Penyanyi dan penulis lagu, Faizal Tahir mengumumkan dirinya akan berehat seketika daripada dunia nyanyian bagi meluangkan lebih banyak masa buat keluarga dan juga dirinya sendiri.

Lantaran itu, Faizal turut dilihat menitipkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyokongnya dari dulu hingga sekarang.

Katanya lagi, sejak daripada tahun 2015, di telah berkarya tanpa henti sehingga berjaya menghasilkan empat buah album.

“Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang sentiasa ada sepanjang perjalanan saya bergelar anak seni.

“Sama ada anda telah bersama saya sejak hari pertama atau baru semalam, terima kasih saya ucapkan daripada lubuk hati yang terdalam.

Ads

“Ia seperti tiada rehat bagi saya semenjak saya lancarkan ‘Assalamualaikum’ pada tahun 2015, Anatomi, Rojak, Qibla dan kesemua projek saya yang lain,” tulisnya.

Pengumuman tersebut dibuat oleh penyanyi lagu Empat Dara itu menerusi akaun Twitter miliknya.

“Saya Benar-Benar Telah Kehabisan Tenaga, ‘Burn Out’ Is Real,” – Bekarya Tanpa Henti Sejak 2015, Faizal Tahir Umum Berehat “Saya Benar-Benar Telah Kehabisan Tenaga, ‘Burn Out’ Is Real,” – Bekarya Tanpa Henti Sejak 2015, Faizal Tahir Umum Berehat

Bagaimanapun, Faizal menjelaskan, dia tidak akan hilang daripada radar sebaliknya akan terus berkarya dalam penulisan lagu buat para selebriti yang lain.

Ads

“Alhamdulillah, tapi saya benar-benar seperti telah kehabisan tenaga. ‘Burn out’ memang betul boleh terjadi.

“‘Qibla’ akan menjadi hadiah terakhir saya buat anda semua dan saya akan berehat panjang selepas raya. Benda yang sangat saya perlukan untuk meluangkan masa bersama keluarga dan diri saya sendiri.

“Saya masih ada di sini. Saya masih lagi akan menulis dan menerbit lagu. Cuma bukan untuk diri saya. Saya akan kembali,” katanya lagi.

“Saya Benar-Benar Telah Kehabisan Tenaga, ‘Burn Out’ Is Real,” – Bekarya Tanpa Henti Sejak 2015, Faizal Tahir Umum Berehat “Saya Benar-Benar Telah Kehabisan Tenaga, ‘Burn Out’ Is Real,” – Bekarya Tanpa Henti Sejak 2015, Faizal Tahir Umum Berehat

Ads

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menerima keputusan tersebut dengan hati yang terbuka selain turut mendoakan semoga semuanya akan baik-baik sahaja buat Faizal.

“Saya Benar-Benar Telah Kehabisan Tenaga, ‘Burn Out’ Is Real,” – Bekarya Tanpa Henti Sejak 2015, Faizal Tahir Umum Berehat “Saya Benar-Benar Telah Kehabisan Tenaga, ‘Burn Out’ Is Real,” – Bekarya Tanpa Henti Sejak 2015, Faizal Tahir Umum Berehat “Saya Benar-Benar Telah Kehabisan Tenaga, ‘Burn Out’ Is Real,” – Bekarya Tanpa Henti Sejak 2015, Faizal Tahir Umum Berehat

Terdahulu, Faizal baru sahaja melancarkan semula lagu Aku Tanpa Cintamu 2021 hasil kolaborasi bersama kumpulan nasyid yang pernah dianggotainya satu ketika dahulu iaitu, Mirwana.

Selepas seminggu ia dilancarkan, lagu tersebut telah meraih hampir 700,000 jumlah tontonan di laman Youtube.

Sumber: Twitter Faizal Tahir

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI