Pembabitannya dalam bidang seni bermula selepas menyertai program realiti Mentor Milenia musim kedua yang disiarkan di TV3 pada 2017. Ketika itu, Syeera Aziz terpilih menjadi protege kepada penyanyi Black Hanifah.
Selama beberapa minggu berjuang dalam program itu, Syeera Aziz, 24, atau nama sebenarnya Nur Syaheera Abd Aziz berjaya mara ke peringkat akhir dan berada di tempat keempat.
Bagi Syeera, biarpun tidak bergelar juara itu bukan titik noktah kepada minat nyanyiannya sebaliknya menjadi langkah untuk terus mengorak langkah sekaligus mengembangkan bakat dimiliki.
Tuah buatnya apabila dia merakamkan single sulung berjudul Redhakanlah pada 2018 yang turut menjadi antara lagu tema drama 100 episod, ‘Cinta Tiada Ganti’ yang ditayangkan di saluran Astro Prima.
Tidak hanya menyanyi, Syeera juga mula berjinak jinak dalam bidang lakonan. Baginya, seni itu tidak terbatas pada satu bidang semata-mata.
“Saya memang dari kecil suka menyanyi. Tapi nak ikutkan zaman sekarang ini setakat menyanyi saja susah. Jadi apa salahnya mencuba dalam bidang lakonan juga. Mungkin selepas ini mengacara pula.
“Seni ini berlandaskan bakat. Jadi apa saja boleh buat. Memandangkan saya masih baru, jadi tiada masalah untuk bahagikan masa antara kerjaya nyanyian dan lakonan. Insya-Allah mana tahu selepas ini ada peluang untuk mengembangkan lagi bidang seni yang diceburi. Kalau boleh memang nak sibuk,” katanya.
Ads
Terbaharu, Syeera muncul dengan single Panggil Sayang. Single kedua terbitan Nova Music ini mengetengahkan genre pop.
Menurut Syeera, lagu ciptaan Shazee Ishak dan Audi Mok serta lirik oleh Shazee Ishak, Audi Mok dan penerbit drama itu, Arisz Ab Rahman disifatkan ‘fresh’.
“Kelebihan yang ada pada lagu ini adalah ia sebuah lagu yang segar, lirik dan melodi yang senang untuk pendengar ingat dan ‘sing-along’. Lirik pula yang boleh dikaitkan dengan ramai pendengar.
“Dalam masa sama, lagu ini sangat kena dan sesuai dengan trend lagu masa kini yang boleh digunakan untuk kandungan media sosial. Jadi, bagi saya ia sebuah karya yang menarik,” katanya.
Menyedari ‘trend’ industri hiburan tanahair yang mana kebanyakannya lebih gemar menggunakan pendekatan gimik agar sesebuah produk, karya atau naskah itu menjadi tular dan diperkatakan ramai, berbeza dengan Syeera.
Ads
Pengalaman dihina, dikutuk, menjadi mangsa sindir badan atau ‘body shaming’ membuatkan dirinya selesa untuk tidak menggunakan cara gimik.
“Sebelum ini tak terfikir nak buat ‘marketing’ macam itu baik dari segi gimik bukan-bukan atau apa saja. Malah, saya juga tak tahu jika perkara itu boleh menaikkan lagu kita. Tapi sekarang bukanlah saya nak buat macam itu.
“Saya selesa menjadikan platform TikTok sebagai medium untuk mempromosikan lagu ini. Sebab itu saya pilih genre lagu ini. Saya belum bersedia untuk dikecam sekali lagi.
“Pengalaman sebelum ini sangat teruk sehingga menganggu emosi. Kecaman diterima hanya kerana saya sedikit berisi adalah sangat keterlaluan.
Ads
“Jadi saya fikir untuk sekarang ini tak perlu nak ulang lagi. Saya takut kalau buat gimik bukan-bukan, lebih teruk saya kena. Memang kita tak boleh nak halang apa orang cakap, tapi selagi kita boleh kawal tindakan kita, saya cuba. Tapi, jika gimik yang nak dibuat itu saya boleh terima, saya okay saja,” katanya.
Apa yang pasti, Syeera menaruh harapan besar agar single keduanya ini dapat diterima baik pendengar sekaligus boleh menjadi siulan dan tular.
“Harapan saya terhadap lagu ini semoga dapat menghiburkan pendengar walaupun lirik lagu mengisahkan kehidupan seseorang yang sentiasa berseorangan atau ‘single’.
Namun, terdapat juga motivasi yang ingin disampaikan dan melodi lagu yang boleh mengubah ‘mood’ kesunyian seseorang untuk sentiasa berfikiran positif dan ‘happy’.
“Saya juga berharap lagu ini dapat diterima baik peminat sekaligus boleh dimainkan di stesen radio tempatan. Jauh di sudut hati juga saya mahu single kedua ini berjaya seperti kebanyakan lagu penyanyi sedia ada. Apa pun, saya tetap percaya pada rezeki Allah SWT,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
https://youtu.be/vfuNkH_wFDU
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Shila Amzah telah selamat bergelar isteri kepada pempengaruh, Ubai dalam majlis akad nikah yang berlangsung di Boathouse, Ampang, Kuala Lumpur pada Sabtu.
Kedua mempelai ini dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan yang juga merupakan penyanyi terkenal, ND Lala.
Bagaimanapun ND Lala atau nama sebenarnya Datuk Amir Amzah Salleh dilihat bergegas meninggalkan majlis sebaik sahaja sesi akad nikah selesai.
