“Saya Boleh Ambil Telefon Dan Cuba Hubungi Nynaa, Terus ‘Voicemail’, WhatsApp Pun ‘Single Tick’,” – Suami Pelakon Nynaa Harizal

Share

“Keadaan semasa… Saya boleh ambil telefon dan cuba hubungi Nynaa, terus ‘voicemail, WhatsApp pun ‘single tick’. Jadi saya tidak tahu.”

Itu kata suami kepada pelakon Nynaa Harizal iaitu Mohamed Fahmi Mohamed Ilyas selepas gagal menghubungi isteri susulan dakwaan dia telah dilarikan tanpa kebenarannya dari lokasi penggambaran sebuah drama, baru-baru ini.

Bagaimanapun, ahli perniagaan berusia 29 tahun itu mengharapkan agar perkara yang berlaku dengan pihak mertuanya dapat diselesaikan dengan baik.

Katanya menerusi satu sidang media, Mohamed Fahmi antara lain turut tidak tahu mengenai keadaan semasa isterinya setakat petang Rabu.

“Saya cuba untuk hubungi, bercakap dengan bapanya. Katanya dia sedia untuk bertemu cuma bila dan di mana belum tahu lagi.

“Jadi, saya tak tahu. Bapanya kata, anak dia… dia tahu macam mana nak jaga (anaknya). Jadi saya pun tidak rasa bapanya akan apa-apakan anak perempuan dia.

“Tapi sama ada adakah dia tertekan, dia okay, dia menangis, dia dapatkan tidur dan makan dengan baik… saya tak tahu,” katanya lagi.

Fahmi yang juga ahli perniagaan sebelum itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pada Selasa.

Menjelaskan lanjut tentang kehilangan pelakon drama Kekasih Paksa Rela itu, Mohamed Fahmi mendakwa isteri dibawa lari sejurus selesai menjalani penggambaran sebuah drama di Shah Alam.

“Sekitar jam 1 lebih macam tu, dia mesej (WhatsApp) ‘im done shooting now’. Saya kata ‘thats good’, lepas tu dia kata ‘packing now’. Lapas minit selepas itu, dia mesej ‘my parents are here now’.

“Saya tanya di mana dia, katanya masih di set. Saya tanya nak pergi mana, dia kata ‘i dont know, im in the car.’ Saya mesej tak berbalas, saya cuba hubungi tapi tak berjawab.

“Kali kedua telefon dimatikan. Ketika itu saya sudah mulai panik “ katanya.

Sementara itu, Mohamed Fahmi menjelaskan dia tidak pasti di mana keberadaan isterinya ketika ini, namun mengesyaki Nynaa mungkin berada di kediaman keluarga mertuanya di Johor.

Nynaa atau nama sebenarnya, Nurul Hanynaa Harizal, 25, yang juga bekas peserta Dewi Remaja 2019/2020 mendirikan rumah tangga Mohamed Fahmi, 28 Ogos lalu.

Published by
MH