Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza dikatakan bakal bergandingan di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.

Desas-desus tersebut bermula apa penyanyi lagu Anta Permana itu dilihat melakukan aktiviti berbasikal di kawasan berkenaan beberapa minggu lalu.

Lalu, ia telah menimbulkan banyak cakap-cakap daripada penduduk setempat yang mahukan DS Siti bertanding di kawasan mereka.

Bagaimanapun, menerusi entri terbaru di laman Instagram, Datuk Seri Siti menafikan bahawa dia akan bertanding pada pilihan raya berkenaan.

Katanya, dia bukanlah antara calon yang bertanding tetapi hanyalah sekadar melakukan aktiviti riadah bersama teman-teman dan suami.

https://www.instagram.com/ctdk/p/Bte7LXkhERv/?utm_source=ig_share_sheet&igshid=160iq4qm7llbu

Ads

“30 KM berbasikal ke Dam Semenyih, Sg Tekala. #bukandunsemenyih #sayabukancalonbertanding #sayacumakayuhje ,” tulisnya.

Sementara itu, anak tiri kepada Datuk Seri Siti, Aazief Khalid pula memberi tahu, Datuk Seri Siti amat sibuk dengan konsert jelajah, membesarkan Aafiyah dan tiada masa untuk melayan teori konspirasi.

Ads

“She’ll be busy touring atleast 3 countries, making a comeback in the music industry and raising an adorable babygirl. Takde masa dia nak layan conspiracy theory,” katanya.

Melihat diruangan komen, rata-rata netizen memberikan respon pelbagai terhadap entri penyanyi tersebut.

“Saya Bukan Calon Bertanding, Saya Kayuh Je,”- Dikata Bakal Bertanding Di PRK DUN Semenyih, Ini Jawab Tok Ti

Ads

“Saya Bukan Calon Bertanding, Saya Kayuh Je,”- Dikata Bakal Bertanding Di PRK DUN Semenyih, Ini Jawab Tok Ti

Bagaimanalah agaknya kalau Datuk Seri Siti jadi ahli politik ye? Mesti semua orang sayang kan? Tak gitu?

Apapun, kita doakan sahaja yang terbaik dalam apa jua bidang yang bakal diceburi oleh penyanyi kesayangan ramai itu.

Sumber: Instagram CTDK

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI