Pelakon popular, Datin Diana Danielle berkongsi tips untuk mengalirkan air mata ‘secara langsung’ dengan menggunakan imaginasi atau membayangkan sesuatu perkara.
Kongsinya, emosi atau perasaan sedih akan timbul secara automatik dalam diri setiap individu sekiranya berdepan dengan sesuatu perkara.
“Senang je nak nagis ni. Dalam muka setiap manusia sudah ada satu sistem menagis.Kita tak payah tanya diri kita untuk menagis,hanya disertai emosi yang berat.
“Nasihat pertama adalah ingat perkara-perkara yang menyakitkan hati korang.
“Hanya ingat perkara itu,ingat dan hayati sehingga menganggu emosi dari dalam.
“Apabila perasaan kita dah ‘penuh’ dari dalam, secara tidak langsung, badan kita akan bertindak balas dengan apa yang kita rasa tadi,” kongsinya.
Beberapa minit kemudian, figura cantik itu mengalirkan air mata dan membayangkan perkara yang membuatkan dia bersedih.
“Apa yang saya lihat (bayangkan untuk menagis) adalah saya berada di kubur, dan melihat kubur ahli keluarga saya dan saya mengucapkan selamat tinggal.
“Walaupun itu bukan situasi yang benar, kita boleh gunakan situasi itu agar ‘nampak’ benda itu depan mata kita.
“Lalu, akan berasa sebak dan mengambil masa untuk kita belajar fokus tanpa rasa malu.
“Sekian saja dari saya mengenai cara-cara untuk mengeluarkan air mata,” akhirinya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata kagum dengan pelakon itu yang boleh mengalirkan air mata sambil merakam video.
Sehingga kini, video tersebut mendapat lebih 100,000 tontonan.
Video: Instagram Diana Danielle
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sakitnya Ya Amat, Tuhan Je Yang Tahu,” – Kerap Dapat Bisul Sampai Bernanah, Fizi Ali Sudah Tidak Tahan!
Pengacara dan penyampai radio, Fizi Ali mendedahkan diri kini sudah tidak tahan lagi dengan penyakit bisul yang dialaminya sejak beberapa tahun yang lalu.
Jelas Fizi, pelabagai usaha telah dia lakukan termasuklah dengan menjalani pembedahan namun, penyakit tersebut tetap kembali semula.
“WARNING!! Jangan slide kalau anda seorang yang takut dengan darah-darah atau nampak lubang-lubang di anggota badan.
“Assalamualaikum..nak bagitahu awal-awal ni post berkenaan penyakit bisul. Sejak umur meningkat 30an ni kerap sangat terkena bisul. Pernah sampai kena tahan dekat wad buat operation sebab bisul.
“Ingatkan tu yang terakhir baru-baru ni jadi lagi dekat kaki. Sakitnyaa ya amat!! Tuhan je tau. Pergi la klinik apa yang doktor buat dia akan korek sampai keluar semua nanah tu,” tulisnya.
Perkhabaran tersebut dikongsikan oleh penyampai radia Suria FM itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada itu, Fizi memaklumkan dia kini terpaksa menahan kesakitan apabila penyakit bisulnya itu dikatakan telah kembali menyerang bahagian peha dan ketiaknya.
“Sekarang beransur okay tapi nak dijadikan cerita dua tiga hari lepas tumbuh dekat tempat lain.
“Kali dia dua tempat terus dia serang. Satu dekat ketiak satu lagi dekat peha. Pelik kenapa kerap pulak jadi. Ada orang cakap sebab darah kotor, ada yang cakap sebab alahan makanan laut..entah la.
“Sesiapa yang tau atau ada pengalaman macam saya boleh tolong share tak. Macam mana nak rawat atau cara supaya tak kena dah bisul ni..tak tahan dahh,” ujarnya lagi.
Dikesempatan itu juga, suami kepada pelakon, Shakilla Khoriri ini turut menyeru kepada mana-mana pihak untuk berkongsi dengannya mengenai cara merawat penyakit tersebut.
Meninjau diruangan komen, rata-rata netizen turut terkejut selain turut mendoakan semoga Fizi menemui jalan untuk merawat penyakit tersebut.
Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Sumber: Instagram Fizi Ali
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ada Yang Kena Halau & Dipulau, Radin Era Seru Rakyat Malaysia Ubah Stigma Fasal Pesakit Covid-19!
Pengacara dan penyampai radio, Radin Era mengakui dirinya berasa agak kurang senang melihat pandangan dan stigma sesetengah masyarakat mengenai pasakit Covid-19.
Menurut Radin, ada di antara mereka dihalau keluar dari rumah termasuk ada yang telah dipulaukan.
