Penyanyi Misha Omar berkongsi hasil keputusan ujian hormon Anti-Mullerian (AMH) yang dilakukan baru-baru ini bagi mengetahui tahap kesuburannya sebelum meneruskan rawatan yang sesuai dalam usaha mendapatkan zuriat.
Maklum Misha,39, dia bersyukur kerana peluang untuk mendapatkan zuriat kedua adalah besar.
“It was a great session with Dr Azrai. I tak pernah balik dengan ‘awan’ yang banyak di kepala setiap kali berjumpa. Jadi terima kasih kerana menenangkan saya.
“Apa yang saya boleh cakap ialah saya bersyukur kerana peluang untuk mendapatkan baby agak besar di situ. Jadi the next one to have a test untuk suami saya pula, Jumaat depan. Doakan ya,” katanya.
Peyanyi lagu Tanpa Rela ini turut kelihatan sebak ketika menzahirkan ucapan terima kasihnya atas setiap doa positif yang diberikan peminat.
“Saya nak ambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih buat anda semua yang menghantar ucapan mendoakan saya.
“Masa riviu keputusan AMH pun saya nangis juga sebab saya bersyukur atas apa keadannya, saya bersyukur sangat.
“Jadi terima kasih kepada anda semua yang bersama-sama dengan saya dalam journey untuk menjejak Khadeja,” katanya menerusi Insta Stories.
Terdahulu, Misha menggunakan hashtag #menjejakkhadeja yang kini dalam usaha mendapatkan anak kedua.
Bintang berusia 39 tahun itu sudah memulakan rawatan kesuburan di sebuah pusat perubatan dengan melakukan prosedur pertama iaitu ujian (AMH).
Langkah itu dibuat bagi mengetahui tahap kesuburannya sebelum meneruskan rawatan sesuai.
Untuk rekod, Misha mempunyai seorang anak angkat lelaki, Muhammad Adam Emir yang kini sudah berusia 15 tahun.
Misha mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Firros Ezzwan Rosly pada 2 Mei 2014 dan mereka dikurniakan cahaya mata bernama Muhammad Idris Ezzwa, 5.
Foto: Instagram Misha Omar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Seminggu Awal Dari Tarikh Yang Dirancang,” – Sudah Masuk Hospital, Ayda Jebat Dijangka Bersalin Petang Ini
Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat memaklumkan dia akan bersalin anak pertamanya, petang ini.
Menerusi hantaran terkini di Instagram miliknya, Ayda menjelaskan jangkaan bersalin terpaksa diawalkan seminggu daripada tarikh sepatutnya.
Dia turut memohon doa ramai semoga dia dan bayi yang bakal dilahirkan berada dalam keadaan sihat selamat.
“Assalamualaikum semua. Insyaallah baby wuvv akan keluar petang ni. Seminggu awal dari tarikh yang dirancang.
“Mohon maaf kalau ada salah dan silap. Doakan saya & baby sihat dan selamat. Amin,” tulisnya.
Sementara itu menerusi Insta Stories, Ayda turut memuat naik dirinya yang berada di sebuah hospital swasta sambil ditemani suaminya, Nabil Mahir.
Adiknya, Sabira Jebat turut berkongsi keadaan terkini penyanyi lagu Mata itu.
Ayda sebelum ini dijangka akan bersalin pada 8 Oktober, namun kerana dia memilih untuk menjalani pembedahan, dia akan bersalin dua minggu lebih awal daripada tarikh jangkaan.
Pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu selepas lapan bulan mengikat tali pertunangan.
Foto: Instagram Ayda Jebat
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Isteri Hadiahkan Seutas Jam, Letak Di Sebelah Al-Quran, Ustaz Ebit Lew Gembira, “Syukur Bila Makan Berjemaah Dalam Dulang”
Mengucapkan rasa syukur atas kurniaan dari Yang Maha Esa, penceramah bebas, Ustaz Ebit Lew telah meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-35 bersama keluarga tercinta.
Lebih indah apabila isterinya telah memberi kejutan dengan menghadiahkan seutas jam yang diletakkan bersebelahan Al-Quran.
“Syukur Allah beri saya capai umur 35. Dah menua saya. Terima kaseh Allah. 21/12. Sampai dari JB semalam dah dekat waktu Tahajud. Sebak sangat rindu mak. Bidadari saya dah letak hadiah dekat dengan sejadah tepi Al-Quran. Ingat takde orang wish.. Rindu mak. Dari dulu cuma mak jer wish selamat hari lahir.
“Sekali ada bidadari tercinta. Mata dah sembam jer. Dapat hadiah jam. Hari ini dapat makan berjemaah bersuap-suap. Syukur bahagia bila makan berjemaah dalam dulang rasa jari kena gigit😍. Berkasih sayang kerana Allah.