Malah, penyanyi lagu Dari YB ini juga tidak muncul pada sesi fotografi bersama keluarga.
Turut tidak kelihatan pada sesi itu adalah adik kepada Shila, Syada Amzah.
Dalam masa sama, pihak media turut menghantar pesanan ringkas menerusi aplikasi WhatsApp kepada ND Lala untuk ditemubual, namun tidak mendapat sebarang maklum balas.
Sementara itu, isteri ND Lala, Datin Fauziah Sarman juga enggan ditemubual oleh wartawan.
Terdahulu, selepas mendedahkan wajah wanita bernama Siti Munirah dengan keterangan gambar ditulis ‘penyondol’, Fauziah mengesahkan wanita itu adalah isteri kedua ND Lala yang juga madunya.
Hantaran itu sekali gus mengesahkan spekulasi ND Lala bernikah seorang lagi selama ini.
Sebelum ini, ND Lala dikaitkan dengan dakwaan berkahwin baharu dengan wanita yang jauh lebih muda daripada isterinya.
Difahamkan, Siti Munirah bukanlah asing dengan keluarga Fauziah dan ND Lala kerana dia adalah rakan sekolah Shila.
Mereka pernah belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Setapak Indah dan Siti Munirah sering berkunjung ke rumah mereka untuk majlis tertentu terutama keluarga.
Malah, Shila pernah memuat naik hantaran di Instagram sedang mencari Siti Munirah, baru-baru ini. Ia dipercayai berhubung mengenai spekulasi terbabit.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara dan usahawan, Nana Mahazan berpendapat pemilihan Elly Mazlein bagi mengemudikan Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) bersama Nabil Ahmad menggantikan Jihan Muse yang kini sedang berpantang sebagai bersesuaian dengan konsep program.
Nana bagaimanapun tidak menafikan dalam ramai penonton yang suka, sudah pasti akan ada juga yang sebaliknya.
“Bagi saya, cara pengacaraan seseorang pengacara itu berbeza-beza. Mengapa dia mendapat kepercayaan di GV9 mungkin kerana karektor selain bagaimana caranya menampilkan diri.
“Kalau ada orang yang suka dan tidak (cara pengacaraan), itulah kehidupan. Kita tidak boleh nak buat seratus peratus orang suka kita. Sebab saya sendiri dulu pun pernah dikecam. Jadi kita kena faham dengan situasi tersebut,” katanya kepada MH.
Nana pada masa sama akui terhibur melihat cara pengacaraan Elly di samping Nabil Ahmad.
“Saya ada menonton program tersebut, meriah. Saya boleh ‘related’, saya mengenali Elly bagaimana. Ketika bekerja atau di luar waktu kerja, dia ialah orang yang sama ketika di atas pentas. Dia memang ‘meriah’ begitu.
“Bagi saya dia berjaya menjadikan program itu ‘hidup’. Sudah tentu kita tidak boleh membandingkan dengan Jihan. Mereka dua individu yang berbeza. Apapun, itu pandangan masing-masing.
“Apa yang saya tahu, sesiapa saja yang akan naik pentas, pegang mikrofon dan akan mengemudikan sesebuah rancangan, kita hanya nak pastikan ia dilakukan dengan baik. Cuba beri lebih daripada 100 peratus.
“Mungkin kadang-kadang kita ‘terover’, tak perasan dalam fokus nak beri yang terbaik. Pada kita mungkin itu yang terbaik kita boleh beri, mungkin pada orang lain tak cukup bagus.
“Persepsi orang berbeza-beza. Tapi saya percaya siapa yang dapat mikrofon untuk menghiburkan, dia pasti akan cuba sehabis baik. Kalau duduk tegak mengacara pun, orang akan berkata juga,” katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Nana yang kini sukses mengusahakan Sambal Bilik Selauk Nana akui masih lagi aktif sebagai pengacara.
“Sekarang bisnes adalah perkara utama yang saya sedang lakukan. Kita pun berkongsi rezeki, malah perniagaan sudah menjadi sesuatu yang serius bagi saya.
“Apa pun saya masih belajar dan cuba untuk beri impak baik kepada orang di luar sana yang sama-sama jana pendapatan. Pada masa sama, saya juga masih aktif mengacara cuma kali ini lebih selektif,” katanya.
Ibu kepada dua cahaya mata ini ditemui di acara 8th Selangor International Expo 2022 di Kuala Lumpur Convention Centre, pada Ahad.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menerusi entri terkini di Instagram, pelakon dan pengacara Norman Hakim ada berkongsi sekeping foto ketika sedang tidur sambil berdiri.
Kongsi Norman, situasi tersebut berlaku selepas 9 hari berturut-turut menjalani satu pengambaran drama bersiri, Fam I Love You untuk tayangan di Astro Ceria.
“Selepas 9 hari berturut2 keluar lepas Subuh & balik sebelum Subuh untuk shooting #familoveyou #astroceria.
“Akhirnya saya dapat develop satu skil baru yg saya sendiri tak sangka saya ada skil tu iaitu tidur sekejap sambil berdiri di sebalik tiang.
“Gambar curi ni diambil oleh @zazasofiazainal the production manager,” tulisnya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat memberi nasihat kepada Norman untuk sentiasa tabah dalam menjalankan tugas sebagai seorang pelakon.
Sekadar informasi, Norman merupakan juara Hero Remaja 1993/1994 dan telah memulakan karier lakonan sekitar tahun 1996.
Foto: Instagram Norman Hakim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!