“‘Positif Covid 19 Bukan Penjenayah’. Kini terlalu ramai masyarakat yang sudah terkesan apabila mereka disahkan positif Covid-19 sehingga ada yang dihalau keluar dari rumah.
“Keluarga dan kenalan terdekat pesakit covid19 pun terkesan apabila dipulaukan oleh masyarakat,” tulisnya.
Radin atau nama sebenarnya Radin Amir Effendi berkata sedemikian menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram pada Ahad.
Dalam pada itu, Radin turut menyeru orang ramai agar mengubah tanggapan mereka terhadap pesakit Covid-19 kerana perkara seperti ini adalah diluar kawalan dan jangkauan manusia.
Malah, penyampai radio Era itu turut menitipkan ucapan terhadap rakan artis, Alif Satar yang ketika ini sedang menjalani rawatan pemulihan Covid-19 di Hospital Besar Negeri Melaka.
“Kini, tiba masanya masyarakat membuka mata dan *stop jadi negatif*, malah sepatutnya masyarakat beri sokongan moral kerana tiada siapa yang minta untuk terkena pendamik ini.
“Jangan pinggirkan mereka, mereka perlu sokongan kita! Speedy recovery bro @alifsatar & semua pesakit Positif Covid 19,” kongsinya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan pandangan yang sama selain turut menyifatkan pesakit Covid-19 ini amat memerlukan sokongan moral orang sekeliling.
Dalam perkembangan lain, Radin difahamkan baru sahaja melibatkan diri dalam bidang perniagaan dengan membuka francais servis khidmat penghantaran miliknya sendiri.
Sumber: Instagram Radin Era
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Gimme The Mic Malaysia: Tiada Penyingkiran Minggu Ketiga… Raes Arifin, Ameerais Azhar & Farhan Mustapha Optimis Terus Bersaing Minggu Depan
Tiga finalis program realiti, Gimme The Mic Malaysia berjaya menawan hati para juri dan penonton dengan persembahan yang cukup gah daripada mereka menerusi saingan minggu ketiga yang bersiaran secara langsung dari Auditorium CIDB, Cheras, Kuala Lumpur pada Ahad.
Masing-masing berjaya melayakkan diri pada kedudukan enam teratas, yang menyaksikan tiada penyingkiran dilakukan.
Ketiga peserta tersebut iaitu Raes Arifin, Ameerais Azhar dan Farhan Mustapha pastinya mempunyai hasrat yang ingin dicapai untuk melakar nama dalam industri seni tempatan seteursnya mencari peluang bersaing di Gimme The Mic Global mewakili negara!
Raes Arifin mahu keluar dari zon selesa, pernah alami ‘anxiety’
Peserta asal Kuala Lumpur, Raes Arifin tidak pernah menyangka akan terpilih sebagai salah seorang finalis bagi program realiti ini.
Bagaimanapun, dia percaya rezeki dan baginya, Gimme The Mic merupakan platform terbaik untuk dirinya keluar daripada zon selesa.
“Saya sebenarnya pertama kali menyertai program realiti sebesar ini dan Alhamdulillah menerima respon baik setakat ini. Apa Sahaja kritikan yang diterima, saya anggap ia sebagai motivasi untuk terus berkarya dan teroka apa lagi bakat terpendam yang saya ada.
“Sebelum ini, saya mengalami kerisauan melampau (anxiety), jadi saya banyak terperap dalam bilik. Lalu, platform ini menjadi yang pertama saya sertai, pemangkin semangat untuk saya ketengahkan bakat nyanyian.
“Selain itu, ia membantu saya dalam membina keyakinan diri berinteraksi dengan orang lain misalnya bersama rakan peserta, barisan juri dan penonton,” katanya.
Dalam pada itu, Raes juga gemar menulis lirik lagu dan menjadikan komposer terkenal, Ajai sebagai sumber inspirasinya.
“Hobi saya memancing bersama ibu dan selain itu, saya juga gemar menyanyi dan mencipta lagu. Saya rapat dengan ibu dan bila sertai Gimme The Mic, ada seseorang yang beri galakan. Inilah hasilnya, saya pun tak menjangka sudah berada ke tahap ini,” katanya.
Dia pada masa sama turut memasang impian untuk mempunyai lagu sendiri, menyampaikan mesej mengenai kesihatan mental.
Lebih 14 tahun dalam seni, Ameerais Azhar tiada masalah bersaing dengan bakat baru
Sementara itu, penyanyi Ameerais yang juga salah seorang ahli Forteen memaklumkan program Gimme The Mic menjadi landasan baharu baginya dalam mengetengahkan sisi sebenar di dalam diri.
lebih sedekad dalam dunia nyanyian, ia bukan alasan kepada peserta berusia 34 tahun ini untuk sama-sama bersaing dengan bakat baharu lainnya.
