“Saya Belum Menjadi Suami Yang Sempurna Tetapi…,” – 7 Tahun Tempuh Rintangan Bersama, Aliff Aziz Rindui Bella Astillah

Share

Bersempena ulang tahun perkahwinan keempat, pelakon dan penyanyi Aliff Aziz telah menitipkan ucapan buat isterinya, Bella Astillah.

Penyanyi lagu Sayang-Sayang ini mengakui sepanjang tempoh perkenalan kira-kira tujuh tahun dengan Bella, keduanya banyak jatuh bangun bersama.

Malah, bintang asal Singapura itu turut menyifatkan dirinya belum menjadi yang terbaik sebagai suami buat ibu kepada dua cahaya mata itu.

“Hari ini menandakan ulang tahun ke-4 untuk kita sayang. Saling mengenali selama 7 tahun dan menempuh banyak rintangan bersama sejak itu.

“Saya belum menjadi suami yang sempurna tetapi Allah memberkati kami untuk terus kuat,” titip Aliff.

Dia pada masa turut berdoa agar pandemik ini segera berakhir bagi membolehkannya bertemu dengan insan tersayang di Malaysia.

“Dengan adanya bayi cantik kami @ aydenadrean17 dan @araadreanna saya doakan wabak ini segera berakhir dan saya dapat berjumpa mereka kembali.

“Semoga tahun-tahun yang mendatang diberkati datang untuk kita insyaallah. Saya sayang awak! @bellaastillah,” tulisnya.

Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016.

Rumah tangga pasangan ini pernah dilanda badai dan bercerai pada Mei 2019 tetapi rujuk kembali dalam tempoh iddah.

Selepas itu, Bella selamat melahirkan anak kedua mereka Ara Adreanna yang kini berusia hampir dua bulan.

Anak sulung pasangan ini, Ayden Adrean kini sudah pun mencecah usia 4 tahun.

Foto: Instagram Aliff Aziz

Published by
Nazar Rafiqhi