Hos dan usahawan terkenal, Neelofa turut memberi dedikasi ucapan tahniah buat pasangan pengantin baru, Mira Filzah Wan Emir Astar yang telah pun diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri, pada Khamis.

Mendoakan akan Allah SWT merahmati bahtera perkahwinan yang baru saja dilayari pasangan tersebut, bekas pengacara MeleTOP ini turut mengharapkan agar perkahwinan keduanya kekal sampai bila-bila.

Ucapan tersebut dikongsikan Neelofa menerusi Twitter miliknya, hari ini.

Ads

“Congratulations Mira and Emir! May Allah bless your marriage and I pray that you have a smooth journey till jannah, Insha’Allah.

Ads

“Take care of each other, communicate with each other and most of all love each other,” tulisnya.

Ads

Lalu, ciapan yang dibuat itu turut mendapat perhatian dari kedua-dua peminat bintang terkenal itu.

Terdahulu, Mira Filzah atau nama sebenarnya, Mira Filzah Badioezaman, selamat mendirikan rumah tangga bersama anak kepada Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datin Mastura Mohd Yazid dalam suasana meriah di Sime Darby Convention Centre, Damansara tepat jam 8.58 malam dengan sekali lafaz.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI