Ketua juri program Gegar Vaganza, Datuk Ramli MS menyifatkan persembahan kurang menyengat Ameer Sofazr yang sekali gus menyekat saingan pada minggu seterusnya adalah disebabkan oleh kegagalan penyanyi berkenaan untuk mengimbangi tune muzik serta vokalnya.
Bintang yang menyampaikan lagu Samrah Mentari nyanyian asal Datuk Jamal Abdillah bersempena dengan tema ‘Aneh-Aneh’ itu mengumpul markah terendah, iaitu 54 peratus.
“Bila saya berikan komen mengenai tune muzik dengan vokal dia, agak lari jauh. Sesiapa pun dengar akan tanya apa masalah dia? ‘Tune’ dia sangat jauh, berbeza dengan standard muzik yang biasa.
“Satu benda yang… Saya nak bagi markah macam mana? Tune itu pun dah ‘out’, tidak setara hampir 90 peratus dari persembahannya,” jawab Ramli.
Sementara Ameer ketika ditemui mengambil sikap terbuka apabila namanya diumumkan sebagai peserta tersingkir di minggu ketiga.
“Memang menyakitkanlah, tetapi inilah adat pertandingan. Mustahil kalau tidak ada penyingkiran. Jadi saya sendiri perlu bersedia atas apa sahaja situasi.
“Jujurnya saya tidak pernah bawakan lagu tersebut sebabnya lenggok lagu itu memang sukar dan rentaknya juga ‘fast’. Perlu menari juga sambil menyanyi. Satu cabaran bagi saya,” katanya kepada MH.
Mahu terus berkarya dalam seni, Ameer turut memaklumkan dia bersama Sofarzr akan tampil dengan buah tangan terbaru tidak lama lagi.
“Kami memang sudah pun merancang untuk lancarkan lagu baru, malah sebelum saya sertai GV6 lagi. InsyaAllah selepas ini kami akan teruskan dengan apa yang sudah dirancang.
“Harap peminat akan dapat terima. Mudah-mudahan ia akan dilancarkan tahun hadapan. Moga 2020 beri semangat baru buat kami,” jelasnya optimis.
GV kali ini diadili seorang lagi juri tetap iaitu Hetty Koes Endang dan minggu ini, pereka fesyen, Datuk Rizalman Ibrahim diundang sebagai juri jemputan.
Terdahulu, bintang veteran Zaiton Sameon menerima sumbangan sebanyak RM10,000 daripada pihak penaja iaitu Farm Fresh dan Astro, Bintang Cuckoo Paling Gempak minggu ini menjadi milik Naqiu serta Anugerah Bintang Cili Padi pula dimenangi Nurfatima.
GV6 disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam, Selangor.
Ikuti temu bual penuh bersama juri di sidang media;
#MHLive Sidang Media GV6 minggu ketiga
Posted by MEDIA HIBURAN on Sunday, October 27, 2019
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI