditidurkan dan doktor perlu mengeluarkan bayi dalam kandungan yang ketika itu berusia tujuh bulan atau pramatang.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Siapa sahaja yang tidak mengenali dengan kumpulan penyanyi KRU yang pernah terkenal dengan lagu Awas, Oh La! La!,Jangan Lafazkan dan banyak lagi.
Menerusi akaun instagram, Norman Abd Halim telah meluahkan rasa rindu terhadap kumpulan KRU yang telah dibubarkan pada tahun lalu.
“Walaupun dah bersara, saya tak boleh lupa tarikh 19 Mei bila saya, @yusryabdhalim & @edryabdhalim tandatangani perjanjian sebagai artis rakaman EMI. 27 tahun telah berlalu & banyak telah kita lalui bersama.”
“Terima kasih kepada semua yang menyokong secara langsung, sebagai peminat kami selama ini & berkongsi kenangan suka duka bersama. Hari ini adalah hari kita. Kita semualah KRU. Selamat Hari KRU”tulisnya.
Setelah lima minggu bersiaran menemui penonton, siri komedi keluarga berjudul Take CTRL bakal melabuhkan tirai dan episod akhir akan ditayangkan pada Sabtu ini.
Bagi anda yang masih belum atau baru mengikuti siri komedi ini, Take CTRL merupakan sebuah drama bergenre sains fiksyen yang menceritakan kisah sebuah keluarga menghadapi pelbagai konflik dan rintangan setelah terperangkap di dalam dunia permainan.
Siri komedi sebanyak enam episod ini telah dibintangi pelakon Shaheizy Sam memegang watak sebagai Papa manakala Hana Nadira pula sebagai Mama.
Di samping itu, Take CTRL turut dijayakan bersama beberapa para pelakon pelbagai bangsa antaranya bintang Maharaja Lawak Mega (MLM) Prakash, Chi Ho, Jinnyboy dan ramai lagi.
Menerusi episod terdahulu, Papa bersama Mama masih lagi terperangkap dan ada satu watak misteri yang akan muncul membantu Sky dan Ram untuk selamatkan mereka berdua.
Adakah mereka bakal berjaya untuk menyelesaikan tugasan dan menamatkan permainan tersebut? Sama-sama kita saksikan episod akhir Take CTRL yang bakal bersiaran jam 9 malam di saluran TA-DAA (612), pada 5 Mac ini.
Terlepas Masih Ada Peluang Menonton
Manakala buat anda pelanggan ASTRO yang sebelum ini terlepas menyaksikan Take CTRL
jangan kecewa. Anda juga masih boleh menyaksikannya dengan hanya strim pada bila-bila masa di On Demand dan Astro GO.
Nama pelakon Azhar Sulaiman sejak akhir-akhir ini sering diperkatakan susulan imej seksi anak bongsunya, personaliti media sosial popular, Kasih Iris Leona.
Dalam satu entri di laman Instagram miliknya, Azhar berkata dia sudah menegur anaknya agar tidak tampil terlalu seksi.
Walaupun Leona sering dikecam netizen, namun Azhar sebagai bapa berkata dia tetap bersyukur dikurniakan anak seperti Leona.
“Syukur Alhamdulillah, ada anak seperti Kasih Iris Leona.
“Ya, dia suka pakai seksi… dah cakap jangan seksi, ya tetap bergambar seksi.
“Setiap ibu bapa akan ada pelbagai jenis masalah dengan anak-anak mereka.
“You name it lah segala problem yang seorang anak boleh conteng arang pada parents dia.
“Pada saya biarlah “begini dari begitu”. Zaman dulu saya lebih teruk kalau nak renung balik zaman muda saya dulu,” tulis Azhar.
Dalam pada itu, Azhar, 51, juga berkata dalam membesarkan anak-anak, dia reda dengan segala perkara kerana ia mungkin merupakan balasan kepada masa lampaunya.
“Anak-anak adalah balasan kepada apa yang kita buat semasa bujang dulu.
“Saya redha dan harap dapat menjaga keluarga saya dengan sebaik-baiknya,” tulis Azhar lagi.
Azhar berkahwin dengan Chempaka Emalin Pahamin pada 1996.
Hasil perkahwinan, dia dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Kasih Leia Ixora, 23, serta pasangan kembar, Andika Rees Pahamin dan Kasih Iris Leona yang kini berusia 20 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.