Akui dirinya menganggur sejak Mei lalu selepas program kendalian, CCTV ditamatkan siaran, pengacara dan penyanyi, Aril Pilus bagaimanapun menjelaskan situasi yang berlaku bukanlah tiket untuk dia meraih simpati.
Menurut Aril atau nama sebenarnya, Khairil Azam Pilus, 37, dia bersyukur dengan cara hidup sederhana, sedikit sebanyak membantu dirinya menguruskan kewangan keluarga dengan semampunya.
“Setelah tujuh tahun mengendalikan program CCTV, pihak Astro buat keputusan menamatkannya. Kali terakhir ia bersiaran pada bulan puasa lalu.
“Tipulah kalau cakap saya tak terkesan. Sesiapa yang alami perkara yang serupa pasti akan memahami perasaan itu.
“Alhamdulillah, walaupun dah tak ada kerja sekarang, saya belum lagi terdesak sehingga terpaksa meminjam duit orang. Saya sendiri berharap dan berdoa agar ia kekal begitu.
Ads
“Bila jadi macam ini, saya lihat balik dan bersyukur, sekurang-kurangnya saya ini bukan jenis orang yang suka hidup bermewah-mewahan. Saya tak reti nak pakai kad kredit dan hutang saya dengan pihak bank cuma kereta, selain bil harian.
“Saya tak berbelanja barang jenama mewah. Bukan tak pernah lalui zaman itu. Saya fikir, tak mengapa, cukup hidup dengan apa adanya buat sementara ini. Sebolehnya saya cuba untuk kurangkan komitmen yang tak perlu… tak nak pinjam meminjam ini,” katanya kepada MH.
Walaupun kehilangan pekerjaan, Aril berkata dia tidak putus semangat dan kini sedang berkira-kira untuk menceburi bidang akademik pula.
Ads
“Saya kena bangkit walaupun pernah beberapa kali diserang anxiety. Jadi, saya cuba usahakan sesuatu bersama Alif Farhan, bekas hos program CCTV untuk buat program sendiri di YouTube.
“Selain itu, ada juga hasrat nak ceburi bidang akademik. Saya tunggu majlis graduasi pada Oktober ini dan akan cari peluang dalam bidang itu pula. Mana tahu boleh kongsikan pengalaman sepanjang 13 tahun dalam industri seni ini menerusi saluran akademik pula bukan?
“Buat sementara waktu, saya cuba bangkit semula perlahan-lahan. Saya akan buat sahaja semua sekarang demi survival,” ujarnya.
Ads
Sekadar info, Aril memulakan kerjayanya dalambidang seni selepas menyertai program Akademi Fantasai musim ketujuh (AF7) pada 2009.
Aril mendirikan rumah tangga dengan bekas pramugari, Puteri Erma Edlinda Megat Aminuddin pada 20 Disember 2013.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Tun Adriel Mikael yang kini berusia tujuh tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas Chadwick Boseman yang maut akibat kanser, kini seorang lagi pelakon filem Black Panther meninggal dunia.
Connie Chiume yang memegang watak Zawavari dalam filem tersebut telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 6 Ogos 2024 ketika berusia 72 tahun.
Pelakon yang berasal dari Afrika Selatan itu dilaporkan meninggal dunia di sebuah hospital di Johannesburg dan perkara itu disahkan sendiri oleh ahli keluarga mendiang dalam satu hantaran di Instagram.
“Famili Chiume dengan rasa sedih berkongsi kepada semua mengenai pemergian pelakon pemenang anugerah antarabangsa, Connie Chiume.
“Connie Chiume meninggal dunia hari ini pada tanggal 6 Ogos 2024. Pihak keluarga meminta jasa baik semua untuk menghormati privasi keluarga yang sedang berduka.
“Pihak keluarga akan berkongsi perincian lebih lanjut tentang perkara ini,” jelas mereka dalam hantaran yang dimuat naik menerusi akaun Instagram mendiang Chiume.
Dalam satu laporan lain bersama media tempatan, Nongelo, anak kepada pelakon terkenal itu berkongsi bawaha ibunya dimasukkan ke hospital untuk menjalani prosedur perubatan sebelum meninggal dunia.
“Dia sudah pulih dengan baik, tetapi malangnya hari ini kami mendapat berita kematiannya,” kata Nongelo.
Selain itu, dia menambah lagi yang punca kematian ibunya belum dapat disahkan.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Memuat naik empat jenis lauk antaranya sup ketam untuk santapan hari Jumaat, memang lazat.
Lebih ‘lazat’ apabila Ozlynn turut sama tempelak netizen yang gemar ‘stalk’ selebriti semata-mata untuk mengutuk.
“Sup ketam, sambal kicap, ikan goreng dgn nasi goreng baki sardin kicap semlm.. tahniah pada kaum adam yg rajin mendengar kuthbah jumaat.. so buat kaum ibu.. nih bantuan menu kalau x tau nak masak apa.. dan #ruangrezekihanania bermula.. niaga la jgn lebih 4 baris.. saling hormat menghormati yek.. tau korg baik tp xyah nak buat baik2 kat sini.. x suka unfollow.. xnk tmbh dosa toksah stalk.. nnt korg sakit ati.”
Ulasnya, kes Misha Omar telah selesai, jadi diharap selepas ini netizen lebih pandai membawa diri dan bijak dalam menulis komen.
“Kak mitch dh dpt carik siapa yg buat onar.. so harap korg sume pepandai la bawak diri.. jgn suka memfitnah.. nnt aib diri terbuka sendiri.. so apa yg berlaku kita semua jadikan pengajaran.. tahniah pada kedua mereka yg memohon maaf secara terbuka.. kdg x buat mcm nih sume x sedar.. maklum la taip x perlu di bayar.. so ari nih kita sume chill2 ok.. selamat niaga n shopping guys,” tambahnya.
Apa yang penting, netizen lebih tertarik melihat sup ketam yang dimasak isteri Johan. Siap minta resepi. Aduhai netizen, pandai ambil hati ya. Kalau komen macam ini pasti tak kena saman.
Foto – Instagram Ozlynn
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kepada mereka yang mengikuti perkembangan Instagram penyanyi dan pelakom, Beego, pastinya ada yang bertanya sebab dia jarang memuat naik gambar keluarga.
Menjawab persoalan tersebut, Beego ada berkongsi video menerusi sebentar tadi.
“Assalamualaikum semua… Kalau perasan sy tak update lama insta/sosial platform yg lain sbb takde cerita menarik nak share..takut korang jemu..
“teTapi hari ini Special… yg ke -3 on d way.. doakan semoga Allah swt rahmati,berkati dan permudahkan… Aamiin.. semoga baby jadi anak yg soleh/solehah,” tulisnya.
Menerusi video berkenaan, Linda nampaknya kelihatan sedikit lemah apabila menunggu detik untuk kelahiran cahaya mata ketiga.
Untuk rekod, Beggo dan Linda berkahwin pada 8 Jun 2013 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 5 tahun dan Anggun Casandra,4 tahun.
Video : IG Beego
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi khabar gembira apabila memaklumkan ibunya, Siti Salmah Bachik kini berangkat untuk menunaikan ibadah Haji, pagi tadi.