
Pelakon Lia Natalia akui tidak pernah memilih jalan mudah dalam karier lakonan untuk meningkatkan populariti dirinya.
Menurut Lia, dia bukan seorang artis yang suka kipas penerbit demi untuk membuatkan dirinya lebih dikenali dalam dunia lakonan.
Lia atau nama sebenar Alia Afiqah Abden menjelaskan, dia mahu peminat dan penerbit mengenali dirinya lebih melalui bakat yang dimiliki.
“Eh tak lah, Lia bukan artis yang suka kipas ‘producer’, saya bukan artis yang macam tu, Lia bukan macam tu walaupun hakikatnya situasi tersebut memang wujud dalam industri lakonan.
“Tapi itu semua terserah kepada individu masing-masing, tapi Lia memang tidak akan memilih cara tersebut.
“Bagi Lia, rezeki itu semua dari Tuhan, kalau macam orang cari kita and watak tu memang untuk Lia, itu lah yang dinamakan memang rezeki lah.
Video Interview
Pelakon yang berusia 27 tahun itu berkata walaupun karier seni dirinya bergerak agak sedikit perlahan, namun Lia tetap bersyukur dengan nikmat yang diberikan oleh Yang Maha Esa.
Terdahulu, Lia telah hadir di majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim di Hotel Concorde, Shah Alam yang dianjurkan oleh Watie Collections, semalam.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Buat Masa Sekarang, Betul-Betul Belum Bersedia Untuk Bercerita Mengenai Perkara Tersebut,” – Sharnaaz Ahmad

Pelakon Sharnaaz Ahmad menegaskan diringa masih belum bersedia untuk bercakap mengenai isu hangat melibatkan rumah tangganya bersama Noor Nabila, ketika ini.
Katanya lagi, dia tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan soal keluarga.
“Buat masa sekarang saya betul-betul belum bersedia untuk bercerita mengenai perkara tersebut. Saya pun tak berani untuk bercakap lebih kerana bimbang ia akan memudaratkan lagi keadaan.
“Ya, saya sedar saya banyak bercakap mengenai perkara yang jadi seperti ini, akan tetapi ini adalah soal keluarga dan tak berani nak cakap lebih yang mungkin akan mengeruhkan situasi antara kedua pihak (dirinya dan Nabila serta anak).
“Cuma apa yang saya tahu memang ramai pihak hari ini yang menghubungi, bercakap mengenai perkara ini.
“Apa yang boleh saya cakap satu sahajalah, 30 minit lagi hari jadi anak saya (ketika ditemu bual). Hanya nak ucapkan selamat hari lahir buat anak lelaki saya,” katanya.
Terdahulu Sharnazz ditemui media pada majlis tayangan gala filem Wangi, yang turut dibarisi para pelakon hebat lain seperti Erra Fazira, Nabila Huda dan ramai lagi di MM2 Cineplexs, E-curve Damansara pada Khamis.
Sebelum ini, rumah tangga antara Sharnaaz dan Nabila yang juga merupakan kakak kepada Neelofa, dikatakan pernah berdepan masalah.
Bagaimanapun, perhubungan mereka dilihat semakin pulih, sejak Februari lalu.
Pasangan berkenaan mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Jebat Jayden, pada Ogos tahun lalu.
Awal Khamis, Nabila ada berkongsi foto yang dipercayai diambil di kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Duta.
Perkara itu sekali gus membangkitkan pelbagai spekulasi hingga ada yang mendakwa Nabila memfailkan perceraian terhadap suaminya.
View this post on InstagramIkuti penjelasannya. #MHnews #MediaHiburan
A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on
Foto: Instagram Sharnaaz Ahmad
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Family Dia Pernah Offer Belajar Sekali Di US,”- Afdlin Shauki Kongsi Kisah Persahabatan Dengan Ako Mustapha, Rapat Sejak Kecil!

