Pempengaruh terkenal, Dahlia Rizal mendedahkan rahsia mengenai kulitnya yang tampak lebih ‘glowing’ dan sihat sewaktu majlis pernikahannya pada Sabtu lalu.

Menurut Dahlia, buat pasangan yang bakal melangsungkan perkahwin, penjagaan mental dan fizikal semem harus dititikberatkan.

“Dari segi fizikal, saya buat sesi rawatan muka dua kali seminggu sebelum nikah. Makan pada waktu siang sahaja. Malam puasa. Hari-hari lembabkan kulit dan banyak minum air.

“Dari segi mental pula, tak tipu, masih tak berapa okay masa nikah tapi saya kena jadi kuat. Tak dilupakan juga, saya banyak istigfar,” tulisnya.

Ads

Perkongsian itu merupakan respon Dahlia terhadap pertanyaan seorang pengikutnya di aplikasi X.

Pada masa sama, Dahli juga memaklumkan dirinya ada melakukan rawatan laser di bahagian bawah matanya.

Ads

“Saya tak pernah bagitahu sebelum ini tapi tak mengapalah sebab ramai yang tanya. Saya buat pico laser di bawah mata. RM2,000 tak silap untuk empat sesi,” kongsinya lagi.

“Saya Buat Pico Laser Bawah Mata, RM2,000 4 Sesi,” – Hanya Makan Siang, Dahlia Rizal Kongsi Persediaan Mental & Fizikal Sebelum Majlis Nikah “Saya Buat Pico Laser Bawah Mata, RM2,000 4 Sesi,” – Hanya Makan Siang, Dahlia Rizal Kongsi Persediaan Mental & Fizikal Sebelum Majlis Nikah “Saya Buat Pico Laser Bawah Mata, RM2,000 4 Sesi,” – Hanya Makan Siang, Dahlia Rizal Kongsi Persediaan Mental & Fizikal Sebelum Majlis Nikah

Ads

Terdahulu, Dahlia dan suaminya yang juga merupakan pelakon dan penyampai radio, Imran Aqil telah selamat bergelar suami isteri dengan hanya sekali lafaz pada Sabtu lalu.

Dalam majlis tertutup yang diadakan di Ayer Keroh, Melaka, Imran menyerahkan mas kahwin sebanyak RM 300 selepas mengingat tali pertunangan Ogos tahun lalu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram & X Dahlia Rizal

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI