Penyanyi Wany Hasrita mengakui dia kini mahu lebih fokus terhadap dunia pengacaraan selepas muncul menerusi program selepas muncul Borak Dulu Baru Buka dan Ihya Ramadan di RTM sebelum ini.
Wany,30, atau nama sebenarnya, Nurshazwany Hasrita Hasbullah berkata, dia impikan untuk mengenalikan rancangan popular, Nona.
Meski tetap menjadikan nyanyian sebagai keutamaan, Wany bagaimanapun akui untuk bergelar pengacara versatil, dia perlu menimba ilmu pengacaraan dari bawah.
“Saya impi kalaulah boleh untuk mengacarakan Nona. Tapi nampaknya macam mustahil saja kan? Bagi saya kebanyakan pengacara wanita punya impian untuk mengendalikan rancangan yang hebat macam Nona.
“Meski saya akui kurang pengalaman dalam pengacaraan, tapi saya cuba sedikit demi sedikit. Kita sedia maklum, konsep pengisian Nona itu bagaimana. Jadi bagi saya masih banyak yang perlu dipelajari.
“Belajar mengacara program yang kurang formal terlebih dulu. Kiranya itulah permulaan untuk ke tahap seterusnya. InsyaAllah kita belajar,” katanya.
Ditanya mengapa memilih Nona sebagai impiannya, penyanyi lagu Pedas ini tidak menafikan kualiti rancangan kewanitaan itu yang sudah diakui semua sejak sekian lama.
Ads
“Mungkin ada yang melihat personaliti saya yang lembut kot. Saya pun tak tahu nak cakap macam mana. Cuma itu target saya dan kata orang, bila sudah kendalikan Nona, mungkin ramai yang akan menyedari dengan kemampuan kita mengacara.
“Jadi itulah… saya berangan-angan dulu,” katanya yang kagumi semua hos yang pernah mengacarakan Nona, termasuk Mira Filzah.
Sekiranya ada pelawaan untuk tampil di dalam Nona selepas ini, Wany Hasrita tidak mampu menolak peluang.
“Apa salahnya kalaulah ada rezeki itu. Kalau ada permulaan panggil sebagai tetamu pun saya berbesar hati,” katanya ketika ditemui Majlis Pelancaran Baloy Wholesale Mart Bandar Melaka, pada Sabtu.
Ads
Baloy Wholesale Mart yang secara rasminya dibuka di bandar Melaka hadir dengan tawaran pelbagai barangan runcit harian dengan harga yang sangat rendah.
Menumpukan untuk memberi perkhidmatan kepada peniaga kecil dan usahawan, Baloy Wholesale Mart Bandar Melaka turut mempunyai pusat khidmat pelanggan yang lengkap dengan kafe.
Majlis terbabit dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Baloy Sdn Bhd, Yen Chee Yong, Naib Presiden Baloy Sdn Bhd, Lee Wei Sheong dan Pemegang Lesen Baloy Wholesale Melaka, Dennis Yong dan Chan Chin Hwa.
Ia merupakan pasaraya borong pertama Baloy selepas membuka 60 buah kedai runcit sejak 4 tahun lalu.
Ads
“Baloy sedang berkembang dan saya percaya bahawa kita mempunyai formula yang tepat bagi memberi pengguna apa yang mereka perlukan iaitu bahan runcit berkualiti dari jenama yang dipercayai, kemudahan dan harga terendah yang dijamin.
“Maklum balas dari pelanggan kami adalah bukti terbaik untuk prestasi kami. Dengan formula ini, saya percaya bahawa Baloy akan terus maju dan saya mengajak para pelabur untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan menarik kami,” kata Yen Chee Yong, Naib Presiden Baloy Sdn Bhd.
Pihaknya juga akan membuka sebuah lagi Baloy Wholesale Mart di Bukit Rambai tahun ini sebelum Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.
Selain Wany, turut hadir memeriahkan pelancaran ini ialah Issey Fazlisham dan Ara Johari.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
https://youtu.be/v6EO1hetoCo
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Datin Alyah terharu apabila buat pertama kalinya, dia dilantik sebagai duta kempen Buffet Sentuhan Ramadan Hotel Tenera, Bangi sepanjang Ramadan ini.
Lebih bermakna, Alyah, 42, atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan menjelaskan tawaran sebagai wajah wakilan itu diterimanya selepas terlibat dalam bidang seni lebih 20 tahun lalu.
Malah kunjungannya ke hotel terkemuka itu tahun lalu bagi berbuka puasa membawa kepada kerjasama yang baik ini.
“Sepanjang terlibat dalam seni, ini kali pertama seumur hidup saya dipilih sebagai duta bersempena dengan kempen buffet Ramadan. Tak pernah saya terfikirkan.
