“Saya Berlakon Dan Menyanyi Dari Tahun 1999 Lagi, Masa tu Takde Pula Kami Diminta Buat Gimik Atau Propa…,” – Fazley Yaakob

Share

Cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob mengakui ketika awal penglibatannya dalam dunia lokanan lebih dua dekad lalu, dia tidak diminta mana-mana pihak untuk melakukan gimik terhadap naskhah yang dilakonkan.

Menurut Fazley yang mulai berjinak-jinak lakonan menerusi drama bersiri Sembilu Kasih, dia akui rasa ‘janggal’ melihat perkara berkenaan di media sosial.

Perkara tersebut dikongsikan Fazley menerusi satu hantaran di Instagram, membabitkan perkara berkenaan.

“Saya mula berlakon dan menyanyi dari tahun 1999 lagi. Bermula dengan drama bersiri #Sembilukasih , kemudian ke telefilem, dan ke filem2 seperti #Gerakkhasthemovie2, #JanjiDiana dan #Gilabola.

“Masa tu, takde pula kami di minta buat gimik/propa kena cekik dan mencekik pelakon di set, atau ‘berlakon’ pengsan depan pengarah & crew produksi.

“Atau buat-buat tercekik masa scene makan-makan sampai terpaksa panggil ambulan betul-betul bukan yang di siapkan untuk scene lakonan!,” tulisnya.

Penyanyi yang sinonim dengan lagu Asmara Ini turut mempersoalkan mengenai situasi ‘drama dalam drama’.

“23 tahun sebagai insan seni, rasanya saya tetap rasa janggal melihat rentetan “drama di media sosial” selepas drama sebenar yang mengikut skrip. Jika benarlah, ini cara terbaru “marketing” drama, makin tertipulah kita semua, tak begitu?

“Drama dalam drama di dalam drama?! Perlu ke melayan drama yang di promosi berdasarkan gimik dan marketing murahan? Aisehman.. pening jadinya! Korang rasa?,” tulisnya lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Foto: Instagram Fazley Yaakob

Published by
Nazar Rafiqhi