Seperti yang sedia maklum, pelakon Nina Iskandar sudah pun mendirikan rumah tangga bersama penolong pengarah, Azlan Adzanan kira-kira 4 bulan lalu dan pasangan ini telah diraikan dalam sebuah majlis resepsi indah, 4 Ogos lepas.
Bagaimanapun, mahligai cinta yang dibina bintang drama bersiri Andainya Takdir ini mendapat reaksi pelbagai sekali gus mencetus pertanyaan ramai.
Lalu, pelakon kelahiran asal Brunei ini ada memberi penjelasan mengenai perkara tersebut bersama pengikutnya menerusi InstaStory miliknya, meneruswi persoalan yang ditanya secara berhemah oleh seorang pengguna Instagram.
Bintang ini secara profesional memperjelaskan situasi sebenar;
“Salam dear. Ini adalah cara yang betul untuk mendekati seseorang dengan bertanya dan bukan menuduh. Jarang orang macam ni, zaman sekarang netizen just main bantai tau tuduh je. Jadi terima kasih kerana saya amat menghargainya.
“Awak tak kecam saya, jadi jangan risau awak takkan dikecam. Saya bersumpah dengan atas nama Allah S.W.T, semua dakwaan tu tidak betul sama sekali.
“Sebenarnya, suami saya dan dan bekas isteri sudah berpisah setahun lalu sebelum dia bertemu dengan saya lagi. Mereka sah bercerai pada Januari, bukan Februari.
“Mereka dah lama ada masalah rumah tangga mereka sendiri saya sendiri pun tak nak campur, biarlah itu antara mereka.
“Benda dah lepas dah pun. Saya dan suami, kami menjadi rapat dan betul-betul serius selepas perkara tersebut terjadi. Soal jodoh ni rahsia Allah kita sebagai ciptaanNya pun susah nak cakap.
“Anda berjumpa dengan seseorang hari ini dan boleh berkahwin pada hari esok, atau anda boleh ada dalam perhubungan selama 10 tahun tapi akhirnya tak jadi apa pun lepas tu,” tulisnya.
Nina bagaimanapun tidak menafikan rasa kecewa apabila difitnah menjadi punca perpisahan, sebagaimana yang didakwa.
“Cuma saya agak kecewa di fitnah menjadi punca mereka seperti didakwa. Padahal bukti semua ada dalam telefon suami saya dan kami tidak pernah pun mengaibkan.
“Kami cuma simpan segala bukti andai satu hari nanti kami memerlukannya di masa hadapan. Untuk menjawab persoalan awak ini, ya saya pernah hantar surat saman yang sah kepada beberapa pihak dan antara seorang daripada mereaka adalah ‘Makeup Artist (MUA)’.
“Tapi dia sendiri mengaku yang dia diarahkan untuk membuat kecoh oleh bekas isteri. Kalau dia seorang yang betul, dia takkan keluar kenyataan seperti mana yang didakwa lepas tu kenyataan kedua menafikan saya ni perampas dan ada salah faham.
“Selepas majlis resepsi saya, dia mula balik buat kecoh. Dari cara dia pun kita dah tau siapa yang tak betul, ada benda yang tak kena. Untuk pengetahuan anda, kes ini masih lagi berjalan, perempuan tu senyap selepas kami hantar surat saman dan saya pun sibuk dengan jadual saya yang padat.
“So we were lenient enough to give it time but it looks like she’s starting to bark again.
“Hati-hati dengan manusia terutama sekali yang licik. Mereka pandai memanipulasi, kalau anda tidak bijak, anda akan percaya benda yang tidak benar dan salah.
“Tapi tak apa, saya percaya Allah ada di pihak kebenaran. Sekian itu penjelasan saya, terima kasih,” tulisnya.
Terdahulu, Lan pernah berkahwin dengan seorang pramugari selama sembilan tahun namun mengambil keputusan untuk berpisah.
Terdahulu, menerusi resepsi yang dilangsungkan di Forest Valley Hall, Cheras, pada Ahad itu, ia turut diserikan dengan persembahan serta kehadiran rakan selebriti, seperti Amyra Rosli, Ayda Jebat, Puteri Aishah, Sissy Imann dan ramai lagi.
Foto : Instagram Nina Iskandar