Pengasas kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri mendedahkan dia kini  seolah-olah sudah pun kembali bersama keluarga tersayang selepas kira-kira empat bulan berjauhan.

Menyifatkan apa yang berlaku sebagai tempoh buat dirinya untuk bermuhasabah menjadi individu yang lebih baik, penyanyi Cuba Bahagia ini juga akui buang ego demi keluarga.

“Im back. Rindu sgt nak peluk anak sy raudah ni. Lama saya menyepi….bukan merajuk…cuma muhasabah diri utk menjadi manusia yg soleh, mengahrgai, matang, dan apa yang saya perlukan dalam hidup.

“Empat bulan berjauhan dr anak di sisi, kosong sebenarnya hidup saya dan.. saya buang ego dan kembali ke pangkuan keluarga,” dedahnya.

Ahli perniagaan ini pada masa sama turut memaklumkan, perkara yang berlaku bukanlah gimik atau pun demi publisiti.

Ads

“Apa yg berlaku bukan gimik utk meraih publisiti tapi saya seperti orang biasa yang ada pasang surut dalam rumahtangga.

“Jujurnya bukan satu benda yang senang untuk saya lalui tetapi syukur alhamdulillah keluarga Allah keutamaan saya dan saya ingin menjadi seorang Alif Syukri yang baru yang lebih matang dan menghargai semua orang terutamanya isteri sy, family saya mak saya keluarga saya, sedar keluarga adalah segalanya dan ramadhan ni memberi erti yg besar pada saya.

“Doakan saya dan keluarga dapat bahgia semula.  im back #uhuhabangkosmetik doakan kami berkekalan,” tulisnya lagi.

Ads

View this post on Instagram

Im back💪Rindu sgt nak peluk anak sy raudah ni❤️ lama saya menyepi….bukan merajuk…cuma muhasabah diri utk menjadi manusia yg soleh, mengahrgai, matang, dan apa yang saya perlukan dalam hidup…4 bulan berjauhan dr anak di sisi kosong sebenarnya hidup saya dan.. saya buang ego dan kembali ke pangkuan keluarga…..Apa yg berlaku bukan gimik utk meraih publisiti tapi saya seperti orang biasa yang ada pasang surut dalam rumahtangga…Jujurnya bukan satu benda yang senang untuk saya lalui tetapi syukur alhamdulillah keluarga Allah keutamaan saya dan saya ingin menjadi seorang Alif Syukri yang baru yang lebih matang dan menghargai semua orang terutamanya isteri sy, family saya mak saya keluarga saya, sedar keluarga adalah segalanya dan ramadhan ni memberi erti yg besar pada saya…doakan saya dan keluarga dapat bahgia semula🥺🥺 im back💪💪💪 #uhuhabangkosmetik doakan kami berkekalan🙏🏻🙏🏻

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Terdahulu, kecoh apabila surat tuntutan cerai dipercayai milik pasangan berkenaan mulai diperkatakan netizen.

Aliff bagaimanapun menerusi Media Hiburan sebelum ini mengakui dia masih menyifatkan rumah tangganya bahagia sementara isu yang diperkatakan itu (surat tunturan cerai) adalah bukan daripadanya.

Ads

Sekadar info, Aliff dan isteri, Datin Seri Nur Shahida mendirikan rumah tangga sekitar tahun 2007 dan pasangan itu dikurniakan lima cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem, Yusof Al Qardawy dan Raudhah Arshiyah.

Mereka turut menjaga seorang anak angkat perempuan.

Sementara itu menerusi ruangan komen, para peminat menyatakan rasa syukur dan pada masa sama turut mendoakan kebahagiaan pasangan usahawan berkenaan.

Foto: Instagram Aliff Syukri

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI