Pelawak, Jihan Musa muat naik foto berada di sebuah hospital swasta di Shah Alam hari ini.
Bagaimanapun, dia menjelaskan bahawa dia harus menjalani satu pembedahan kecil dan tidak mengandung seperti yang disangka netizen.
“Assalamualaikum semua. Mak check in jap arini. Alhamdulillah selesai sudah minor operation. Ape ke nama tah sakit tu nnt tgk blk surat tu i update nama dia.
“Thank you Dr. Sarinah & team @avisenaspecialisthospital yg hebat dan baik2 belaka. Yg DM ucap tahniah tu, hmmm TAK saya bukan mengandung adik ninja.
Ads
“Huhu.. Saya MC sampai …….. utk urusan kerja dan yg penting2 boleh whats app la klu krik2 tu maknanya masih MC la. Mak rehat jap ye sakit jap.
“Moga terhapus dosa2 lalu InshaaAllah. Akhir kata sentiasa utamakan & jaga kesihatan anda kerana itulah benda yg paling mahal di dunia yg takkan mampu nak beli pun,” tulisnya di Instagram.
Bersempena dengan ulang tahun kelahiran aktres Lana Nodin, pelakon Lisdawati melayangkan ucapan istimewa buat rakan artisnya itu yang kini sudah menetap di Amerika Syarikat.
Meski sudah berjauhan, namun ingatan tulus doa dari bintang KL Menjerit itu buat Lana kekal terpahat.
Menurut Lisdawati atau nama sebenarnya Nisdawati Nazaruddin, meski jarang berjumpa, namun mereka masih tetap berhubung.
“Selamat Harijadi Sahabat 8 Dec. #sagittarius
@lananodinmckienzie. Kita tak selalu jumpa tapi KITA ADA. Tak selalu bercerita tapi ADA RAHSIA.
“Iya luaran tak cerminan dalaman tapi Insya-Allah pelan-pelan kayuh ye sahabat sementara masih ada WAKTU.
“Doaku sentiasa ada walaupun kita jauh. Semoga U sentiasa bahagia dunia dan akhirat #doaygbaikbaiksaja #sayangkeranaallah,” tulisnya menerusi hantaran di akaun Instagram.
Pereka fesyen terkenal, Jovian Mandagie menerusi laman Instagram miliknya memaklumkan bakal mengerjakan ibadah umrah bersama keluarga. Dan lebih istimewa, kedatangan ke Tanah Suci Mekah pada kali ini bersama anak, Jeanelle Nika Mandagie.
Suami kepada Nina Sabrina ini turut memuat naik foto menunjukkan dia dan isteri menunaikan ibadah umrah tiga tahun lalu pada tarikh yang sama.
“Today, and another photo from the very same date three years ago. بسماللهالرحمنالرحيم, we will soon be performing our Umrah, and this time is with our lil one. #JNMUmrah,” kongsinya.
Rata-rata netizen mendoakan agar keluarga ini memperoleh umrah mabrur dan mendoakan agar urusan menunaikan ibadat dipermudahkan.
Sekadar makluman, Jovian dan Nina telah melangsungkan perkahwinan mereka pada Disember 2013. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata, Jeanelle Nika Mandagie pada 1 November 2017.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Amira Othman menyimpan hasrat untuk membawa single terbarunya yang berjudul Alah Bisa hasil kolaborasi bersama penyanyi terkenal, Faizal Tahir untuk dipertandingkan di pentas-pentas berprestij seperti Anugerah Juara Lagu (AJL).
Menurut Amira, harapannya terhadap lagu ini sememangnya amat besar namun, dia tetap memberikan sepenuh kepercayaan terhadap perancangan yang telah disusun oleh Allah SWT.
“Sepanjang saya berkecimpung di dalam industri ini, saya masih lagi belum berkesempatan ke pentas AJL. Sebelum ini ada lagu bersama Sufian Suhaimi tapi setakat di semi-final sahaja.
“Saya sebenarnya tidak menspesifikasikan mana-mana lagu sebab walau macam mana pun kita merancang, kalau Allah kata belum rezeki, tidak akan jadi juga.
“Kalau tanya mengenai harapan saya tentang lagu ini, sebenarnya memang besar dan saya berhasrat ingin membawa lagu ini di pentas-pentas besar yang belum pernah saya jejaki,” tulisnya.
Bekas bintang kelahiran Akedemi Fantasia musim ke-10 itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media pelancaran lagu Alah Bisa yang berlangsung di Ibu kota pada Khamis.
Amira turut menambah, dia tidak pernah sekali pun terdetik untuk mengalah kerana menyanyi merupakan perkara yang paling disukainya.
“Saya mula memasuki pertandingan nyanyian pada usia 12 tahun. Sepanjang tempoh itu banyak kali juga saya kalah. Menang pun mungkin sekali je rasanya.
“Ada kalanya rasa sedih juga tapi disebabkan kecintaan terhadap bidang nyanyian yang membuatkan saya terus bersemangat.
“Saya percaya semua orang dalam hidup ni bila kita buat sesuatu yang kita suka, kita tidak akan putus asa. Saya tak mahu mengalah lagi.
“Selagi ada rezeki, saya mahu terus menghasilkan karya-karya yang terbaik buat pendengar khususnya buat para peminat,” kongsinya lagi.
Ketika ditanya adakah dia cemburu bila melihat rakan-rakan seperjuangan di Akademi Fantasia dahulu kini lebih menyerlah berbanding dirinya, Amira memberitahu kejayaan-kejayaan rakan artis inilah yang menaikkan semangatnya untuk menjadi lebih baik
Saya, Hael Husaini, Nabila Razali dan ramai lagi dulu siap ada group yang sama untuk membincangkan mengenai perjalanan kerjayamasing-masing tetapi begitulah kehidupan.
“Bila kita keluarkan sesebuah lagu ni, ada kala tak jadi. Bila keluar lagu seterusnya, menjadi pula. Begitu juga dalam bidang lakonan.
“Saya merupakan seorang yang sangat percaya kepada rezeki. Jadi, saya tidak berasa cemburu dan iri hati. Kami semua masih berkawan baik dan kami memang menyokong antara satu sama lain.
“Kejayaan rakan-rakan ini sebaliknya menjadi inspirasi untuk kita sama-sama buat yang terbaik dan bergerak ke tahap yang baru,” akhirinya.
Single Alah Bisa kini sudah boleh mula didengari di seluruh platform penstriman manakala muzik videonya pula boleh ditonton di saluran Youtube Faizal Tahir.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!