“Terima kaseh sayang bidadariku. Bidadariku inilah tulang belakang dalam dakwah saya. Allah pinjamkan saya kekuatan wanita yang tabah dan kuat. Terima kaseh bidadariku sayang. Rindu dan amat sayangMu bidadariku sayang. Wanita yang telah mengorbankan segalanya untuk diriku dan perjuangan dakwah ini. Ya Allah terima kaseh atas nikmatmu,” tulisnya.
Dalam pada itu, Ebit turut berasa rindu untuk berdakwah kepada remaja terbiar di bawah jambatan dan lorong-lorong seperti yang pernah dilalkukannya sebelum ini.
“Umur makin bertambah. Selalu fikir banyak kerja dakwah ini tak saya sempurnakan. Rindu anak di jalanan. Anak-anak bawah jambatan dan di lorong. Ramai walau zahir nampak degil atau teruk. Tapi mereka cuma anak baik rindukan kasih sayang dan didikan Islam. Begitu juga kawan kerja di lorong-lorong. Paling sebak beberapa bulan ni tak berhenti orang bukan Islam tanya saya tentang Islam dan ingin memeluk Islam. Ya Allah.
“Umur dah 35 tahun. Dulu niat 35 tahun mungkin dapat jadi asbab hidayah buat Islamkan kampung demi kampung. Belum tercapai cita-cita itu lagi. Doakan 9 Feb 2020 nak adakan keluarga sunnah di Maeps Serdang.
“Terima kaseh semua yang mendoakan dan selalu menyokong dakwah ini walau dari jauh. Semoga Allah kabulkan doa semua sahabat sekalian,” akhirinya.
View this post on InstagramA post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on
Menerusi video yang dikongsikannya itu, memaparkan kasih sayang hubungan kekeluargaan Ebit yang saling menyuap makanan kepada isteri dan anak-anaknya.
Sekali gus telah mendapat setengah juta tontonan dan ribuan komen.
View this post on InstagramA post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on
View this post on InstagramA post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on
View this post on InstagramA post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on
Video : Instagram Ustaz Ebit Lew
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dia Pergi Dengan Aman Pagi Ini,” – Sarah Harding, Penyanyi Girls Aloud Meninggal Dunia Akibat Kanser Payudara
Bagi anda yang membesar di era awal 2000an pasti kenal dengan kumpulan wanita Girls Aloud yang popular setelah memenangi pertandingan realiti Popstars : The Rivals. Setelah dibubarkan pada tahun 2009, kumpulan ini membuat kemunculan semula pada tahun 2012 sebagai tanda 10 tahun mereka di dalam dunia muzik sebelum muktamad berpecah pada tahun 2013.
Salah seorang ahli kumpulan ini, Sarah Harding, 39, telah menghembuskan nafas terakhir pada pagi Ahad dan perkara itu disahkan sendiri oleh ibunya. Meninggal dunia akibat penyakit kanser payudara, sebelum itu mendiang Sarah terlebih dahulu pernah mengumumkan yang dia menghidap penyakit tersebut pada Ogos tahun lalu.
Dalam satu hantaran di laman Instagram Sarah yang ditulis oleh ibunya, Marie, “Dengan berat hati saya ingin berkongsi berita yang anak saya, Sarah, sudah meninggal dunia. Mungkin ramai dari anda sudah tahu perjuangan Sarah menghadapi penyakit kanser dan bagaimana kuatnya dia melawan penyakit itu sejak hari pertama diagnosis.
“Dia pergi dengan aman pagi ini. Saya berterima kasih kepada semua yang memberikan sokongan sejak setahun yang lalu. Keprihatinan semua sangat bermakna kepada Sarah dan perkara itu memberi dia kekuatan kerana dia tahu dia disayangi.
“Saya tahu dia tidak mahu diingati hanya kerana berlawan dengan penyakit ini. Dia adalah bintang yang bersinar dan saya harap dia akan dikenang kerana itu.”
Ketika bersama dengan kumpulan Girls Aloud, Sarah mengecap populariti dan kejayaan yang sangat besar. Kumpulan tersebut telah diangkat sebagai UKs Biggest Selling Group untuk abad ke-21 dengan 4.3 juta single dan 4 juta keping album terjual di negara tersebut. Selain Sarah, kumpulan vokal wanita ini dianggotai oleh lima wanita anggun termasuklah Cheryl Cole, Nicola Roberts, Kimberley Walsh dan Nadine Coyle.
Antara lagu popular yang menjadikan kumpulan ini terkenal seperti I’ll Stand By You dan The Promise.
Sumber: Instagram Sarah Harding
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI