
Penyanyi Ernie Zakri telah menulis satu twit di akaun Twitter miliknya selain turut berkongsi foto bersama ibu saudaranya yang merupakan seorang penyanyi terkenal, Ziana Zain.
“I pray everyday that I’ll be strong like my mother, my late grandmother, and her,” tulisnya.
I pray everyday that I’ll be strong like my mother, my late grandmother, and her. ❤️ pic.twitter.com/9GnbGG1hci
— Ernie (@ErnieZakri) April 26, 2019
Menerusi perkongsian penyanyi yang terkenal dengan lagu Ku Bersuara itu telah berdoa supaya diberikan kekuatan sama seperti ibu, arwah nenek dan ibu saudaranya.
Pada masa sama, peminat turut memuji penampilan Ernie dan Ziana Zain yang dikatakan kelihatan muda dari usia sebenar.
Foto : Twitter Ernie Zakri
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Mampukah Duit Kembalikan Nyawa?,” – Covid-19, Anak Buah Datin Alyah Kini Terpaksa Ditidurkan

Penyanyi, Datin Alyah berkongsi khabar duka apabila memaklumkan anak buahnya ketika ini terpaksa ditidurkan selepas mengalami sesak nafas akibat jangkitan Covid-19.
Jelas Alyah, selain anak buahnya, seluruh ahli kelurganya turut dilaporkan positif wabak berkenaan.
Katanya lagi, anak buahnya itu dipercayai mula dijangkiti wabak Covid-19 sewaktu sedang bekerja di sebuah kilang yang terletak di Gelang Patah, Johor.
“Assalammualaikum semua. Mohon doakan Anak sedara saya
@nazirah_aziz93 kembali sihat semula. Dia dah ditidurkan kerana sukar bernafas kerana positive covid19 dan seluruh keluarganya sudah terkena positive covid19.
“Dikenal pasti dijangkiti dari kilang tempat mereka menjual makanan di kafe kilang tersebut di gelang patah dan kilang terbabit masih beroperasi,” tulisnya.
Perkhabaran tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu, Thank You Allah itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Pada masa sama, Alyah turut meluahkan rasa kesal terhadap pihak yang bertanggungjawab kerana masih membenarkan kilang tersebut untuk beroperasi.
Isteri kepada pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS ini turut menambah, pihak yang terlibat sepatutnya harus bersifat lebih berperikemanusiaan kerana soal nyawa bukanlah sesuatu yang boleh dianggap remeh.
“Adakala duit mampu mengaburi mata tapi saya mohon renung-renungkan mampukah duit mengembalikan nyawa?
“Mungkin kematian atau yang sakit itu bukan dari kalangan keluarga pihak pihak yang harus mengambil tindakan. Tapi hilangkah rasa kemanusian kerana wang ringgit?,” luahnya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa simpati selain turut menitipkan mendoakan semoga anak buahnya itu kembali sembuh seperti sedia kala.
“Allahuakbar, semoga anak saudara dan keluarga Kak Alyah sembuh dari Covid-19. Amin.
“Semoga disembuhkan semuanya dan kembali sihat seperti biasa jua. Amin Ya Allah.
“Semoga diberikan kesembuhan syifa dan dalam lindungan Allah. Amin Allahuma Amin.
“Semoga diringankan sakit mereka dan semua kembali sihat,” antara komen-komen yang ditinggalkan netizen di ruangan komen.
Sumber: Instagram Datin Alyah & Nazirah Aziz
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
[VIDEO] “Tengah Sakit Tapi Gigih,”- Spontan Rebah & Pengsan, Aliff Syukri ‘Prank’ Isteri Sempena Hari Jadi!

Usahawan dan penyanyi Datuk Seri Aliff Syukri ada memuat naik video di Instagrammya sebentar tadi.
Video tersebut memaparkan Aliff sedang menghadiri mesyuarat.
Namun, secara tiba-tiba Aliff rebah dan jatuh pengsan.
View this post on InstagramA post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on
“Menjadi ke idok??? walapun dok tngh sakit masih gigih. Sila wish birtdy @shahidadherbs di ruangan komen di bawah.. sy nak baca.
“Kalau nak nak tengok sambungan kehidupan sy #ohabangkosmetik boleh subscribe youtube saya tvterlajaklaris disana saya posting smua mengenai anak2 saya,masakan,motivasi kehidupan dan bisnes kejayaa sy,” tulis Aliff.
Bagaimanapun, video tersebut hanyalah sekadar lakonan dan prank semata-mata buat isterinya, Datin Seri Nur Shahida sempena hari jadi.
Menariknya, Aliff telah menghadiahkan seutas gelang tangan berjenama buat isteri tercinta.
Lalu,netizen turut menitipkan ucapan hari jadi buat Shahida.
Video : Instagram Aliff Syukri
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Yang Buruk Kita Tolak Jauh-Jauh,” – Sihir Itu Wujud, Saharul Ridzwan Berdoa Agar…

Bintang drama bersiri Cinta Sekali Lagi, Saharul Ridzwan menegaskan bahawa ilmu syirik dan sihir sememangnya wujud dalam kalangan masyarakat.
Menerusi entri di Instagram, Saharul memberitahu dirinya ada menerima komen dan cerita mereka yang pernah menghadapi perbuatan terkutuk itu.
Saharul meluahkan rasa kesal dan sedih kerana perkara tersebut masih wujud dan berlaku dan pelakon berusia 31 tahun ini berdoa agar kita semua sentisa dilindungi dan dijauhi darinya.
“Tiada daya upaya kita dalam apa apa sekalipun, kecuali dengan Izin Allah. Apa yang baik, kita jadikan semangat.
“Yang buruk kita tolak jauh2. Semoga kita semua dilindungi Allah. Jangan tinggal solat. InShaaAllah Selamat Malam #cintasekalilagi @sr.tigers,” tulisnya pada ruangan kapsyen IG TV berhubung isu terkait.
Nama pelakon Saharul semakin menjadi perhatian netizen selepas membintangi drama rantaian Cinta Sekali Lagi.
Drama ini berkisahkan tentang sebuah hubungan rumah tangga yang antara lain turut berdepan konflik tersendiri, termasuk mengamalkan ilmu hitam iaitu sihir.
Selain Saharul, drama ini turut dibintangi Nelydia Senrose, Hanna Delisha, Ezzaty Abdullah dan ramai lagi.
Foto: Instagram Saharul Ridzwan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI