Penyanyi Misha Omar berkongsi hasil keputusan ujian hormon Anti-Mullerian (AMH) yang dilakukan baru-baru ini bagi mengetahui tahap kesuburannya sebelum meneruskan rawatan yang sesuai dalam usaha mendapatkan zuriat.
Maklum Misha,39, dia bersyukur kerana peluang untuk mendapatkan zuriat kedua adalah besar.
“It was a great session with Dr Azrai. I tak pernah balik dengan ‘awan’ yang banyak di kepala setiap kali berjumpa. Jadi terima kasih kerana menenangkan saya.
“Apa yang saya boleh cakap ialah saya bersyukur kerana peluang untuk mendapatkan baby agak besar di situ. Jadi the next one to have a test untuk suami saya pula, Jumaat depan. Doakan ya,” katanya.
Peyanyi lagu Tanpa Rela ini turut kelihatan sebak ketika menzahirkan ucapan terima kasihnya atas setiap doa positif yang diberikan peminat.
“Saya nak ambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih buat anda semua yang menghantar ucapan mendoakan saya.
“Masa riviu keputusan AMH pun saya nangis juga sebab saya bersyukur atas apa keadannya, saya bersyukur sangat.
“Jadi terima kasih kepada anda semua yang bersama-sama dengan saya dalam journey untuk menjejak Khadeja,” katanya menerusi Insta Stories.
Terdahulu, Misha menggunakan hashtag #menjejakkhadeja yang kini dalam usaha mendapatkan anak kedua.
Bintang berusia 39 tahun itu sudah memulakan rawatan kesuburan di sebuah pusat perubatan dengan melakukan prosedur pertama iaitu ujian (AMH).
Langkah itu dibuat bagi mengetahui tahap kesuburannya sebelum meneruskan rawatan sesuai.
Untuk rekod, Misha mempunyai seorang anak angkat lelaki, Muhammad Adam Emir yang kini sudah berusia 15 tahun.
Misha mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Firros Ezzwan Rosly pada 2 Mei 2014 dan mereka dikurniakan cahaya mata bernama Muhammad Idris Ezzwa, 5.
Foto: Instagram Misha Omar