“Sebelum ini saya dikenali sebagai Ameer Forteen. Saya masih lagi bersama kumpulan tersebut cuma kali ini, rasanya tak salah untuk saya teroka sisi lain dalam diri di samping lebih fokus dalam hala tuju secara solo.
“Ibarat seperti dilahirkan kembali ke dunia muzik. Walaupun saya mungkin ada pengalaman lebih berbanding peserta lain, namun sebelum ini saya sinonim buat persembahan secara berkumpulan.
“Kali ini situasi memang berbeza. Jadi, inilah diri saya yang sebenar, ‘this is Ameerais.’,” katanya.
Ditanya sebab dia berminat untuk menyertai program ini, Ameerais ada jawapan tersendiri.
“Tak dinafikan, ramai individu berbakat yang boleh kita lihat menerusi platform TikTok. Oleh itu, mengapa tidak untuk saya cabar diri, melihat sejauh mana boleh pergi bila bersaing dengan orang lain secara solo.
“Biar ada yang kata saya sudah pun 14 tahun bergelar penyanyi, tapi sekali lagi saya nak ingatkan, sebelum ini saya bergerak dalam kumpulan. Jadi, ini ‘rebranding’ untuk saya juga,” jelasnya lagi.
Menjadikan penyanyi legenda, M. Nasir sebagai idola, Ameer akui dia mengambil sisi yang baik dalam hal berkaitan corak persembahan bintang legenda itu sebagai inspirasi sepanjang pertandingan.
Terdahulu, Ameerais menduduki tangga ketiga minggu ini dengan meraih markah sebanyak 63.74%, menyampaikan lagu Arjuna dendangan asal Dewa 19.
Farhan Mustapha dari cover lagu di TikTok ke pentas skala besar
Bagi Farhan Mustapha pula, dia menyifatkan fasa peralihan daripada hanya membuat ‘cover’ lagu di TikTok sehingga terpilih untuk bersaing secara langsung menerusi Gimme The Mic sebagai satu rezeki dan pencapaian besar.
Mempunyai karakter unik dan menarik, Farhan juga banyak mengutip inspirasi dengan menonton persembahan penghibur dari negara jiran.
“Sebelum ini, saya pernah ikuti pertandingan lain namun saya lebih dikenali apabila banyak melakukan hantaran ‘cover’ lagu di platform TikTok.
“Malah sejak kecil, saya banyak belajar nyanyian daripada penyanyi dari Seberang iaitu Charlie Setia Band. Suaranya tidaklah tinggi mana, tapi apa yang mahal adalah soal penghayatannya. Itu yang saya cuba belajar.
“Tak kira sekiranya kena bawa lagu rancak atau perlahan, saya akan tekankan kepada penghayatan kerana kita tahu apabila kita tidak dapat sampaikan dengan baik, ia mungkin sebab penonton tak dapat ‘rasa’.
“Apa pun, saya tak boleh nak janjikan apa-apa sebab dalam ini semuanya berbakat. Pegangan minda saya adalah, apa sahaja lagu yang diberi saya akan lakukan yang terbaik,” katanya.
Tampil berbeza dengan menyampaikan lagu genre dangdut Ahad lalu, Farhan cuba untuk keluar dari zon selesa biarpun ia sesuatu yang sukar untuk dibawakannya.
“Sejujurnya saya terharu apabila berada di kedudukan pertama minggu ini memandangkan saya tak pernah bawa lagu rancak setakat ini. Syukur bila dapat komen positif para juri.
“Perancangan saya selepas ini adalah untuk seimbangkan antara penyanyi dan konten sebab kita tak tahu rezeki selepas ini. Jadi, saya ingin seimbangkan dua perkara itu dalam persembahan,” katanya lagi.
Farhan berada di posisi teratas dengan markah sebanyak 66.77%, sekali gus dinobatkan sebagai penerima Gimme TwoMee Awards minggu ketiga.
Juara TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia akan membawa pulang wang tunai bernilai RM10,000 daripada Astro, kira-kira RM9,300 (AS$2,000) daripada Tiktok selain tawaran projek lagu single tajaan Astro dan Rocketfuel.
Sementara Enam peserta terbaik pula bakal dipilih mewakili Malaysia untuk bersaing dalam saingan Gimme The Mic Global bersama peserta negara lain seluruh dunia.
Kesemua peserta diadili juri tetap iaitu Ajai, Yuna, Hael Husaini dan BCL dari Indonesia.
TikTok LIVE Astro Gimme The Mic Malaysia bakal bersiaran selama lapan minggu setiap Ahad jam 9.00 malam di Astro Ria dan On Demand. Penonton juga boleh strim di Astro Go dan sooka.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI