Penyanyi, Misha Omar telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-39 tahun, semalam.
Lalu, penyanyi lagu Tanpa Rela ini ada menitipkan ucapan terima kasih kepada peminat yang sentiasa mendoakan untuk dirinya.
Malah, penyanyi kelahiran Kota Bahru, Kelantan ini rasa terharu terhadap peminatnya dengan menyampaikan sebuah lagu berjudul Cinta menerusi IGTV di akaun Instagram miliknya.
“DARI LUBUK HATI YANG PALING DALAM , SAYA INGIN MERAKAMKAN UCAPAN JUTAAN TERIMA KASIH BUAT DOA-DOA YANG DIKIRIM SEMPENA HARIJADI KAK MITCH YG KE 39 SMLM..
“JUJURNYA, SAYA BERASA TERHARU SEKALI DENGAN “CINTA” YANG DITUNJUKKAN KALIAN SEMUA…SAYA BUKAN SIAPA2..CUMA YANG ADA SUARA DARI TERJEMAHAN JIWA UTK SETIAP KARYA YANG DITUGASKAN..
“TERIMA KASIH YA..CUMA ALLAH SAJA MAMPU BALAS JASA KALIAN…STAY SAFE WHEREVER YOU ARE!! #kitajagakita
“Lagu ciptaan : Melly Goeslaw .
Nyanyian : Melly Goeslaw & Krisdayanti .
Nikmati ya guyss…,” tulisnya.
Sekadar informasi, Misha telah dilahirkan pada 6 Januari 1982 dan telah memulakan karier seni nyanyian sekitar tahun 2001 selepas menyertai pertandingan Bintang RTM.
Foto: Instagram Misha Omar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Covid-19: “Rasa Macam Ada Cecair Kat Tekak, Im Not Sure…,” – Masih Kuarantin, Nabila Huda ‘Update’ Perkembangan Terkini
Artis versatil, Nabila Huda dilaporkan telah disahkan positif Covid-19, pada Rabu lalu.
Setelah dua hari menjalani tempoh kuarantin, Nabila atau nama lengkapnya Nabila Huda Suhaimi ada berkongsi perkembangan terkini dirinya sebagai pesakit Covid-19.
Kongsi Nabila, dirinya masih mengalami gejala sakit tekat bermula semalam dan masih tidak memiliki deria rasa serta bau.
“Selamat Pagi semua! Just a little update to everyone yang i share my journey kt live malam tadi, semalam i sakit tekak, today sakit tekak tu macam dah kurang tapi dia macam ada flame pulak.
“Rasa macam ada cecair kat tekak. Im not sure it’s a good sign utk bertambah pulih or not tapi i dapat rasa my body said im gettin better. Deria bau and rasa masih takde.,” tulisnya.
Dalam pada itu, anak kepada penyanyi rock terkenal Amy Search ini mengharapkan agar orang mendoakan dirinya kembali sembuh dan sihat seperti sedia kala.
“But all good. Im getting happier! Mood pun macam dah kembali normal. Taktau la kejap lagi dia kacau balik ,aku emo balik! Haha. Thank you to my beloved friends and followers for all the doa and wishes. You guys are so sweet !
“(Malam ni rasa nak spend time with you guys again on live because i think it helps untuk buat hati i happy dengan semua positive comments korang and abil boleh membebel! Membebel pun membantu jugak utk hilang kan overthinking haha!),” tulisnya lagi menerusi entri di Instagram.
Sekadar informasi, Nabila yang kini sedang menjalani tempoh kuarantin di kediamannya meluahkan rasa syukur apabila suami serta anaknya disahkan negatif wabak penyakit berkenaan.
Foto: Instagram Nabila Huda
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Itu Luahan Naluri Seorang Anak,”- Along Cham Terima Lukisan Wajah Sendiri Daripada Anaknya. Sebaknya!
Baru-baru ini pelakon dan pelawak Along Cham atau nama sebenar Muhammad Nizamuddin Ahmad telah memuat naik sekeping gambar di akaun Instagram miliknya.
Menyentuh hati, apabila pelakon yang terkenal dalam drama bersiri Suamiku Mat Piun itu berkongsi lukisan wajahnya sendiri yang dilukis oleh anaknya.
“Dia rindu giler katanya..jadi,dia try lukis..bagi papa settelkan keja2 promosi filem papa dulu k bro..luv u so much bro!!!@alongcham @_siti61 “tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Along Cham (@alongcham) on
Dalam pada itu, perkongsian Along itu telah mendapat perhatian dari salah satu pengikutnya di laman media sosial Instagram.
Individu tersebut telah berkata kepada Along yang itu adalah merupakan luahan naluri seorang anak yang rindu kepada bapanya.
“itu luahan naluri seorang anak..”tulis individu tersebut.
Terdahulu, Along pernah mendirikan rumah tangga bersama bekas bintang Akademi Fantasia musim keempat, Zila Seeron pada 2010 dan bercerai pada 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Ahmad Daniel berusia 7 tahun.
Foto : Instagram Along Cham
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Lepas Bersalin Berat 14Kg,”- Mahu Turunkan Berat Badan Lagi,Penyampai Berita Ezreena Amir Hamzah Tak Putus Asa
Penyampai berita, Intan Ezreena Amir Hamzah akui berat badanya semakin naik selepas melahirkan cahaya mata sulung, Zillqayyim pada 8 Julai lalu.
Perkara itu dikongsikan Ezreena di Instagram miliknya.
“Selepas bersalin saya mendapat berat badan sehingga 14kg.
“Then after giving birth + 2 weeks confinement, saya berjaya menurunkan kira-kira 8kg.
“I do have a few more kg to go, but I’m glad I have this super easy belly band to wear everyday.
“It also serves as a reminder not to eat so much because it tucks my belly up tight,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by .Mrs Pwincess. (@ezreenaamirhamzah) on
Pada masa sama, Ezreena juga sering berkongsi foto bersama anaknya.
View this post on InstagramA post shared by .Mrs Pwincess. (@ezreenaamirhamzah) on
View this post on InstagramA post shared by .Mrs Pwincess. (@ezreenaamirhamzah) on
View this post on InstagramA post shared by .Mrs Pwincess. (@ezreenaamirhamzah) on
Terdahulu, Ezreena dan suaminya yang juga penyampai berita, Asrul Nizam dikurniakan cahaya mata lelaki, Zillqayyim pada 8 Julai seberat 3.15kg.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI