‘Saya bukan bekerja untuk duit tapi untuk keluarga’. Itulah reaksi yang diberikan oleh pelawak dan usahawan, Shuib saat diperkenalkan kepada media sebagai penyampai baru stesen radio Suria FM.
Shuib bakal bergandingan bersama Ajak dan Suraya menerusi segmen Team Pagi Suria yang kini diberikan penjenamaan baharu sebagai Morning Morning Suria.
Pada masa sama, Shuib turut menyifatkan tawaran tersebut sebagai sebuah lagi rezeki yang ditinggalkan oleh arwah isterinya yang juga merupakan penyanyi, Allahyarhamah Siti Sarah.
“Sampai saat ini, saya selalu fikirkan yang banyak sangat rezeki arwah bagi kepada saya. Dalam perjalanan ke sini pun, saya bercakap seorang diri ‘Ibu banyak sangat yang you tinggalkan untuk I’.
“Saya anggap tawaran ini sebagai rezeki peninggalan arwah dan anak-anak. Sebab itulah semasa diberikan tawaran, saya sangat bersyukur kerana peroleh jumlah bayaran yang sangat baik untuk saya dan keluarga.
“Saya sangat teruja kerana Suria FM sememangnya sangat berpotensi dan mungkin dengan kemasukkan saya, kita boleh mencapai ke tahap yang lebih baik,” katanya kepada MH.
Shuib berkata sedemikian ketika ditemui pada majlis sidang media pengenalan penyampai radio baru Suria FM yang diadakan di Hotel Le Meridian, Putrajaya pada Sabtu.
Ads
Dalam pada itu, Shuib turut mendedahkan proses perbincangan mengenai soal gaji pula telah pun berlangsung dengan sangat mudah.
“Saya berjumpa dengan Dj Lin untuk berbincang mengenai tawaran ini hanya sekali sahaja. Saya cakap dengan DJ Lin mengenai jumlahnya dan dia mahu panjangkan perkara tersebut kepada pihak pengurusan.
“Pada mulanya, saya anggap tawaran ini ini tidak menjadi sebab pihak Dj Lin pun diam agak lama. Nak dijadikan cerita, dua minggu lepas, saya dapat mesej daripada Dj Lin.
“Pada waktu itu, saya sendiri tak percaya pihak pengurusan bersetuju dengan permintaan saya. Dj Lin minta saya bersedia sebab benda ni dah muktamat,” ujarnya lagi.
Ads
Meskipun pada awalnya dia agak berat hati untuk menerima tawaran tersebut, namun, Shuib merasakan mungkin sudah tiba masanya untuk dia kembali sibuk.
“Saya terpaksa akui semangat untuk saya berkarya ini sebenarnya dah hilang. Ini bukan sebab mengada-ngada. Saya ni dah tolak macam-macam jenis tawaran bukan sahaja di radio tetapi juga di televisyen.
“Malah, Sepahtu Reunion pun saya belum ada rasa nak buat. Nak tak nak saya kena teruskan juga sebab dah berjanji. Saya anggap fasa ini sebagai ‘wake up call’.
Ads
“Pada masa sama, saya perasaan yang diri saya agak santai. Saya hanya fokus pada keluarga dan bisnes. Jadi, jadual saya banyak kosong sampai tak tahu nak buat apa,” kongsi lagi.
Ketika ditanya mengenai cabaran untuk mengubah rutin hariannya selepas ini, Shuib memaklumkan dia sebanarnya sudah terbiasa untuk memulakan harinya sejak awal pagi.
“Salah satu sebab saya setuju nak kembali ke radio kerana anak-anak pun dah sekolah. Sekarang ni, pukul 10 malam tu dah tidur. Anak-anak saya pula tak boleh tidur kalau bapanya tiada. Jadi memang sesuai sangat.
“Anak-anak bangun pukul 6 pagi dan bila dah masuk radio ini, pukul 5 pagi dah kena bertolak. Jadi, saya akan siapkan barangan sekolah mereka lebih awal.
“Sebelum ini pun, memang itu tugas saya. Siapkan mereka dan saya jugalah yang hantar serta ambil mereka balik sekolah,” akhirinya.
Terdahulu, Shuib bakal ke udara buat pertama kalinya pada Isnin ini bemula jam 6 hingga 10 pagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Nad Zainal tidak menafikan setiap drama yang disiarkan mampu memberikan kesan kepada kehidupan penonton.
Berdasarkan pengalamannya sebagai seorang pelakon, Nad mengakui ada segelintir penonton mudah terpengaruh dengan setiap drama yang dipertontonkan mahupun dari sudut positif atau negatif.
“Saya akui situasi itu memang berlaku, sebab dari pengalaman saya sewaktu membintangi drama Takdir Yang Tertulis sebelum ini sebenarnya ramai para isteri yang tidak meluahkan kata hati masing-masing.
“Tapi oleh kerana penangan watak Juwita dalam drama itu, ramai para isteri yang sudah mula berani untuk bersuara.
“Kita bukan lah nak mengajar semua isteri di luar sana untuk melawan suami tetapi cuma kadang-kadang kaum wanita ini perlu tahu hak sebagai isteri,” katanya.
Pada masa sama, Nad memberitahu bahawa realiti kehidupan adalah berbeza dan tidak sama sekali seperti yang dipertontonkan dalam sesebuah drama.
“Pada pendapat saya, ada impak yang bagus ada yang tak jadi jangan mudah terikut-ikut dengan apa yang pertontonkan.
“Kerana drama ni sebenarnya adalah imaginasi penulis semata-mata dan berbeza dengan kehidupan realiti,” katanya lagi.
Nad dan suaminya, Muhammad Faliq Amiruddin telah diundang sebagai tetamu jemputan untuk berkongsi pendapat serta membincangkan topik ‘Hidup Bukan Drama’ bersama penonton rancangan Wanita Hari Ini, TV3, pada Jumaat lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Nad Zainal
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Satu klip video pendek daripada pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew mendapat perhatian ramai.
Entri terkininya yang dikongsi menerusi Instagram itu merakamkan dirinya yang sedang berada di dalam sebuah kereta mewah, jenama Audi berwarna putih.
Namun, Ebit tidak pula memberikan perincian mengenai tujuan ia dimuat naik atau siapakah tuan empunya kereta berkenaan.
Bagaimanapun, kapsyen panjang yang dikarang Ebit buat isteri serta keluarga seolah-olah menggambarkan kereta berkenaan adalah sebagai hadiah buat permaisuri hatinya.
Malah, perkara sama turut menjadi persoalan di kalangan wargamaya di ruangan komen.
“Syukur pada Allah pemberi rezeki. Terima kaseh Allah. Doa terbaik Alhamdulillah.
“Belanja atas isteri dan keluarga sedekah paling besar nilainya. Nafkah wajib. Apa yang kita suka untuk diri itu juga kita kongsi dengan isteri. Ada orang boleh beli kasut mahal. Beli rim kereta. Beli radio aksesori kereta atau motor. Belanja ikut kemampuan tanpa menyusahkan diri.
“Tapi dengan isteri dan keluarga susah nak belanja. Masam muka. Belanjalah kerana Allah buat keluarga. Dengan belanja isteri dan keluarga Allah beri kita kaya dan rezeki melimpah ruah. Dan paling utama Allah maafkan dosa kita sebab pemberian kita,” tulis Ebit.
Dia pada masa sama turut mendedahkan mengenai rutin yang dilakukan khas buat isteri.
“Sebelum pergi kerja saya selalu duit tinggal atas meja. Beri kad bank pada isteri. Ambil insuran buat isteri kerana Allah. Sebab tahu belanja anak dan isi rumah banyak. Barang dapur jer dah berapa. Susu pampers anak.
“Allahuakbar.. Dari dulu lagi. Tak pernah tanya duit tu untuk apa. Senyuman dan pengorbanannya tak terbayar. Janganlah kedekut pada isteri dan keluarga. Isteri ibu pada anak kita.
“Sedih baca ramai juga masa takde duit takperlah. Isteri pun tak susahkan suami. Tapi dah senang mulalah guna untuk macam-macam tapi lupa belanja isteri.
“Beri nafkah buat isteri ini wajib mengikut kemampuan. Senangnya apa kita suka untuk diri kita. Kita nak isteri dapat dan rasa perkara yang sama.
“Allah pasti berkati dengan sedekah. Sedekah paling besar nilainya ialah buat isteri dan anak-anak. Buat mak ayah. Dan juga adik beradik,” jelasnya lagi.
Sementara itu, selain ramai yang membuat telahan pelbagai, wargamaya turut bercakap mengenai model kereta yang dikongsikan.
Terdahulu, umum sebelum ini sedia maklum figura yang sinonim dengan kerja amal itu turut mempunyai beberapa sumber pendapatan sebagai punca rezeki.
Foto: Instagram Ebit Lew
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Semalam, usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri ada memuat naik entri terbaru bertanyakan pendapat orang ramai sama ada mahu memilih penyanyi, Zizi Kirana ataupun sahabatnya, Sajat sebagai pasangan duet untuk lagu rayanya.
Bagaimanapun, Zizi menjelaskan bahawa dirinya berasa keliru dengan situasi tersebut kerana dia tidak diberitahu bahawa dia harus menjalani uji bakat terlebih dahulu bersama Sajat.
“Yang duet dengan Aliff Syukri tu pun saya pening sebenarnya sebab dia panggil saya untuk record.
“Kemudian saya pun setuju jelah tapi tiba-tiba ada Sajat pula. Jadi, saya tak tahulah sebab nanti dia yang akan pilih. So, saya pergi jelah sebab dia dah panggil.
“Tak tahulah kalau orang dah pilih Sajat apalah daya diri ini,” jelasnya kepada MH.
Zizi berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran Star Vendors Mega Raya Fest 2019, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada Jumaat.
Tambah penyanyi lagu Nak Ke Tak Nak itu lagi, segalanya bermula selepas DS Aliff menyenarai pendek beberapa orang artis wanita untuk duet bersamanya.
“Kemudian dia hubungi pengurus saya dan minta untuk datang ke studio untuk rap lagu terbarunya itu.
“Tiba-tiba Sajat juga datang untuk menyanyikan bahagian rap itu juga. So, anda tunggu jelah sebab dalam dua tiga hari lagi lagu tu nak keluar dah.
“Saya pun tak pasti mana satu yang keluar sama ada saya ataupun Sajat,” katanya lagi.
Terhadulu, majlis pelancaran Star Vendors Mega Raya Fest 2019 telah disempurnakan oleh DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.
Star Vendors Mega Raya Fest 2019 akan beroperasi selama 72 jam tanpa henti di PWTC yang menmgumpul peniaga-peniaga termasuklah dikalangan para selebriti.
Sumber: Instagram Datuk Aliff Syukri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!