
Selebriti popular, Noor Neelofa meluahkan rasa syukur gembira atas perkahwinan abang iparnya, Dr Mohd Fakhrudin Amir Mohd Ismail bersama penyanyi Singapura, Aisyah Aziz, pada Jumaat lalu.
Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 36, turut berkongsi sebuah vlog perjalanan ke Singapura bersama suaminya, Mohd Haris Ismail, yang juga adik kepada Dr Mohd Fakhrudin Amir.
Teruja Di Hari Penuh Makna
Menerusi vlog yang dikongsikan ibu kepada dua cahaya mata itu, ia sekali gus menggambarkan momen istimewa tersebut sebagai satu detik penuh makna buat dirinya seisi keluarga.
“Berlepas ke Singapura untuk meraikan rasa cinta bersama keluarga. Saya begitu gembira kerana menjadi sebahagian daripada hari istimewa Aisyah dan abang ipar saya, alhamdulillah,” katanya menerusi ruang kapsyen.
Dalam vlog tersebut, Neelofa turut merakamkan suasana penuh bermakna sepanjang majlis akad nikah yang berlangsung di sebuah masjid di Singapura, selain turut sebak tatkala menyaksikan momen penuh emosi itu.
Sehingga kini, hantaran itu sudah pun menerima lebih 140,000 tanda suka yang disusuli dengan ratus komen yang ditinggalkan warganet.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
View this post on Instagram
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI