Dunia hiburan pernah dikejutkan dengan pendedahan pengacara, Nazruddin Habibur Rahman atau Naz yang berkongsi secara terbuka mengenai tumor dalam perut yang dihadapinya sekitar 2014 lalu.
Walaupun telah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dalam perut, namun setiap tahun dia akan melakukan ujian pemeriksaan kesihatan kerana bimbang tragedi sama akan berulang.
“Setiap tahun saya akan lakukan check up sebab kita tak tahu bila akan pergi. Setiap tahun saya terfikir janganlah ambil nyawa lagi. Dekat sinilah kita sedar, apa yang kita kejarkan? Di penghujungnya, hanya kita dan Allah.
“Pengalaman berdepan dengan tumor buatkan saya tersentak. Pertama kali saya terfikir, anak saya baru lahir.
“Bila kita sedar saat Allah nak cabut nyawa, masa tu seribu penyesalan pun tak guna. Sekarang saya faham, kenapa orang kata kesakitan itu satu hikmah.
“Jangan sia-siakan peluang dalam hidup. Jangan mati dalam sesalan. Setiap detik, setiap waktu berharga.
Ads
“Orang ingat emas berharga, cinta berharga? Masa adalah yang paling berharga dalam dunia,” kongsinya sambil mengalirkan air mata.
Masa semakin mengejar, namun pengacara Jalan Jalan Cari Makan ini telahpun membuat persediaan rapi andai masa tidak menyebelahinya kelak.
Ulas lelaki berusia 40 tahun ini, buatlah perancangan rapi agar isteri dan anak-anak selesa walau selepas pemergian kita. Jangan sesekali tinggalkan hutang dan beban untuk ditanggung mereka yang masih hidup.
Ads
“Bila kita rasa masa terlalu suntuk, kita akan kelam kabut dan kalut. Namun kena ada perancangan. Bila berdepan dengan maut, sebagai seorang suami dan ayah, secara duniawi, semua telah tersedia, insuran, waris.
“Saya telah pesan kepada isteri dan anak-anak, you live your life to the fullest. Saya berjanji dengan mereka, sekiranya saya pergi, saya tidak akan tinggalkan mereka dengan hutang.
“Jangan kita tinggalkan dunia ini dengan hutang untuk yang tersayang. Kalau kita betul-betul sayang mereka, kenapa awak tinggalkan hutang untuk mereka? Buat apa awak berhutang untuk kereta besar, rumah besar tapi bila awak tak ada, isteri awak kena kerja 24 jam hanya untuk sara anak-anak. Itu tak adil,” tuturnya lagi dalam nada tersekat-sekat.
Ads
Mengakui belum punya cukup persediaan untuk mengadap Ilahi, namun dia cuba menjadi muslim yang lebih baik dari sehari ke sehari.
“Untuk persediaan akhirat, apa yang penting adalah perjalanan kita menuju ke sana. Ibadah kita memang tidak pernah cukup, namun asalkan hari ini kita lebih baik daripada semalam, ia memadai. Awak nak duduk di dunia ini bagaimana? Sebagai penumpang atau pemandu?
“Jangan tunggu esok atau lusa sebab mungkin esok awak dah tak ada,” tegasnya.
Satu perkongsian yang penuh makna dan sarat dengan emosi. Semoga hari-hari kita lebih baik daripada semalam.
Jika mahu berubah, lakukan sekarang kerana esok mungkin sudah terlambat.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Jenama fesyen terkemuka, Ariani mempersembahkan koleksi terbarunya, ‘1001 Tales of Ariani’, dalam sebuah majlis pertunjukan fesyen yang meriah bertempat di Kuala Lumpur Convention Cntre, baru-baru ini.
Tidak hanya tertumpu kepada pelancaran koleksi Lebaran 2024, tetapi acara itu juga mempamerkan inovasi dan kreativiti yang tiada tandingan dalam industri fesyen hijab dan busana Muslimah di Malaysia.
Istimewanya, majlis turut diserikan dengan kehadiran DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin yang berkenan berangkat mencemar duli ke majlis pertunjukan fesyen tersebut.
Malah, jenama itu masih mengekalkan tiga dutanya iaitu Lisa Surihani, Bella Dally & Uyaina Arshad, dan menambah muka baru iaitu keluarga pasangan selebriti Amar Bahrin & Amyra Rosli serta Fyza Kadir sebagai wajah terbaru Ariani RTW Premium.
