Pengacara dan penyampai radio, Isha Norsham memaklumkan dirinya kini sedang dirawat di hospital selepas diserang alahan yang agak teruk gara-gara makanan seafood.
Menurut Isha, sebelum ini, dia hanya akan mengalami simptom gatal atau bengkak yang biasa tetapi kali ini alahan tersebut telah menyebabkan dia sukar untuk bernafas.
“Saya seorang yang sangat sukakan makanan lebih-lebih lagi seafood. Sebelum ini, saya hanya akan mengalami gatal-gatal biasa atau bengkak di bahagian mulut dan ia boleh dirawat dengan antihistamin.
“Bagaimanapun, ia jadi sebaliknya apabila saya diserang anafilaksis serta asma dan sakit-sakit sendi.
“Dua jam selepas makan malam, ketika saya sedang menonton Netflix, secara tiba-tiba saya mengalami kesukaran untuk bernafas dan saya beritahu kakak saya yang leher serta dada saya berasa sangat sesak,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh pengacara program Gempak TV itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Ads
Katanya lagi, ketika detik cemas itu, dia telah dibantu oleh sahabatnya yang juga merupakan pengacara, Daniel Cheang yang terus bergegas membawanya ke hospital.
Lantaran itu, dia telah dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan diminta untuk berehat sehingga minggu depan.
“Kakak saya memang dah bersedia kerana ketika itu saya seperti separa sedar dan boleh pitam pada bila-bila masa. Saya bersyukur kerana sahabat saya, Daniel Cheang tinggal berhampiran dengan rumah dan bawa saya ke hospital.
Ads
“Saya telah dirawat di wad ICU dan CCU di Sunway Medical Center. Saya amat berterima kasih kepada semua petugas hospital. Mereka merawat dan menjaga saya dengan sangat baik.
“Ketika ini, saya masih lagi sedang dirawat dan doktor mahu saya berehat sehingga minggu depan. Saya akan kembali sihat semula nanti.
“Terima kasih untuk segala ucapan dan doa. Tak mampu saya nak balas satu per satu tetapi anda membuatkan hari saya bertambah baik,” katanya lagi.
Ads
Dikesempatan itu juga, penyampai radio Era FM ini turut merakamkan ucapan penghargaannya kepada semua pihak yang risau akan keadaan kesihatannya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti mendoakan semoga Isha lekas sembuh seperti sedia kala.
Sekadar informasi, selain mengacarakan program Gempak TV, Isha juga merupakan penyampai di stesen radio Era FM yang mengendalikan segmen Gempak Hit Era.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Isha Norsham
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan ushawan, Rebecca Nur Al Islam Ahmad hari ini bersyukur dan gembira kerana telah pun selesai majlis tazkirah dan sesi mengislamkan salah seorang pembantu rumah ibunya yang dikenali sebagai Merry.
Becca memuat naik beberapa keping foto dan video sekitar majlis.
“Alhamdulillah Seperti biasa InsyaAllah Setiap pagi Jumaat pasti Umah Mummy becca Ramai Orang Sempena #tazkirahumahbecca.
“Tapi Jumaat Pagi Ni #01022019 Special Sikit, Di sebabkan After Tazkirah Mummy becca Buat Majlis utk Maid/Helper Mummy becca MERRY akan DI ISLAM kan Hari Ni.
“Ya Allah Ya Rab,Syukur ke Atas Mu ,Kami Semua Mendapat Saudara Islam Baru Pada Pagi Jumaat Yg Penuh Barokah ini,” tulisnya menerusi salah satu posting.
Tidak dinafikan pengacara dan usahawan, Neelofa merupakan satu nama besar dalam industri hiburan tempatan dan apa sahaja yang dilakukannya pasti mendapat perhatian ramai.
Walaupun cukup dikenali ramai, namun keperibadian ramah dan ‘humble’ yang ditunjukkan ibu kepada Muhammad Bilal itu pantas meraih perhatian netizen menerusi video yang dimuat naik Neelofa di laman TikTok miliknya baru-baru ini.
Dalam video tersebut, Neelofa atau nama sebenar, Noor Neelofa Mohd Noor, 33, dilihat ramah melayan pekerja di sebuah restoran makanan segera ketika dia dan suami, PU Riz membuat pesanan secara ‘drive thru’.
Permintaan mereka dilayani dengan baik pasangan suami isteri itu apabila sempat bergambar swafoto bersama-sama dan Neelofa menulis, “McD delivery ke kereta, pakej dengan selfie” pada keterangan video tersebut.