“Apabila tawaran ini hadir, saya sambut dan terima dengan rasa syukur dengan hati terbuka. Insya-Allah, saya akan turut serta pada hari tertentu sekaligus mengambil kesempatan untuk menghiburkan pengunjung,” katanya kepada MH.
Alyah berkata demikian ketika ditemui pada Sidang Media Kempen Buffet Sentuhan Ramadan 2023 Hotel Tenera, baru-baru ini.
Isteri kepada maestro muzik, Datuk Ramli MS ini juga bagaimanapun akui, tawaran yang diterima cukup bermakna.
“Semestinya ia satu tanggjungjawab yang besar. Saya terharu dan jujurnya rasa seronok menerima tawaran pihak Hotel Tenera kerana bulan Ramadan menjadi tumpuan kita untuk mengumpul pahala.
“Jadi apabila kita bercakap mengenai waktu berbuka, tak dinafikan akan ada yang sibuk fikir nak buka dengan menu apa dan sebagainya. Namun di sini, insya-Allah kita tak akan terlepas momen Ramadan itu.
“Selain juadahnya yang beraneka dengan pakej yang realistik, Hotel Tenera turut tersedia ruang solat Maghrib dan terawih yang selesa. Ketika inilah juga orang kata nak kumpul pahala.
“Itu antara sebab yang buatkan saya tertarik, selepas merasai sendiri pengalaman ketika berbuka puasa di sini tahun lalu. Malah saya turut bawa ibu dan paling saya utamakan adalah keselesaannya juga,” katanya lagi.
Dalam pada itu, dengan mengambil kira kos sara hidup yang kian meningkat, Hotel Tenera optimis mengekalkan harga bufet berbuka puasa di hotel berkenaan pada harga RM118 seorang dewasa, manakala RM58 untuk kanak kanak.
Pengurus Besar hotel tersebut, Fadzly Hamzah berkata, bagi penempahan awal, orang ramai boleh mendapatkan harga hanya RM88 seorang dan promosi itu berlangsung sehingga 28 Februari ini.
Harga tersebut dilihat berbaloi dengan hidangan kira-kira 200 menu terdiri daripada pembuka selera, pencuci mulut, makanan utama hinggalah kepada minuman sejuk dan panas.
“Kami mengunjurkan kira-kira 800 pengunjung sehari yang hadir berbuka puasa di sini dan sepanjang 26 bari jualan pada bulan tersebut, ia dianggarkan kira-kira 17,000 pelanggan.
“Jumiah sasaran ini boleh dicapal memandangkan kami memiliki rekod yang balk dalam menghidangkan juadah berbuka puasa sebelum ini” katanya yang turut berbesar hati atas kesudian penyanyi Thank You Allah itu untuk bersama-sama mereka tahun ini.
Dalam pada itu, konsep gerai-gerai dalam menyajikan lauk pauk masih lagi diteruskan. Informasi lanjut mengenai buffet berkenaan boleh diperolehi menerusi di laman media sosial Hotel Tenera dan Alyah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Hos dan pelakon, Uyaina Arshad tidak menafikan dirinya sedang berkawan dengan penyanyi Raja Syahiran sejak beberapa bulan lalu.
Menjawab dakwaan yang mengatakan keduanya sedang menjalin hubungan istimewa, hos program Ratu Hijabista ini mengakui mereka saling berhubung selepas berkenalan di sebuah majlis.
“Saya dan Raja Syahiran sedang berkawan dan sekarang dalam mengenali diri masing-masing. Sedang dalam proses berkawan dan berkenalan.
“Baru saja kenal, dalam tahun ini juga. Mulanya kami bertemu di sebuah majlis, kemudian berhubungan di media sosial dan lama kelamaan semakin rapat.
“Seperti sebelum ini pun, saya tidak terlalu dedahkan soal peribadi kepada umum, misalnya saya bersama siapa sebelum ini.
“Kalau boleh biarlah orang kenal kita dari segi prestasi seni, berbanding isu gosip semata-mata. Cuma sebagai manusia, dengan siapa kita berkawan ia menjadi satu fasa dalam hidup.
“Jadi saya tidak kekok untuk berkongsi hal tersebut juga sebab di kemudian hari insya-Allah kalau dah sampai waktunya, akan berkahwin juga.
“Bila atau dengan siapa, itu masih lagi menjadi rahsia oleh Yang Di Atas. Buat masa sekarang, saya selesa berkawan dengannya, katanya kepada MH.
Ditanya apakah ciri-ciri yang dimilki peserta Dansa Dan Sing itu, Uyaina cukup senang dengan kematangan lelaki itu dalam berfikir selain sikapnya yang rajin.
