“Saya Berusaha Sehabis Baik Bagi Dia Kasih Sayang Sepenuhnya,” – Anak Pernah Membesar Dalam Situasi Perceraian, Ini Janji Nabila Huda Buat Keisha

Share

Pelakon dan pengacara, Nabila Huda tidak menafikan anak perempuannya, Keisha Laila menunjukkan minat dalam dunia lakonan dan sebagai ibu, dia tidak pernah cuba untuk menghalang minat serta kecenderungan anak.

Bagaimanapun, menurut Nabila, dia mahu memastikan permata hatinya itu menikmati sepenuhnya momen awal remajanya terlebih dahulu sebelum mempunyai komitmen lain.

Nabila atau lebih mesra dengan panggilan Abil pada masa sama berusaha sebaik mungkin untuk memberikan kasih sayang kepada Keisha meski anaknya terpaksa membesar dalam situasi perceraian keluarga sebelum ini.

Perkara tersebut dikongsikan bintang filem Munafik itu menerusi program YouTube #MHLIFESTYLE Media Hiburan, baru-baru ini.

“Biasalah, bila kita cerita fasal anak ni… kita akan rasa tersentuh sikit sebab nak membesarkan anak kita dan pada masa yang sama kita juga hadapi dengan macam-macam kejadian yang berlaku.

Misalnya penceraian dan sebagainya. Sebab kita tahu dia pun akan melalui nasib yang sama. Jadi saya berusaha sebaik mungkin bagi dia kasih sayang yang sepenuhnya. Supaya dia tak perlu rasa dan lalui sebagai seorang kanak-kanak yang mengalami situasi keluarga yang berpisah ini.

“Alhamdulillah, saya rasa bersyukur sebab Keisha membesar dengan gembira dan ceria,” katanya yang turut mendedahkan, dia masih punya hubungan yang bersama bekas suami demi anak.

Nabila sebelym ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Zaidy Zailani pada tahun 2008, namun berpisah dua tahun kemudian.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak perempuan bernama Keisha Laila, 11.

Selepas itu, Nabila berkahwin bersama Mohd Izwan pada Disember 2015.

Pelbagai kisah menarik lain dikongsikan Nabila Huda.

Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.

Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!

Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!

Foto: Instagram Nabila Huda

Published by
Nazar Rafiqhi