Penampilan terkini Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun,47, mencuri perhatian sejak semalam apabila tampil lebih langsing dan anggun bergaya.
Malah menerusi laman sosial Twitter, perkara tersebut turut menjadi trending selain foto dulu dan kininya juga dikongsikan pelayar yang sekali gus mendapat pujian ramai warganet.
Rata-ratanya kagum melihat perubahan Ahli Parlimen Titiwangsa itu selama tempoh dua tahun kebelakangan ini pada ruangan komen.
Sementara itu, satu video yang berdurasi 30 saat yang juga boleh ditonton di Twitter yang dikongsi @JustinTWJ, memaparkan sedutan temu bual wartawan yang bertanya sukan apa yang dilakukan hingga tampak lebih ‘fit’.
“Saya cyling selain mengamalkan diet yang sihat. Yang penting niat sebenarnya nak sihat,” kongsinya.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan tarikh video temubual tersebut diambil.
Terdahulu, beliau disahkan positif COVID-19 Januari lalu dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh bagi mendapatkan rawatan susulan.