Majlis fesyen yang bertemakan Arabic itu dibuka dengan segmen Galeri Ariani, mempamerkan lebih dari 40 koleksi hijab yang merangkumi tudung polos dan printed pelbagai rekaan.
Segmen kedua pula diteruskan dengan pertunjukan rekaan dari Ariani Luxe, iaitu rangkaian koleksi hijab premium dengan perincian lace dan Swarovski.
Dalam pada itu, koleksi pakaian lelaki, Aryan pula menampilkan pelbagai rangkaian koleksi pakaian lelaki bermula dari kanak-kanak sehinga golongan dewasa seperti baju melayu sedondon, kurta dan jubah.
Ia diteruskan dengan segmen Ariani RTW, menampilkan 110 koleksi lebaran yang merangkumi kurung moden polos, kurung printed moden, kaftan dan jubah.
Istimewanya tahun ini, setiap koleksi didatangkan dengan kepelbagaian size bermula XXS sehingga 6XL.
Koleksi The Premium Series by Ariani RTW yang merangkumi jubah dan abaya serta koleksi kurung turut dipertontonkan dan ia dijual dalam kuantiti yang terhad.
Majlis diserikan dengan persembahan istimewa oleh Zizi Kirana yang mendendangkan lagu yang dipopularkan oleh penyanyi Arab, ‘Sabry Aleel’ sebagai tema khas kepada keseluruhan majlis selain Datuk Jamal Abdillah dan anaknya, Zaki Yamani.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Genap 57 tahun pada tanggal 21 April, Ketua Pengarah Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah ada menitipkan pesan buat seluruh rakyat Malaysia.
Memetik laporan Astro Awani, Dr. Hisham hanya meminta rakyat Malaysia supaya dapat kekal duduk di rumah dan mengamalkan tahap kebersihan tertinggi.
“Sempena hari jadi saya, 21 April, hadiah paling istimewa untuk saya ialah, kalau boleh rakyat Malaysia kekal duduk di rumah dan amalkan kebersihan yang tinggi,” katanya.
Malah, tanda pagar #HappyBirthdayDGHisham turut trending di laman media sosial.
Oleh itu, ramai rakyat Malaysia ketika ini mengambil kesempatan tersebut untuk memberikan ucapan penghargaan buat Dr. Hisham termasuklah selebriti tempatan.
Memerusi ruangan Twitter, penyanyi, Nourul Wahab mendoakan semoga Dr. Hisham diberi kesihatan yang baik serta bahagia di dunia dan akhirat.
Saya nak Dato jadi Menteri kesihatan. Komited dan berdedikasi. Saya ank nurse, anak buah ramai doktor. Perlukan menteri kesihatan yang sebegini. Semoga Allah rajmati dan diberi kesihatan yang baik. Bahagia di dunia & di akhirat. Aminn https://t.co/eI2Cat0Yx0
“May Allah shower you with an abundance of love, good health, strength, patience and happiness,” jelasnya.
Dalam pada itu, pelakon era 80-an, Datuk Seri Shah Rezza menerusi entri terkini di laman Instagram menyifatkan pengarah kesihatan itu sebagai hero bagi seluruh rakyat Malaysia.
Dr. Hisyam merupakan antara figura yang disegani ketika ini dan wajahnya sering dinantikan rakyat Malaysia setiap hari bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai COVID-19.
Sebelum ini Dr. Hisham telah disenaraikan sebagai antara tiga doktor terbaik dunia dalam menangani situasi pendemik dunia ini.
Sumber: Twitter & Instagram Artis Berkenaan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi senior, Liza Hanim mendedahkan dirinya reda dengan segala ujian yang harus dilaluinya ketika ini selepas dia telah pun disahkan positif Covid-19.
Selain Liza, ibunya serta lima orang anaknya yang lain turut dilaporkan telah dijangkiti wabak tersebut.
Menurut Liza atau nama sebenarnya Haliza Hanim Abd Halim, meskipun ia merupakan perkara yang paling ditakutinya selama ini, namun, dia sekeluarga akan terus mencari kekuatan untuk pulih daripada wabak ini.
Sedang diulit bahagia, pelakon Siti Hariesa tidak menafikan dia berhasrat untuk menamatkan zaman bujangnya dengan pasangan hati yang masih dirahsiakan.