Putra Amaris mengakui tertekan apabila namanya terpalit dengan isu besar sehingga menjejaskan kerjaya dan keluarga. Enggan mengulas lanjut kontroversi yang melanda, namun pelakon ini memohon agar Datuk Vida tampil memberi penjelasan sekaligus membersihkan namanya kepada mangsa terlibat.
Menjelaskan kepada Media Hiburan, dia telah menemui pihak polis meminta khidmat nasihat atas alasan keselamatan dan memberi tempoh dengan kadar segera kepada usahawan itu sebelum tindakan diambil.
“Setakat ini, saya bersyukur kerana isteri dan keluarga memahami apa yang berlaku. Saya boleh bersabar namun jangan sesekali menguji kesabaran saya.
“Kalau ikutkan saya tidak mahu mengulas isu ini namun ia melibatkan maruah diri dan keluarga dan sebab itu dia harus bersihkan nama saya. Jujurnya saya tertekan dengan apa yang berlaku, lebih-lebih lagi apabila nama saya turut terpalit dengan isu besar ini.
Ads
“Saya tidak mahu bergaduh namun kenyataan dia, susah untuk digambarkan. Saya mahu bersihkan nama kepada umum. Isu ini sangat besar kerana melibatkan VVIP, kerajaan dan kerabat. Jika tidak saya akan ambil tindakan. Saya sudah merujuk kepada pihak polis dan mereka mengesahkan kenyataannya berunsur ugutan. Saya mahu dia bersihkan nama saya daripada isu ini,” katanya ketika ditemui pada majlis Pra Pelancaran Program Karnival HISCE 2019 di Menara Matrade semalam.
Ulas lelaki ini lagi, dia difahamkan oleh penyanyi I Am Me, isu ini telah diselesaikan, namun menerima respon berbeza daripada mangsa.
Ads
“Saya mohon lagi sekali supaya dia bersihkan nama saya. Dia faham apa yang saya maksudkan. Lebih elok sekiranya diselesaikan segera.
“Mengikut kenyataan dia sebelum ini, isu ini telah diselesaikan dengan pihak terbabit. Namun apabila saya hubungi mereka yang terlibat, isu ini belum selesai. Nasihat saya, minta selesaikan dengan segera sebelum tindakan diambil,” jelasnya yang kini sedang giat mempromosi kuih tat Amaris Mytart dan wangian Francesc Fragrance.
Ads
Putra Amaris atau nama sebenar Amran Ismail turut mengambil kesempatan menjelaskan dia tidak pernah menjadi sebahagian warga kerja Datuk Vida, sebaliknya hanya membantu atas kapasiti sahabat.
Dia turut terkilan apabila usahawan itu mengungkapkan kata-kata “saya nak sepak awak pun boleh’ ketika pertemuan singkat di Star Vendors di Sabah awal bulan lalu. Malah dia turut diminta memulangkan semula barangan yang pernah diberikan oleh jutawan berkenaan.
Usahawan, Datin Vivy Yusof kini semakin menjadi perhatian netizen apabila didakwa menghina golongan B40 dan M40 yang menerima Bantuan Prihatin Nasional menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, baru-baru ini.
Bukan itu sahaja, terdapat pihak menjalankan satu petisyen di media sosial yang mengesa ahli perniagaan popular itu meletak jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Selepas beberapa hari insiden tersebut berlalu, Vivy atau nama sebenarnya Vivy Sofinas Yusof telah memuat naik satu rakaman video untuk memberi penjelasan mengenai isu tersebut.
Di samping itu, ibu kepada dua orang cahaya mata ini memohon maaf atas khilaf selain menafikan dirinya ada mengeluatkn kata-kata sebagaimana yang didakwa.
“If you choose to be anything, be kind. This will be the last statement I do on this issue. I will be moving on. Hope it clarifies A LOT of things.
“Hope you’re all coping well with MCO and sending you lots of love in this tough time,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Melihat di ruangan komen entri berkenaan, rakan selebriti seperti Elfira Loy misalnya, turut memberi kata semangat kepada usahawan berjaya itu.
“I hope you’re feeling better,” tulis Elfira.
Selain Elfira, para peminat termasuk rakan selebriti lain turut memberikan reaksi terhadap video yang kini sudah pun mendapat tontonan lebih 1 juta kali itu.
Video: Instagram Vivy Yusof
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Misha Omar atau nama sebenarnya Samihah @ Aisah Omar ada berkongsi satu video di laman media sosial Instagram miliknya.
Rakaman video tersebut telah memaparkan momen penyanyi yang berusia 37 tahun itu menyambut hari ulang tahun kelahiran anak angkatnya yang bernama Mohd Adam Emir.
“Bila ada yg bertandang ke rumah bawa sebiji kek untuk dipotong si birthday boy… Terima kasih for the cake & present yg tak berbalut tu, Abg @mimieomar hadiah birthday paling rare cara bawaknya…
“lenkali mungkin nak jimat 20 sen utk tak ambil plastic bag, dia hangkut je cemtu keluar mall!!! Hahahahhahaha!!! Terima kasih kawan-kawan ibu yg mendoakan Adam..
“Biarpun bukan rahim saya yg mengandungkan Adam, cuma maut saja boleh pisahkan kami…ibu sayang Adam dunia akhirat tau..”tulisnya.
Lantas, perkongsian penyanyi yang terkenal dengan lagu Bunga-Bunga Cinta itu telah mendapat perhatian peminat.
Malah, peminat turut memuji Misha kerana menyayangi anak-anaknya dengan penuh kasih sayang.
Sedia maklum, Muhammad Adam Emir merupakan anak angkat yang dijaga sejak bayi lagi, selain itu Misha turut mempunyai seorang lagi anak angkat, Humaira Lateefa berusia 8 tahun.
Pada 2 Mei 2014, Misha telah mendirikan rumah tangga bersama Firos Ezzwan Rossly dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Idris Ezzwa, 3 tahun.
Video : Instagram Misha Omar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Aduhai… nampaknya kisah usik-mengusik antara dua pelawak popular, Shuib Sepahtu dan Zizan Razak masih lagi belum berkesudahan.
Jika beberapa hari lalu, Zizan dilihat sakan ‘membahan’ Shuib dek kerana motosikal Yamaha Y150 ZR yang baru dibelinya telah diubah ubah suai si isteri, Siti Sarah dengan dekorasi manik dan bunga-bungaan.
Kini, giliran Shuib pula ‘menganjing’ Zizan dengan sepotong kata-kata hikmah yang telah dimuat naik di laman Instagram miliknya.
“Biar berbunga, jangan tak berpunya -Shuib-,” tulisnya.
Di bahagian kapsyen, Shuib memberi tahu ungkapan tersebut merupakan satu lagi falsafah yang berguna buat kehidupan Zizan.
“Assalammualaikum,salam Jumaat semua. Satu lagi falsafah yg berguna buat kehidupan @zizanrazak869,” katanya.
Entri tersebut memperlihatkan gambar mesra Shuib dan Siti Sarah saat menunaikan umrah di tanah suci, Mekah.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dilihat terhibur dengan telah Shuib itu.
Ketika ini rancak di media sosial kisah diantara Zizan dan Shuib tentang obsesi mereka terhadap motosikal Yamaha Y150 ZR atau lebih sinonim dengan panggilan ‘Ysuku’ dikalangan peminat motorsikal.
Sumber: Instagram Zizan Razak
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!