Meskipun pernah beraksi dalam genre seram sebelum ini, namun aktres popular, Uqasha Senrose mengakui filem Sumpahan Jerunei arahan Jason Chong memberikan pengalaman berbeza dan paling mencabar buatnya.
Menurut Uqasha atau nama sebenarnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 31, dia melakonkan watak Bee, pegawai pemeliharaan warisan yang meminati perkara mistik dalam filem terbitan Produksi Seni 2020 milik Datin Wendy Wong dan Datuk Nancie Foo itu.
“Watak Bee ini penting kerana membawa kumpulan pengkaji yang terdiri dari Profesor arkeologi, Doktor Sani; Arjuna (bekas pelajar), Hana (pegawai pemeliharaan warisan) dan Tommi (jurukamera dan You Tuber) ke tempat jerunei yang misteri itu.
“Bukan senang untuk saya memaksa semua anggota kumpulan ke tempat tiang jerunei itu di mana akhirnya roh itu pula masuk ke dalam diri saya,” katanya.
Dalam filem Sumpahan Jerunei, Uqasha bergandingan dengan barisan pelakon hebat seperti Bront Palarae, Amerul Affendi, Syafie Naswip, Tony Eusoff, Daiyan Trisha, Yuyun Hikmah dan ramai lagi.
Mengenai persiapan watak pula, kata Uqasha, dia membuat persiapan rapi untuk menjiwai karakter Bee dalam filem itu.
“Kami ada sesi pembacaan skrip untuk memahami karakter masing-masing. Ia bukan pre-produksi seperti drama biasa sebaliknya perlu memahami skrip dan karakter dengan lebih mendalam,” katanya lagi.
Pada mulanya, kata Uqasha, dia berasa risau dan tidak senang duduk kerana bimbang tidak dapat melakonkan karakter Bee seperti dikehendaki pengarah.
“Saya juga baca skrip hingga empat kali sehingga benar-benar memahami karakter Bee dan skrip juga banyak kali diubah.
“Selepas memakai kostum sebagai pegawai pemeliharaan warisan dengan solekan serta rambut yang ringkas, secara perlahan ‘feel‘ itu datang sendiri.
“Selaku pengarah, Jason juga akan menegur jika kami tidak menjiwai watak seperti dikehendaki skrip,” katanya.
Ads
Berkongsi cabaran dalam filem itu pula, terdapat banyak babak aksi lagak ngeri juga dilakukan Uqasha sendiri.
“Setiap babak dalam filem ini sukar. Antaranya, babak saya kena ikat dan naik atas pokok dan pokok jatuh depan muka.
“Saya juga buat babak ‘under water’ sendiri di mana saya kena ikat bawah air yang dalam. Selain itu, saya juga melakukan babak mandi dalam air sungai yang kotor dan menjadi tempat bahan buangan dari tandas termasuk najis di kampung berkenaan,” katanya.
Berkongsi penggambaran pula, ia membabitkan tempoh sebulan dan lokasi bermula di Mukah dan seterusnya, Kuching, Sarawak.
“Penggambaran filem ini banyak dalam hutan di kampung pedalaman di Kuching. Selain itu, ia juga membabitkan lokasi di tiang jerunei di mana ritual hamba yang dikorbankan pada abad ke-16.
Ads
“Tiada gangguan ketika penggambaran kerana kami sangat berhati-hati bila ‘shooting’ di lokasi seram bagi mengelakkan kejadian tidak diingini,” katanya.
Mengenai kerjasama dengan barisan pelakon, kata Uqasha, dia berasa dirinya kerdil bila berganding dengan barisan pelakon hebat seperti Bront, Amerul dan Tony Eusoff.
“Ia juga kali pertama saya berganding dengan Bront, Amerul dan Tony dalam filem ini. Namun, saya pernah bekerja dengan Syafie Naswip sebelum ini
“Terus terang, saya berasa diri ini kecil jika nak dibandingkan dengan nama besar seperti mereka kerana mereka sangat menjiwai karakter.
“Namun, mereka tidak letak jurang dengan saya ketika penggambaran filem ini. Kami juga ditempatkan dalam satu apartmen dan masak bersama seperti keluarga besar sehingga penggambaran filem selesai,” katanya.
Filem Sumpahan Jerunei mula ditayangkan di pawagam seluruh tanah air pada 27 Julai depan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Nad Zainal tidak menafikan setiap drama yang disiarkan mampu memberikan kesan kepada kehidupan penonton.
Berdasarkan pengalamannya sebagai seorang pelakon, Nad mengakui ada segelintir penonton mudah terpengaruh dengan setiap drama yang dipertontonkan mahupun dari sudut positif atau negatif.
“Saya akui situasi itu memang berlaku, sebab dari pengalaman saya sewaktu membintangi drama Takdir Yang Tertulis sebelum ini sebenarnya ramai para isteri yang tidak meluahkan kata hati masing-masing.
“Tapi oleh kerana penangan watak Juwita dalam drama itu, ramai para isteri yang sudah mula berani untuk bersuara.
“Kita bukan lah nak mengajar semua isteri di luar sana untuk melawan suami tetapi cuma kadang-kadang kaum wanita ini perlu tahu hak sebagai isteri,” katanya.
Pada masa sama, Nad memberitahu bahawa realiti kehidupan adalah berbeza dan tidak sama sekali seperti yang dipertontonkan dalam sesebuah drama.
“Pada pendapat saya, ada impak yang bagus ada yang tak jadi jangan mudah terikut-ikut dengan apa yang pertontonkan.
“Kerana drama ni sebenarnya adalah imaginasi penulis semata-mata dan berbeza dengan kehidupan realiti,” katanya lagi.
Nad dan suaminya, Muhammad Faliq Amiruddin telah diundang sebagai tetamu jemputan untuk berkongsi pendapat serta membincangkan topik ‘Hidup Bukan Drama’ bersama penonton rancangan Wanita Hari Ini, TV3, pada Jumaat lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Nad Zainal
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Hafiz Suip meluah rasakan bersyukur di atas penghijrahan isterinya, Nureffy Jasreel Abdullah yang kini tampil dengan imej berhijab.
Berkongsikan perkara itu di laman Instagram, Hafiz, 32, berasa cukup teruja dengan perubahan yang dilakukan isterinya itu lebih-lebih lagi dalam bulan suci Ramadan.
“Ya Allah semangat gila aku nak selfie dengan bini aku ya Allah. Semoga hidayat ke seluruh alam. Amin Ya Rabbal Al-Amin. Beautiful @nureffyj,” tulis Hafiz.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat Hafiz memberikan sokongan dan berharap perubahan itu akan berterusan dan semoga isterinya sentiasa istiqamah.
“Alhamdulillah, barakallah semoga Hafiz dan keluarga sentiasa dalam redha Allah.
“Alhamdulillah sungguh cantik bidadari hafiz berhijab, semoga Allah sentiasa memberi rahmatNya kepada hafiz dan keluarga, amin.
“Subhanallah cantiknya… moga terus istiqamah dan jalan terus untuk menggapai redha Allah,” tulis netizen.
Penyanyi Lagu Cinta Kita itu mendirikan rumah tangga dengan Nureffy, 29, pada 14 Mei 2016 dan hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Riyadh Zafri, 5, dan Alkaf Zayne, 2 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Hafiz Suip
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas ‘dicarut’ Jihan Muse ketika menyampaikan segmen Komuniti Awani beberapa minggu lalu, kini tiba giliran Maestro muzik, Datuk Ramli MS kenakan rakan artis, Jihan Muse menerusi program sama.
Pelawak dan hos Gegaf Vaganza itu diundang sebagai pembaca berita untuk slot sama, baru-baru ini.
Suami kepada penyanyi, Alyah yang mesra disapa Tok Ram itu ada berkongsi sedutan Jihan yang menyampai berita, tetapi tiada audionya.
“Walaupun video kamu membisu dan buta suara tetapi tetap teserlah KEMAKNAM mulut kamu yg sgt kuat MENGATE org…amin,” tulisnya lalu mendapat reaksi pelbagai netizem.
Malah ada di antara komen yang ditinggalkan peminat itu mendapat maklum balas dari pengarah muzik berkenaan.
Sebelum ini, Jihan secara seloroh bergurau mengenai cara penyampaian berita Tok Ram yang disifatkan sebagai ‘mengah’.