
Ches Al-Maliki yang juga rakan baik kepada bekas isteri Da’i Farhan, Fatin Nurul Ain memaklumkan saman fitnah terhadapnya telah ditarik balik.
Perkara tersebut disampaikan wanita itu menerusi satu status yang dimuat naik menerusi Facebook, pada Rabu.
Menurutnya, ia telah disampaikan melalui keluarga namun menuntut agar pihak terbabit membuat kenyataan secara terbuka mengenai penarikan saman terbabit.
Ches pada masa sama turut memohon agar pihak berkenaan menghantar surat rasmi selain membuat permohonan maaf secara terbuka melalui tulisan dan video.
Bagaimanapun, Ches tidak menyatakan secara terperinci siapakah pihak yang dimaksudkan berdasarkan kenyataan di platform Facebook itu.
Berikut merupakan makluman Ches mengenai perkara itu;
Terdahulu, pendakwah bebas Da’i Farhan pernah mendedahkan seorang wanita yang didakwa rakan baik bekas isterinya telah menulis surat terbuka berhubung kisah rumah tangganya.
Tindakan tersebut berkemungkinan dibuat kerana mahu membalas dendam selain tidak boleh menerima hakikat bekas isterinya hidup bermadu.
Foto: Facebook Ches Al-Maliki
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ada Yang Mengharapkan Sama Ada Kami Kembali Bersama,” – Nabila Komen Kalau Kembali Berjodoh Dengan Sharnaaz Ahmad

Usahawan selebriti yang juga kakak kepada Neelofa, Noor Nabila Mohd Noor mengakui selesa dengan statusnya sebagai ibu tunggal.
Mengekalkan hubungan baik dengan bekas suaminya, pelakon Sharnaaz Ahmad, kakak kepada pengacara Neelofa ini mahu memberikan fokus kepada diri sendiri.
“Ada yang mengharapkan sama ada kami kembali bersama selepas melihat hubungan kami baik. Sejujurnya huhungan kami sudah lama baik demi anak.
“Kalau ada jodoh, Insya-Allah. Tapi, rasanya saya lebih selesa untuk meneruskan hidup sendiri buat masa sekarang. Saya serta Sharnaaz pun sudah ‘move on’ dan fokus kami sekarang ialah anak, Jebat Jayden,” katanya.
Nabila ditemui di majlis pengumuman Neelofa sebagai duta rantau Asia Tenggara yang pertama untuk jenama kecantikan antarabangsa Lancome di One Utama, Petaling Jaya sebentar tadi.
Tambah wanita asal Kelantan ini, dia bersyukur kerana Sharnaaz memberikan komitmen yang sangat baik sebagai seorang bapa biarpun mereka tidak bersama lagi.
“Saya gembira dan bersyukur kerana Sharnaaz tak pernah abaikan tanggungjawab sebagai bapa.
“Boleh dikatakan hampir setiap hari dia meluangkan masa berjumpa dengan anak.
“Saya sendiri tak kisah kerana anak kami memang berhak mendapat kasih sayang ibu dan bapa secara sama rata biarpun kami tidak bersama lagi,” katanya lagi.
Nabila dan Sharnaaz sah bercerai pada 9 Julai lalu secara hakam di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.
Pasangan itu berkahwin pada 31 Mac 2017 di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang bakal menginjak usia dua tahun Ogos ini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tak Pandai Ambil Duit Raya Dari Orang Kalau Ada Yang Bagi,” – Yana Samsudin Kongsi Tips Didik Anak Adab Beraya

Sedar akan kepentingan mendidik anak adab sebagai tetamu, Yana Samsudin berkongsi pesanan yang dititip kepada anaknya, Aisy Mateen.
Tulis pelakon dan hos ini, di samping memberi peringatan, anak-anak juga harus dipuji apabila berjaya mengikut peraturan yang digariskan ibu bapa.
“Mak mak selalu buat macam ni kan sebelum datang rumah orang.
“Pesan siap siap… Jumpa orang lebih tua dari kita beri salam, salam, cakap selamat hari raya, orang bagi duit raya cakap terima kasih, orang bagi air minum dan makan duduk jangan lari lari, jangan pegang barang perhiasan orang.
