Penyanyi dan usahawan, Mili Jirin menerusi jenamanya, Bizmilla dengan kerjasama Malakat Mall di dalam Kempen RM5 Juta Tunai Percuma diharap dapat mengurangkan beban masyarakat termasuk mereka yang berdepan kesukaran saat ini.
Menurut Mila atau nama sebenarnya, Noorsyarmila Jirin, kempen yang bermula 31 Julai itu dianggarkan mampu membantu lebih 100,000 keluarga di negara ini.
“Memang besar harapan saya supaya kempen ini dapat membantu sedikit sebanyak mengurangkan beban masyarakat kita. Cita cita saya memang mahu membantu lebih 100,000 keluarga ini.
“Saya bukan ahli politik, insan berpengaruh ataupun nak tunjuk hero. Tapi saya juga manusia biasa yang tahu kesukaran dilalui masyarakat ketika ini bukan sesuatu yang mudah. Saya juga seorang ibu, jadi tak sanggup melihat anak kecil tak ada makanan. Saya tak dapat membayangkan situasi sebegitu terjadi. Luluh hati.
“Lalu, inisiatif kempen ini dijayakan Bizmilla bersama Malakat Mall diharap mampu menyuntik sedikit rasa bahagia buat mereka yang bergelut meneruskan kehidupan,” katanya.
Sebelum ini, perniagaan perkahwinan dan kembara umrahnya yang diusahakan sendiri turut terkesan sejak tahun lalu.
Namun, ibu kepada seorang cahaya mata ini berusaha menyelamatkan pekerjanya yang ramai.
Malah dia juga turut melakukan bisnes lain seperti menjual kek, durian dan kini bisnes tempahan makanan atas talian demi kelangsungan hidup.
“Kita tak pernah duga Allah beri ujian besar ini. Memang ramai yang bergelut. Bayangkan orang yang susah lagi bertambah keperitan. Yang ada kerja diberhentikan dan macam-macam lagi paparan realiti kehidupan kita boleh saksikan ketika ini.
“Jujur sejak memperlahankan rentak dunia seni dan beralih ke bidang niaga, saya tak pernah ada sekelumit rasaseperti hilang arah atau kecewa. Saya yakin pilihan Tuhan berikan ke cabang niaga ini ada hikmah tersendiri.
Ads
“Cuma sekitar April tahun lalu saya tak boleh tipu, memang rasa paranoid apabila syarikat kena tutup berbulan bulan. Dalam hati apa akan jadi kepada survival enam syarikat saya dan 117 orang pekerja sepenuh masa serta sambilan.
“Tapi saya dan suami atasi kegetiran itu dengan mempelbagaikan skop niaga dengan sumber yang ada. Memikirkan nasib pekerja yang ramai, hati jadi sayu.
“Tak gamak buang mereka sebab ada yang sudah sedekad bekerja untuk saya,” katanya yang turut menutup operasi Restoran Embun Urai di Tasik Prima Puchong buat sementara waktu.
Sementara itu, Bizmilla dan Malakat Mall memperuntukkan RM5 juta dalam bentuk ‘Cash Back’atau pulangan tunai kepada semua pelanggan.
“Peruntukan itu diberikan kepada pelanggan yang membeli kredit tambah nilai untuk membeli barangan harian secara fizikal di kesemua lokasi Malakat Grocer diSelangor, KL dan Melaka.
Ads
“Ia dilancarkan pada 31 Julai ini di laman sesawang www.bizmillagrocer.com bermula jam 10 Pagi. Kesemua pelanggan yang membeli kredit beli belah akan mendapat 10 peratus tambahan tunai untuk berbelanja bila bila masa menggunakan E – Walletdi Malakat Eco App,” katanya lagi.
Menariknya juga, kesemua pelanggan yang mendaftar sebagai Vip Members dari 31 Julai hingga 2 Ogos ini di www.bizmillagrocer.com akan diberikan hadiah percuma baucar tunai berjumlah keseluruhan RM300.
“Baucar tunai itu dapat digunakan di Malakat Eco Mall Cyberjaya. Tak hanya itu saja, mereka yang menjadi VIP Members akan mendapat empat ekor ayam segar bernilai RM68 yang akan diberikan secara berperingkat setiap minggu apabila pelanggan membeli belah di Malakat Grocer.
“Lima individu terawal yang mendaftar juga berpeluang memenangi hadiah istimewa termasuk baucer makan malam dan hadiah misteri lain,” katanya.
Mila menambah, Bizmilla juga sedang dalam fasa akhir menyiapkan Bizmilla Grocer iaitu pasaraya atas talian yang akan menjual pelbagai jenis keperluan asas dan barangan harian dengan harga yang berpatutan.
