Selepas pendiriannya yang menolak pemberian seorang guru yang mahu berikan hadiah berupa wang ringgit atas kejayaannya meraih pencapaian cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) semalam, pelajar tahun 6 yang dikenali sebagai Odah sekali lagi menjadi tumpuan apabila kisahnya turut mendapat reaksi Neelofa.
Difahamkan, usahawan dan selebriti terkenal itu mahu menghargai pelajar berkenaan atas sikap rendah diri serta pencapaian yang boleh dijadikan sumber inspirasi.
Our best student, Odah. Sorang je dapat 6A. Pandai, hormat cikgu, selalu senyum, suruh apa pon dia buat walaupun dia tak reti.
Tadi masa nak bagi dia duit hadiah, dia cakap "Tak payah la cikgu. Cikgu dah ajar saya pon dah cukup". Susah nak dapat anak murid macam ni. pic.twitter.com/v2E8eSPc3R
Post instastory kot kot mak Odah bagi dia guna phone buka Instagram. Hahahaha. Ni kalau kawan-kawan dia tengok mesti jeles. 😂 pic.twitter.com/Yw6107cCiv
Terbaru, guru di sekolah tempat Odah belajar yang dikenali sebagai Syafaat Nasir menerusi Twitter ada berkongsi rakaman video temu bual bersama pelajar yang satu-satunya berjaya mendapat keputusan 6A di sekolah itu.
“Oleh sebab ramai sangat yang dah puji Odah atas kejayaan dia dapat 6A UPSR semalam, harini buat interview ringkas dengan Odah. Sorry Odah malu sikit.
“Terima kasih atas ucapan dan doa kalian untuk Odah. Harap-harap dia berjaya menjadi manusia berguna dan anak solehah,” tulisnya.
Di dalam temu bual berkenaan, Odah antara lain turut mengucapkan terima kasih atas ucapan yang memberikan semangat.
Pada masa sama, Odah turut menjelaskan sebab dia menolak hadiah wang ringgit yang mahu diberikan seorang guru atas kejayaannya itu.
“Sebab memang sudah nak dapat ‘A’ tu. Dengan bimbingan cikgu dan doa apa semua dah gembira. Dah cukup dah… Tak payah dengan duitlah,” jelas Odah atau nama sebenarnya, Radiahtul Raudhah Mohd Ismail.
Bapanya merupakan seorang pencen askar sementara ibunya pula seorang suri rumah. Tahniah buat adik Odah dan semua pelajar lain yang berjaya mengambil keputusan UPSR tahun ini.
Kredit: Twitter Syafaat Nasir
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Datin Alyah menjelaskan kekeliruan sesetengah pihak yang menganggap dia tidak lagi mahu menyanyikan lagu-lagu berunsur cinta sesama kekasih.
Menurut Alyah, apa yang dimaksudkan ialah mesej sesebuah lagu yang akan dinyanyikan itu sebolehnya biarlah berlandaskan mesej baik dan sesuai didengari semua lapisan usia.
“Perlu untuk jelaskan, saya masih lagi menyanyikan lagu yang mempunyai unsur cinta, tapi yang mempunyai elemen kebaikan tentang apa yang ingin disampaikan.
“Contohnya, bukan yang macam… ‘bila kau tiada, aku mati’ tetapi ia lebih kepada… ‘kalau kau cintaiku, kahwinilah aku.’ Maksudnya, bait lirik biar cenderung kepada mesej yang baik, tak terlalu ‘lara’ atau meratap cinta pada pasangan.
“Apapun, saya hormati setiap buah karya lagu dan topik cinta itu juga luas dan subjektif. Terpulang kepada penerimaan masing-masing,” katanya.
Ditanya sejauh mana pendiriannya terhadap pemilihan lagu sedemikian ketika ini, isteri kepada pemuzik, Datuk Ramli MS itu percaya rezeki.
“Dalam soal ini, kita semua tahu siapa yang memberi rezeki. Tinggal lagi kita perlu usaha dan pasang niat dengan betul. InsyaAllah tuah itu akan ada di mana-mana.
“Malah saya sendiri tidak pernah jangka capaian Thank You Allah misalnya begitu luar biasa hingga ke hari ini. Meski dari segi persembahan itu kurang kerana situasi semasa, tapi dari segi media sosial ia amat baik, syukur alhamdulillah.