“Bukan barang mainan kita jangan main , minta izin dulu kalau nak main,” tulisnya.
Yana bagaimanapun menjelaskan, foto yang dikongsi adalah ketika sesi melakukan ‘post-mortem’ bersama si anak.
“Tapi ni adalah sesi postmortem, puji apa yang dia dah buat tegur apa yang dia tak buat atau buat salah tadi. Itu je… @aisymateen Ok, cuma dia selalu pilih orang yang dia nak salam dan tak pandai ambik duit raya dari orang kalau ada orang bagi.. cakap slow slow nanti dak dak akan faham.
“Apa pesanan korang bila nak sampai ke rumah orang lain beraya? #MateenDanMommy #Tipsbolehgunapakai,” kongsi isteri pelakon Fadzil Zahari ini panjang lebar.
View this post on InstagramA post shared by Yana Samsudin (@yanasamsudin) on
Sedar akan kepentingan mendidik anak-anak sedari kecil, netizen turut sama memberi cadangan bagi menambah baik cara didikan si kecil.
Dalam pada seronok beraya, jangan leka sehingga kedatangan kita jadi ‘bencana’ pula.
Foto : Instagram Yana Samsudin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tak Indah Sebenarnya, Saya Pernah…,” – Tak Ramai Kawan & Kena Buli Di Sekolah, Iman Troye Bukti Semangat Positif Capai Sukses Akademik

Penyanyi remaja, Iman Troye mendedahkan dia sebelum ini pernah dibuli selain tidak mempunyai rakan yang ramai ketika di bangku persekolahan.
Bagaimanapun Iman berkata, dia sebolehnya mahu mencari suasana yang baik ketika pengajian yang seterusnya membawa kepada keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan.
Perkara tersebut dikongsikan penyanyi lagu Nang itu melalui sesi virtual bersama pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu calon pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), PTTI pada Selasa.
Iman atau nama penuhnya Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin menambah, di sebalik kejayaannya mendapat keputusan cemerlang pada SPM 2019 dan mendapat sijil dekan, dia sebenarnya bergelut dengan pelbagai hal serta emosi.
“Waktu sekolah saya dulu tak indah sebenarnya. Saya pernah dibuli di sekolah. Memang tak ada kawan sangat. Tapi saya tak jadikan hal itu sebagai hal melemahkan semangat belajar.
“Jumpa kawan di sekolah baru, saya wujudkan kitaran positif yang betul dan mengajak kita untuk belajar. Saya bertekad untuk berjaya. Pada akhirnya ia juga berbalik soal rezeki serta restu ibu bapa.
“Pastinya dalam apa kita lakukan akan ada pergelutan itu ini. Bergelut zaman sekolah untuk persediaan ke universiti. Macam sekarang pun kena bahagi masa antara bekerja (menyanyi) sambil belajar Diploma dalam bidang muzik di Universiti Teknologi Mara(UiTM), Shah Alam,” katanya.
Jelasnya lagi, dia sentiasa memujuk diri untuk belajar atau buat benda yang diminati.
“Bahkan saya turut berjumpa kawan yang ada minat sama. Kegembiraan itu pilihan, jadi buatlah benda yang disukai dan diminati.
“Jangan bagi pendapat jika tidak diminta atau ditanya. Jadilah pendengar yang baik untuk kawan. Kalau stres cari kawan dan luah. Saya jenis yang pentingkan kawan. Anda juga kena pentingkan kawan,” katanya.
Malah pada perkongsian sama turut dialu-alukan penyertaan pemenang peraduan Aku Pilih PTTI 2.0, Muhammad Haizul Ahmad yang memenangi motosikal Yamaha Ego. Tak ketinggalan Pengurus Besar PTTI, Muhd Habibunajjar Sazali atau Cikgu Habib.
Adik Muhammad Haizul mengakui pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bukan satu proses mudah.
“Sebab itu saya pengaruh dan ajak kawan lain sertai PTTI. Berbulan bulan belajar pun tak faham. Malah rakan sekelas ‘join’ kelas pun tak penuh kedatangan.
“Selepas itu, pelbagai seminar dan video pun dapat disertai secara percuma. Saya sendiri boleh enjoy belajar sambil pasang lagu.
