Single daripada penyanyi, Hael Husani yang turut menjadi runut bunyi utama (OST) bagi drama My Famous Ex-Boyfriend yang berjudul Diam, berjaya meraih anugerah ‘Best Theme Song or Title Theme (Malaysia)’ di Asian Academy Creative Awards 2024.
Pengumuman kemenangan tersebut telah dibuat baru-baru ini, dan lagu ciptaan Hael Husaini bersama Iqie Hugh sukses menempatkan diri sebagai pemenang yang mewakili Malaysia dalam kategori berprestij ini.
Asian Academy Creative Awards adalah platform yang mengiktiraf karya kreatif terbaik dari seluruh Asia dalam pelbagai kategori, termasuk drama, filem, dokumentari, dan muzik tema.
Kemenangan ini bukan sahaja mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa, tetapi juga ia membuktikan kualiti tinggi hasil karya seni tempatan yang mampu bersaing di persada global.
Menurut Hael Husaini, dia terkejut apabila diberitahu bahawa lagu tersebut berjaya memenangi anugerah berkenaan.
Ads
“Saya benar-benar tidak menyangka lagu tersebut akan terpilih dan memenangi anugerah ini. Saya bersyukur kerana hasil kerja keras saya bersama Iqie Hugh diiktiraf di peringkat antarabangsa.
“Kemenangan ini bukan sahaja untuk kami, tetapi juga untuk seluruh pasukan yang terlibat dalam penghasilan lagu ini,” ujarnya.
Ads
Lagu Diam menjadi antara salah sebuah lagu yang terkandung di dalam album sulung Hael Husaini iaitu ‘Antonim Part I’.
Malah sehingga kini, muzik video Diam juga sudah melebih 2.1 juta tontonan di Youtube sejak dilancarkan sembilan bulan lalu.
Dalam pada itu, bintang baharu Aiman Ameer, turut mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya memenangi anugerah dalam kategori ‘Best Infotainment Programme’ di acara sama.
Ads
Aiman meraih kemenangan ini melalui program Jejak Tular, di mana dia bertindak sebagai pengacara bersama rakan selebriti, Haiqal.
Program terbabit mengupas isu-isu tular dalam masyarakat, telah berjaya menarik perhatian juri dengan pendekatan unik serta penyampaian yang dinamik dan segar.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Syatilla Melvin berkongsi ‘kegilaan’ yang pernah dilakukan dalam hidup iaitu bersolek dan mempromosi produk miliknya sewaktu ingin melahirkan anak.
Menerusi foto tersebut, ibu kepada dua anak itu dilihat lengkap berpakaian biru hospital dan sedang dalam proses melahirkan anak dengan cara pembedahan.
Apa yang menarik, isteri Shaheizy Sam itu dengan yakin mengenakan gincu dengan paparan produk di tepi kepala.
“Ni moment paling gila yg tilla pernah buat dlm hidup!!!!!!dlm oT room beranakkan sarima!!
“Jom share dgn tilla apa BENDA YANG PALING GILA hampa pernah buat dlm hidup! Tilla nk baca satu2.
Tahniah diucapkan buat penyanyi kumpulan Floor 88, Ayie Elham, 23, yang telah pun selamat melangsungkan pernikahan dengan wanita pilihan, Nur Natasha Ahmad Nawawi atau Tasha, 22, hari ini.
Majlis dilangsungkan di Masjid Ukay Perdana, Ampang, kira-kira jam 10.20 pagi tadi.
Pada majlis itu, Ayie atau nama sebenarnya, Nik Fadlee Elhamshah turut menyerahkan mas kahwin berjumlah RM1,000 bersama gelang dan cincin emas tanpa wang hantaran.
Memetik Harian Metro, dengan sekali lafaz, Ayie sah bergelar suami selepas dinikahkan oleh bapa Tasha, Ahmad Nawawi Mad Nasir dalam majlis tertutup yang dihadiri keluarga pasangan pengantin.
Sambil menzahirkan rasa syukur kerana majlis pernikahannya berjalan lancar dan dipermudahkan Ayie bagaimanapun akui awalnya dia rasa agak gemuruh.
“Alhamdulillah, saya lega kerana akad nikah selesai dengan sekali lafaz saja. Insya-Allah, saya juga sudah bersedia memikul tanggungjawab baharu sebagai ketua keluarga.
“Saya terpikat dengan Tasha dan mahu memperisterikannya kerana dia sukakan budak-budak, pandai memasak dan menguruskan hal- hal rumah.
“Jadi, saya yakin semua itu akan mempermudahkan kehidupan kami nanti,” katanya.
Majlis resepsi pasangan pengantin akan berlangsung secara sederhana pada sebelah malam hari ini.