“Bukanlah nak kata lagu-lagu cinta saya sebelumnya tak jalan, tapi penerimaan baik terhadap percubaan Thank You Allah buatkan semangat saya jadi lebih besar. Dalam berkarya ni, kita perlu percaya bila ada suara, identiti akan ada jalan,” katanya.
Alyah ditemui pada majlis pelancaran cawangan ke-43 Mokti’s di Puncak Jalil, pada Sabtu.
“Saya hadir sebagai meraikan kenalan yang juga pengasas Missy Eldee, Puan Sharifah Norliza Syed Hamid. Dia juga antara ‘fouder’ yang tampil dalam muzik video Thank You Allah, sebagai Along.
“Kami saling kenal sudah lama dan saya turut tumpang gembira atas kejayaannya yang kian suskes dengan bisnes,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Alyah yang turut melancarkan jenama ‘ready to wear’ (RTW) Labeesa by Datin Alyah akan melancarkan single baru, awal tahun depan.
“Setiap kali saya buat siaran langsung di Instagram, saya selalu belanja bahagian chorus lagu tersebut. Saya perdengarkan kepada peminat sebelum ia dilancarkan.
“Lagu ini mengisahkan mengenai hubungan adik-beradik. Sebab kadang-kadang kita mungkin lupa bahawa hubungan saudara itu paling penting berbanding wang ringgit.
“Bagaimanapun, penceritaannya bukanlah kesinambingan kepada jalan cerita dalam muzik video Thank You Allah, tetapi elemen nilai hubungan kekeluargaan itu yang dikekalkan.
“Lagu tersebut masih tiada tajuk, hasil ciptaan saya sepenuhnya dengan lirik bersama Shah Samsiri. InsyaAllah lagu tersebut akan menjadi buah tangan pertama saya tahun 2022,” katanya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sepasang suami isteri telah menarik perhatian orang ramai kerana memilih untuk tinggal di dalam hutan.
Menurut Ahmad Ridzuan Yaacob, 26, dan isterinya Nor Hidayah Sahazan, 23, mereka terpaksa tinggal di hutan itu oleh kerana rumah bapa mertuanya di Kampung Baru, Mukim Tualak terlalu ramai ahli keluarga yang mendiami.
Mereka anak beranak sudah tinggal di hutan berhampiran Kuala Tualak, Kuala Nerang, Kedah itu selama setahun.
Tiga anak mereka Putera Danny Quefiq, 6, Puteri Dannysha Queyllyaa, 4, dan Iman Muhammad Naufal Fath, 18 bulan. Hidayah juga dijangka melahirkan anak keempat Januari nanti.
Dalam pada itu, terdapat punca air di situ di samping kawasan hutan mereka tinggal sekarang merupakan kawasan tanah yang dijaga oleh neneknya sebelum ini juga merupakan faktor mereka boleh tinggal di hutan itu.
Menurut Hidayah, hutan itu merupakan tempat suaminya mencari rezeki seperti menoreh getah, ambil upah menebas dan cari pucuk kayu untuk dijual.
Mereka juga tinggal di dalam pondok yang diperbuat dari batang kayu dan buluh yang diubahsuai menjadi empat tingkat bagi menjamin keselamatan.
Terdahulu, awal pembinaan tiang dan lantai hanya menggunakan kayu serta rotan sahaja.Manakala dinding dan bumbung pula guna kanvas.
“Pondok ini ada tandas, dapur, bilik dan ruang tamu. Suami juga akan bina sebuah lagi bilik bagi memudahkan saya melahirkan anak keempat Januari nanti,” katanya.
Kebanyakkan orang sukar untuk tinggal di sana oleh kerana jaraknya yang jauh kira-kira 1.5 Kilometer dari jalan besar dan jalan menghampiri kediaman mereka merupakan jalan yang licin.
Walaupun mereka diberi penempatan rumah PPRT di Kuala Nerang oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Nerang, Datuk Badrul Hisham Hashim, namun Ridzuan menolak dan memilih untuk menetap di dalam hutan sahaja.
Sumber : Sinar Harian
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!