“Malah saya wujudkan kandungan video menarik di TikTok mengenai PTTI. Video pun ditonton ramai. Saya pun ajak kawan muat turun aplikasi dengan guna kod rujukan.
“Malah saya turut luangkan masa tiga hari untuk kongsi manfaat aplikasi dengan kawan lain. Bahkan ada sampai lima kumpulan WhatsApp yang saya bantu menerangkan kelebihan aplikasi,” katanya.
Muhammad Haizul mengakui dia sendiri bekerja sambilan sejak belajar di tingkatan tiga untuk mengumpul wang saku.
“Saya pernah bekerja di kafe kawan. Macam-macam lagi saya buat. Saya jenis kalau nak sesuatu takkan minta dengan ibu bapa.
“Saya juga melalui fasa dihakimi guru sekolah sendiri sebab bekerja sambilan. Sesekali saya manja dan hadiahkan diri dengan bermain ‘games’,” kata Muhammad Haizul.
Sejak memperkenalkan aplikasi terbabit, pusat itu rancak menarik perhatian pelajar dengan pelbagai cara.
Salah satu usaha demi menarik lebih ramai pelajar memuat turun aplikasi berkenaan, pusat ilmiah berkenaan turut menganjurkan
peraduan Aku Pilih PTTI dengan menawarkan hadiah lumayan dan menarik.
Kali pertama diadakan sekitar September ke pertengahan Oktober tahun lalu dengan menawarkan hadiah iPad. Kali kedua dianjurkan dari tempoh 30 Oktober hingga 30 November tahun lalu, ganjaran tempat pertama berupa motosikal Yamaha Ego selain iPad turut diberikan.
Penyampaian motosikal berkenaan juga sudah diserahkan kepada pemenangnya, adik Muhammad Haizul Ahmad berusia 18 tahun dari Jitra, Kedah baru baru ini.
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan, Paya Kemunting itu menerima hadiah berkenaan menerusi wakil cikgu pusat terbabit (Muhammad Dzulfahmi Salehuddin) di kediaman keluarganya di sana.
Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman atau lebih dikenali sebagai Cikgu Fana berkata peraduan diadakan lebih bersifat mempengaruhi pelajar lain untuk belajar secara efektif dan percuma menerusi aplikasi ditawarkan.
“Konsep atau konteks yang mahu diketengahkan adalah lebih kepada misi PTTI nak lihat lebih ramai pelajar mendapat manfaat dari aplikasi terbabit untuk belajar dan peningkatan pemahaman dalam pembelajaran di mana mana.
“Semakin ramai pelajar itu mengajak kelompok rakannya untuk sama sama belajar dengan menggunakan aplikasi itu, semakin besar potensinya untuk menang.
“Situasi itu terjadi kepada Muhammad Haizul (pemenang motosikal). Sejak dilancarkan aplikasi ini sudah dimuat turun lebih 30,000 pelajar untuk menikmati pembelajaran percuma. Yang menyertai peraduan pula sekitar anggaran 5000 pelajar,” katanya.
Tambah Cikgu Fana lagi, pusat kelolaannya itu sedang melancarkan kempen #SediaAwal yang memfokus kepada pelajar Tingkata 4 yang bakal melangkah ke Tingkatan 5 pada bulan Mac depan.
“Menerusi kempen itu mereka dapat belajar secara percuma menerusi aplikasi itu dan boleh mendapatkan lebih 100 video pembelajaran percuma untuk persediaan awal. Malah duta kami, MK Clique dan Iman Troye juga menyokong usaha ini.
“Mereka percaya dalam bidang lakonan dan nyanyian juga memerlukan persediaan lebih awal sebelum membuat persembahan supaya dapat memberikan yang terbaik.
Begitu juga dalam peperiksaan. Kita nak kurangkan budaya ‘last minute’ di kalangan pelajar.
“Pada mada sama kami melancarkan peluang membantu rakan pelajar SPM dan tingkatan 1 hingga 4 untuk memuat turun aplikasi dan belajar secara percuma serta berpeluang memenangi iPad setiap minggu dari 2 Februari hingga 31 Mac depan,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI