Isteri kepada Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Nur Shahida ada berkongsi di Instagram mengenai dirinya yang sering ditanya netizen mengenai masalah kehidupan di media sosial.
Malah katanya, ada lagi insan yang lebih hebat dugaan berbanding dirinya.
“Bila buat Q & A,banyak orang tanya dan cerita ttg masalah kehidupan masing, kadang2 saya rasa dah cmm pakar motivasi. Sedangkan hidup saya pun x berapa nak betul juga.
rupanya kadang kita rasa kita dah merana tapi ada yg lebih hebat dugaan nya.
“Dulu2 waktu saya kecik bila saya sedih atau saya kena marah saya pasti akan tulis dalam buku atau kertas ttg apa yg saya lalui hari ini….saya buat benda tu sampai saya dah ada anak 2 orang……tapi lama2 saya x buat lagi sebab apa?
“Sebab bila kita baca balik kita akan rasa sedih dan ingat segala yg pahit2 dalam hidu,” tulisnya.
Lalu, usahawan ini turut berkongsi tips untuk bahagia iaitu hanya mengingati perkara yang indah-indah sahaja.
“Jadi tips dia nak bahgia ni kena lupa benda2 yg buruk….ingat yg indah2 sahaja sebab bila kita sedih kita x akan kemana2 pun malah kita akan rasa lagi down dan tidak bersemangat.
“Walau hati tidak redha tapi itukan takdir kita,kena kuat sebab masa akan membantu kita melupakan segalanya,” tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-ratanya memberikan pelbagai reaksi.
Foto: Instagram Shahida