Ads
“Bizmilla Grocer ini akan dilancarkan pada awal Ogos depan. Inisiatif ini dilihat dapat memberi manfaat kepada seluruh rakyat di semenanjung Malaysia kerana penghantaran percuma diberikan bagi pembelian 5 kilogram dan ke bawah melalui pembelian dari platform Shopee,” katanya
Sementara itu, pemilik dan pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim atau lebih dikenali dengan nama Coach Fadzil, teruja dengan kempen dianjurkan yang dijangka akan memanfaatkan lebih 100,000 keluarga.
Beliau berkata, pelanggan yang mendaftar akan diberikan tambahan 10 peratus daripada nilai wang dibelanjakan.
“Contoh jika perbelanjaan barangan keperluan bagi sebuah keluarga yang besar mencecah RM1,000 sebulan, mereka akan mendapat tambahan ‘cash back’ sebanyak RM100. Ia boleh terus dibelanjakan di Malakat Grocer,” katanya.
Selain di Cyberjaya, cawangan pasaraya Malakat Grocer ini juga terdapat di Taman Putra Perdana Puchong, Taman Kosas Kuala Lumpur, Pandan Mewah Kuala Lumpur,Kota Warisan Sepang, Alam Damai Cheras, Green Wood Gombak dan Masjid Tanah Melaka.
Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Berpantang merupakan antara proses yang harus dilalui oleh para ibu sejurus sahaja mereka melahirkan cahaya mata.
Tidak kisahlah sama ada berpantang secara moden atau tradisional, tujuannya tetap sama iaitu bagi memastikan keadaan tubuh badan kembali sihat seperti sedia kala.
Bagaimanapun, menurut usahawan popular, Vivy Yusof, sepanjang melahirkan empat orang cahaya mata, dia pernah melalui proses berpantang secara secara penuh dan begitu juga sebaliknya.
Katanya lagi, selepas melahirkan cahaya mata kedua, dia lebih selesa untuk menjalani tempoh berpantang mengikut caranya sendiri.
“Day 15/365: You better pantang properly, I get told everyday. If you’re not familiar with tradition, everytime a mom gives birth, she has to observe confinement (pantang) for at least 30 days. Lots of herbal stuff, ginger drinks, strictly no ice, hot stone massage everyday, super tight corset from day to night and socks on always. And no going out.
“I’ve been known to my loved ones (and maybe even you if you’ve been following me all four pregnancies) to cheat confinement. Every delivery I tell Fadza “Ok I’m gonna do it properly this time.” He just nods even though he knows it won’t happen – I’m just so stubborn.
“First delivery to Daniel, I did confinement at my parents’ place so there was no way I could cheat. The subsequent ones I learned to do it at my own house, where my mom couldn’t watch me like a hawk,” tulisnya.
Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh pemilik jenama The Duck Group itu menerusi seuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Tambahnya lagi, dia sebenarnya tidak berniat untuk bersikap culas ketika sedang berpantang, namun, ada kalanya dia berasa sedikit janggal kerana harus duduk di rumah tanpa melakukan sebarang pekerjaan.
Malah, dia juga sudah terbiasa dengan rutin hariannya yang sentiasa aktif dalam melakukan pelbagai perkara.
“It’s not that I don’t want to rest properly, of course I do! I love the rituals and I do them, but my only challenge is the sitting down and doing nothing part. Once I feel like my body has healed and even the doctor has cleared me to do normal things again, I am itching to go back to work and my normal routine.
“Then I’ll get lectured by mom and mil. “Matsalehs where got pantang2 like this, and they’re fine,” I would argue with them. #prayformymoms
“My life has always been go go go that staying home and not working for 30 or 44 days is really hard for me. I live with my CEO so hearing his online meetings make me super fomo and the problems that arise I immediately want to fix too,” ujarnya lagi.
Ibu kepada empat orang cahaya mata ini turut menambah, dia juga berasa kesian dengan suaminya, Fadza Anuar yang harus menguruskan mengenai keperluan anak-anaknya yang masih bersekolah meskipun dipenuhi dengan jadual kerja yang agak padat.
“And there’s always something – appointments, deadlines, store openings, important work opportunities that come there and then. As an entrepreneur, sure got something.
“On top of that, I have 3 other kids who need haircuts, school supplies, playdates, etc that I feel so bad to just pass to Fadza completely (when he’s super busy himself!).
“A full pantang seems impossible in this day and age, to be honest. How do you just rest and sit… without feeling guilty? Helppppp!,” akhirinya.
Terdahulu, Vivy atau nama sebenarnya Vivy Sofinas Yusof telah selamat melahirkan cahaya mata keempatnya pada tanggal 23 November 2021.
Bayi lelaki tersebut telah diberi nama Idris Ali Shah.
Sekadar informasi, Fadza dan Vivy telah pun mendirikan rumah tangga mereka pada 2012 dan terlebih dahulu dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Daniel Azim Shah, Mariam Iman Shah dan Sarah Ilham Shah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Vivy Yusof
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengarah terkenal, Azman Haji Yahya atau lebih dikenali sebagai Jinggo enggan mengulas lanjut berhubung mengapa nama cucu sulungnya, Bunga Elhaq menjadi pilihan anak dan menantunya, Uzair Haqimy dan Elisya Sandha.
Jelas Jinggo, nama tersebut adalah merupakan kombinasi nama anak lelaki dan menantunya sendiri.
“Nama cucu Tok Sidang….BUNGA ELHAQ….Elhaq tu rasanya singkatan Elisya and Haq..So tu jer ler yang Tok Sidang boleh bagitau ke komer takat ni…
“Yang lain Tok Sidang tak boleh memandai mandai bagitahu… sebab apa? Sebab Bunga Elhaq bukan ANAK Tok Sidang tapi CUCU Tok Sidang….eya idak?
“Kalau Tok sidang buat keputusan pasal Haq and Mikha… ada orang lain masuk campur… Tok Sidang… naik angin…sebab apa? Sebab deme anak Tok Sidang, bukan anak komer…jadi nye…
“Bior Haq dengan Elisya yang mula update pasei Bunga Elhaq… baru le Tok Sidang pulak…sebab ape? Sebab Tok Sidang and Sis ni Dada and Nana Bunga Elhaq… eya idak?,” tulisnya menerusi entri di Instagram.
Dalam pada itu, suami kepada pelakon dan hos Sheila Rusly ini memberitahu dia tidak mahu untuk masuk campur segala urusan rumah tangga anaknya.
Ini kerana, sebagai bapa dia mahu anaknya supaya belajar untuk berdikari dan membuat keputusan sendiri.
“Kalau kita masuk campur itu ini begitu begini, bila nye deme nak belajor buat keputusan untuk keluarga deme sendiri….sebab apa?
Sebab sebelum ni deme pasangan suami isteri… sekarang udoh jadi DADDY MUMMY..eya idak?
“Moral of the story, Jangan campor urusan anak anak kita yang udoh kawin, kita ni orang tua ni ushaaaa jer…peratiiii jer..
“kalau nampak deme Senget, kita luruskan, kalau nampak salah, kita betol kan… tu jer…sebab apa? Sebab zaman kita nak arahkan deme itu ini begitu begini udoh abes…
“Senang cerita bior le anak kita yang udoh kawin… yang udoh ada anak… yang udoh ada family buat keputusan sendiri kecuali bila TERPAKSA ATAU BILA TIBA MASA….kita orang tua ni kena masuk campor baru kita nyebuk balik …Eya idak?,” tulisnya lagi.
Pelakon dan usahawan yang kini sukses bersama Absolut Chocolat, Ben Ali mengakui sebelum mengusahakan Absolut Brands Sdn Bhd bersama isteri Nadiyah Shahab, dia melakukan pelbagai kerja demi kelangsungan hidup.
Menurut Ben, dia pernah bertugas sebagai pembalut hadiah di sebuah pusat membeli-belah terkenal sebelum ini selain terlibat salam perkhidmatan insuran serta beberapa pekerjaan lain.
Malah jelasnya lagi menerusi Ask Me Question di Instagram pada Selasa, dia juga ada melancarkan jenama seluar sendiri.
“Sebelum Absolut, saya buat banyak benda. Kerja di iSetan Lot 10 sebagai pembalut hadiah, kemudian kerja di Tangs Pavilion pada 2008. Seterusnya buat insurans, MLM dan invesment.
“Tapi kalau first business sendiri, saya buat jenama seluar Scottdale Pants Malaysia pada tahun 2014,” katanya bersama lampiran foto fesyen seluar yang dimaksudkan.
Sementara menjawab pertanyaan wargamaya lain, Ben mengakui cabaran yang bisnes yang dilakukannya ketika ini adalah untuk memastikan ia kekal revelan.
“Bagi saya cabaran paling susah dalam business adalah untuk kekal relevant dan kekal sustain. Banyak perniagaan boleh naik dengan cepat tapi nak sustain dan kekal relevant tak mudah.
“Masalah memang akan ada dalam perniagaan. Itu normal. Kalau kita expect untuk takda masalah. Itu tak normal,” tulisnya.
Finalis Hero Remaja sezaman Fattah Amin ini juga menasihatkan individu yang baru menceburi bidang perniagaan agar tidak muda putus asa.
“Kami pon masih belum layak nak bagi advice sebab kami pon masih baru. Tapi apa yang penting, teruskan usaha, jangan mudah putus asa. Jatuh sekali, kita bangun semula 10 kali,” tulisnya lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!