Lembaga Pengarah Utusan Melayu Berhad (Utusan) membuat keputusan menutup operasi syarikat itu, hari ini.
Memetik Awani, menerusi satu memo dalaman yang dikeluarkan kepada staf syarikat pada Rabu, pengerusi eksekutifnya, Datuk Abd Aziz Sheikh Fazir berkata Lembaga Pengarah Utusan telah pasa 7 Oktober 2019 memeluluskan cadangan penggulungan Sukarela Pemuitang (Creators’ Voluntary Liquidation).
Malah, berita tersebut turut disebut-sebut di kalangan pengguna sosial, termasuk golongan selebriti yang turut terkesan dengan berita berkenaan.
Primadona, Erra Fazira turut meluahkan rasa sedih dan duka, disampaikan menerusi akaun Instagram miliknya.
“Assalamualaikum, saya nak berkongsi perasaan dukacita saya bersama dengan rakan-rakan media saya dari Utusan. Saya baru dengar berita penutupan Utusan sesuatu yang sangat memeranjatkan.
“Kita selama ni harap berdoa supaya Utusan dapat dibaikpulih tapi sayang nampaknya Utusan diisytiharkan tutup. Satu ujian yang besar buat rakan-rakan media semua.” luah Erra melalui IG TV.
Dalam pada itu, penyanyi yang terkenal dengan lagu Yang Terindah Hanya Sementara ini memaklumkan, Utusan telah banyak berjasa kepada dirinya termasuk pengguat seni lainnya, sepanjang bergelar sebagai anak seni.
Malah, penyanyi berusia 45 tahun ini mendoakan agar semua warga kerja Utusan Malaysia diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan dan cekal menghadapi ujian kehidupan.
“Banyak jasa kalian pada saya dan rakan-rakan artis yang lain juga. Saya bermula pun dengan Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia, majalah URTV, Mangga, Hai yang semuanya dari Utusan banyak membantu kerjaya saya selama ini.
“Dan bila perkara ini berlaku ianya sangat memberi kesan yang mendalam kepada saya. Terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan media dan saya doakan semoga rakan-rakan media semua diberikan kekuatan, diberi ilham untuk menjana pendapatan selepas ini laluan yang telah ditentukan oleh Allah.
“Semoga ada pembelaan buat kalian walaupun kita tak tahu kita di laluan mana, masih dalam industri atau pun tidak kita masih lagi berkawan, hubungi selalu. Saya doakan seperti mana kalian mendoakan saya hingga berjaya ke hari ini saya juga mendoakan agar kalian berjaya selepas ini.
“Terima kasih yang tak terhingga di atas segala jasa baik dan bakti kalian kepada saya selama ini. Saya doakan semua dalam rahmat Allah, diberi kekuatan dan kalian dapat menjana pendapatan yang baik selepas ini. I love you guys very much and sekali lagi terima kasih may Allah bless all of you,” kongsi Erra menerusi rakaman video tersebut.
Marilah kita bersama mendoakan agar semua warga kerja Utusan terus tabah dan cekal meneruskan kehidupan meski ditimpa pelbagai ujian.\
Video: Instagram Erra Fazira