“Dia seorang yang bijak dan cara pemikiran kami sebenarnya sama terutamanya di dalam persefahaman di dalam perhubungan.
“Pada masa sama, dia juga seorang yang baik, menghormati orang lain dan dia rajin bekerja,” katanya.
Menjawab persoalan sama ada dia bakal mengikuti jejak langkah rakan artis, Mira Filzah yang berkahwin ketika kerjaya rancak berjalan, Uyaina mempunyai jawapan sendiri.
“Untuk berkahwin saya rasa ia pasti menjadi impian setiap orang. Buat masa sekarang, untuk ke fasa tersebut mungkin tidak dalam waktu terdekat.
“Sekarang ini saya pilih untuk lebih fokus pada karier dan banyak lagi cita-cita yang belum ditunaikan pada ibu. Malah ada yang ajak saya berkahwin sebelum ini pun, saya berikan jawapan sama.
“Cumanya sikap keterbukaan di dalam menerima kehadiran seseorang, berkawan dengan orang dan melihat masa depan untuk berkahwin dan bina keluarga itu ada, insya-Allah,” akhirinya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Siapa sangka, ketika masih di bangku persekolahan lelaki bertubuh kekar ini rupa-rupanya pernah menghidap masalah kegemukan melampau. Katanya berat badannya pernah cecah sehingga ke 110 Kilogram.
Meski tidak pernah rasa rendah diri dengan tahap fizikalnya itu, namun pandangan sesetengah orang mungkin berbeza.
Dek masalah kegemukan yang dialami, atlit badan cantik remaja, Akhtar Shamin ini mengakui pernah alami fasa hitam dek situasi fizikalnya pada ketika itu.
“Minat saya terhadap sukan bina badan ini sejak enam tahun lalu. Cumanya saya mulai berani untuk masuk pertandingan badan cantik sejak tidak tahun lalu.
“Pencapaian tertinggi yang pernah saya cakap ialah apabila mendapat tempat sebagai juara keseluruhan untuk sebuah acara badan cantik antarabangsa di Singapura, tahun lalu. Kalau nak diikutkan, saya pasang niat untuk main gim pun sebab pernah alami masalah berat badan.
“Dulu saya pernah gemuk cecah 110 kilogram sampai pernah kena ditelanjang sebab dibuli kawan. Kemudian saya hidap pula Anorexia. Jadi daripada situlah, bapa saya yang turut bergiat aktif dalam sukan sama mulai ajar dan latih saya di gim demi mendapatkan tubuh ideal,” katanya kepada MH.
Mengimbas kembali kisah lamanya, Shamin mendedahkan dia mengalami Anorexia kerana akibat tertekan dengan berat badan yang dialami.
“Masa gemuk dulu pun macam-macam gelaran yang saya dapat. Malah masa mengalami Anorexia, berat badan saya turun hingga 65 kilogram. Kurus memanglah kurus, tapi dalam cara yang tidak sihat.
“Keluarga mulai mendapatkan sesi kaunseling untuk saya dan sejak itulah saya mulai berjinak-jinak dalam badan cantik. Mahu azam ubah fizikal juga sebab tak tahan kena ‘bahan’. Alhamdulillah, kini semuanya berbaloi,” kongsi pemuda ini yang kini berkhidmat sebagai pelatih kecergasan ini lagi.
Terdahulu, Shamim ditemui sejurus mengungguli bagi badan cantik kategori Remaja di Kejohanan Badan Cantik Mr Sexy 2.0 2018 anjuran Fitness Inspire di Bandar Saujana Putra, pada Ahad. Turut hadir ialah Pengarah Urusan Fitness And Health Inspire Sdn Bhd, Fahrulrasi Kassim.
Menerusi pertandingan tersebut sebanyak lima kategori telah dipertandingan iaitu Atas 170cm, Bawah 170, Junior (bawah 23 tahun), Best Pose dan Champ of Champ Mr. Sexy yang dimenangi Syarul Mike Mahen.
Ditanya mengenai apakah rahsia kejayaan selain dari mengamalkan disiplin diet dan rutin gim yang ketat, pemuda ini mengakui ada ketikanya dia rasa putus asa.
“Putus asa kerana kita penat mental dan fizikal. Mujulah ibu bapa jadi penguat semangat untuk teruskan cita-cita. Bapa turut aktif dalam sukan ini sementara ibu pula bertindak sebagai juru aerobik. Jadi pendedahan dan sokongan mereka itu sentiasa dekat dengan saya, alhamdulillah,” akhiri Shamin.
Terdahulu, kejohanan tahunan itu turut diserikan dengan persembahan dari Syamel, Syafiq Farhain dan Anuar Zain. Tahniah buat kesemua pemenang dari MH!
Foto: Instagram Akhtar, Fitness Inspire
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!