Pelakon dan pengarah Afdlin Shauki baru-baru ini ada berkongsi kisah persahabatannya dengan pelakon, Ako Mustapha.
Afdlin juga menjelaskan bahawa mereka sudah berkawan sejak kecil lagi.
“Biar aku berkata-kata sedikit tentang persahabatan. Persahabatan superficial banyak pada ketika ini tapi persahabatan sebenar memang susah utk kita cari. @akomustapha adalah kawan baik aku sejak kecil dulu..
“Masa family aku susah dulu family dia pernah offer aku pergi belajar dgn Ako sekali di US, tapi aku tak ambil pasal aku rasa family aku tak mampu nak tampung belanja makan aku disana walaupun semua kos lain family Ako tanggung..
“Bila dewasa dan kita berkahwin dgn sayang-sayang kami, kami lost touch seketika dalam cuba mencari haluan hidup,” tulis Afdlin.
View this post on InstagramA post shared by Afdlin Shauki (@afdlinshaukiofficial) on
“Sekarang ni tiba-tiba kawan baik aku muncul kembali dan setelah mendengar kisah suka duka kami, kami mengambil keputusan untuk bekerjasama kembali untuk saling membantu..
“Kini anak-anak Ako macam anak aku sendiri, family dia macam family aku..kita akan bermula dari bawah kembali akan tetapi kami akan mencapai impian kami untuk berjaya dan memberi manafaat kepada orang..
“True friends will have each others back no matter what. And i will stay true to my friends and family. I will still believe in kebaikan dalam manusia walaupun dunia ni dipenuhi dgn org-org yg kita kena doakan mereka di beri hidayah. Peace+love – afdlin shauki,” tulis Afdlin.
Menerusi ruangan komen, rata-rata memuji Adlin yang sangat menyanyangi erti sebuat persahabatan.
Untuk rekod, kedua-dua mereka pernah bergandingan dalam filem Buli Balik (2006) arahan Afdlin sendiri.
Foto : IG Afdlin Shauki
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Mahu Bawa Aura, Semangat Sama Ke Indonesia,” – Azam Terus Sukses, Tya Arifin Lebar Bisnes Ke Negara Kelahiran

Selebriti dan ahli perniagaan Tya Ariffin memaklumkan dia bakal pulang ke negara kelahirannya, Indonesia bagi mengembangkan lagi bisnes diusahakan di sana.
Menurut Tya, 28, atau nama sebenarnya Nurtria Wulandari, keputusan dibuat bukan saja untuk masa depan perniagaan tapi juga mahu membantu membina kehidupan masyarakat di sana.
“Jika mahu berjaya dalam apa juga bidang termasuk perniagaan, kadang ada perkara kita perlu berkorban. Doakan semoga perancangan saya melalui perniagaan jamu Mutyara di Indonesia berjalan lancar.
“Insya-Allah, perancangan ini kita akan mulakan awal tahun depan. Memandangkan saya pun ada keluarga di sini, jadi buat sementara waktu akan ulang alik dahulu. Ini lah pengorbanan yang perlu saya dan suami lakukan.
“Alhamdulillah, sepanjang perniagaan ini diusahakan kami berjaya membantu 40,000 wanita untuk mendapat peluang berniaga bersama saya. Malah, ada yang memperolehi sasaran lebih dari RM1 juta selain kebanyakan daripada mereka sudah mendapat impiannya.
“Jadi, saya mahu membawa aura dan semangat sama ke Indonesia. Sudah tentu saya juga ingin lihat wanita di sana berjaya menggapai impian mereka. Diharap dengan adanya peluang yang bakal dibawa oleh Mutyara memberikan sesuatu yang bermanfaat untuk semua pihak,” katanya.
Tya yang juga isteri kepada usahawan Asyraf Khalid menambah, perjalanannya sebagai usahawan dengan perniagaan yang dibina sejak 2018 itu turut berdepan cabaran tersendiri.
“Sepanjang empat tahun membina perniagaan jamu Mutyara ini di sini, diakui proses dan laluan tidak mudah. Pelbagai cabaran dan dugaan ditempuh. Mana ada orang terus berjaya. Cuma, kita kena sentiasa berusaha dan yakin akan rezeki Allah SWT.
“Alhamdulillah, berkat sokongan suami, keluarga dan keluarga mentua jenama yang dibina kian dikenali dan semoga ia akan terus kukuh. Sudah semestinya saya berharap perkara sama apabila Mutyara menjengah pasaran Indonesia nanti,” katanya lagi.
Untuk rekod, produk berkonsepkan jamu dan tradisional yang menggunakan resipi turun temurun keluarga Tya dari Indonesia itu turut dipasarkan di Singapura, Brunei dan Australia.
Keistimewaannya juga, Mutyara diolah daripada bahan-bahan alami dan makanan sunnah dengan rasanya lebih sedap dan senang diminum oleh wanita Nusantara.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI