Nama pelakon, Natasha Hudson masih lagi menjadi bualan ramai sejak beberapa hari lalu selepas tampil mengenakan busana yang kelihatan seperti mendedahkan bahu selain betisnya usai majlis pelancaran produk suplemen kulit, Crystal C White beberapa hari lalu.
Lebih hangat apabila pereka busana berkenaan, Rizman Ruzaini meluahkan rasa kecewa apabila ia disarung oleh selebriti bertudung seperti Natasha,sedangkan rekaan berkenaan adalah untuk wanita tidak bertudung.
Sejurus kenyataan pereka fesyen itu menjadi bualan, rakan kongsi yang juga orang kuat produk terbabit, Nor Shahlina Abu juga turut mempertahankan pandangannya.
Nor Shahlina turut terkilan dengan duo pereka fesyen berkenaan kerana tidak patut melatah dengan menghentam balik waima siapa pun pemakainya. Hakikatnya, busana itu dibeli dan bukannya ditaja.
Sementara itu, Natasha atau nama penuhnya, Natasha Liana Hudson juga memberi reaksi terhadap apa yang berlaku.
“Selepas diamati kenyataan pereka fesyen itu saya lihat ia berbaur peribadi dan berat sebelah. Mungkin kenyataan itu dibuatnya kerana tidak tahu siapa pembeli busana terbabit pada awalnya.
“Mungkin juga kenyataan itu dibuat kerana saya bukanlah artis gred A yang sering bekerjasama dengannya. Tapi dalam apa sudut sekalipun, perasaan pelanggan atau pembeli sepatutnya dihormati mereka. Baju itu dibeli dengan promosi potongan harga dan bukan ditaja mereka.
Ads
“Sekalipun pembeli dan pelanggan mengenakan tudung dan meminati sesebuah rekaan yang bertentangan dengan imejnya, adakah mereka akan menjualnya?
“Saya pasti mereka akan menjualnya demi keuntungan tanpa mempersoalkan hasrat yang ingin membeli,” katanya.
Menurut pelakon filem Chermin yang dilantik sebagai wajah wakilan produk itu, dia agak terkejut dengan reaksi duo pereka itu.
“Saya bukan tidak mengenali mereka. Begitu juga sebaliknya. Saya pernah menggayakan rekaan mereka suatu ketika dulu.
“Bukan mereka tidak boleh bertanya situasi sebenar atau selidik kepada saya sebelum mengeluarkan kenyataan balas yang disifatkan seperti menghentam.
Ads
“Saya berasakan komen mereka yang busana itu tidak sesuai untuk orang berhijab tak tepat. Sedangkan kalau kita ‘google’ busana rekaan mereka sebelum ini untuk selebriti bertudung kelas A ada yang mengenakan turban dan menampakkan leher ataupun menampakkan potongan badan.
“Apa pula pendirian mereka terhadap situasi sebegitu. Tepuk dada tanya hati,” katanya.
Ibu tunggal kepada tiga anak itu bagaimanapun mengakui khilafnya saat mengenakan busana berkenaan.
“Ikutkan busana yang saya sarung itu boleh saja digayakan sesiapa pun mengikut cita rasa dan olahan gaya masing masing. Ya, saya ambil mudah melalui cara pemakaiannya.
Ads
“Jujur saya tak sangka ia akan mencetuskan kontroversi. Malah harus saya tegaskan ia juga bukan kontroversi terancang untuk melariskan produk Crystal C White,” katanya.
juga berpandangan pereka fesyen tersebut harus memohon maaf kepada Nor Shahlina Abu.
“Kenyataan mereka mengguris hati Nor Shahlina iaitu rakan kongsi kepada Datin Reena Zach yang selama ini menjadi antara klien dan penyokong jenamanya
“Cara mereka memberi jawapan tidak tahu siapa pembeli, baju itu dibeli dengan potongan harga 90 peratus juga dilihat tidak matang dan tidak sesuai disebut. Apakah satu dosa membeli baju yang dilelong dengan diskaun rendah?
“Ia seperti membuka pekung sendiri seolah-olah baju yang dibuat tidak laris sebelum potongan harga. Ingat istilah ‘customer is always right’.
“Sewajarnya mereka memohon maaf kepada Nor Shahlina. Dalam hal ini juga saya hanya pemakai dan ambil tanggungjawab menggalasnya biarpun diberi beberapa pilihan busana lain,” katanya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Nourul Depp ada memberikan pendapat mengenai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang dijalankan oleh pihak kerajaan dalam menangani penularan wabak Covid-19 di Malaysia.
Nourul atau nama sebenarnya Noorulhuda Wahab menyarankan agar pihak terbabit tidak merumitkan pemberian vaksin kepada orang ramai seperti pendaftaran melalui aplikasi dan sebagainya.
Di samping meluahkan rasa kagum dengan cara pemberian vaksin di Indonesia, penyanyi yang sinonim dengan lagu Kerana Terluka ini memberi cadangan untuk menjalankan PPV di seluruh Klinik Desa bagi mempercepatkan kadar individu yang telah divaksin.
“Terbaca satu tweet rakyat indonesia. Depa bukak ja klinik & hospital depa. Walk in pi vaksin. Takdak apps takdak apa apa yang sophisticated katanya.
“Dah berjuta rakyatnya divaksin, rasanya lebih mudah macam tu. Klinik desa pun banyak. Kami tau la kami lahir di klinik desa.
“Gunakan kemudahan ini semua. Senang. Hanya pendapat saya sebagai rakyat biasa.,” tulisnya.
Sebelum ini, pihak kerajaan telah memutuskan pemberian vaksin kepada orang ramai dijalankan secara berperingkat dengan membuat pendaftaran menerusi aplikasi MySejahtera.
Pihak kerajaan juga telah menetapkan beberapa tempat PPV antaranya Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam, Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), pada fasa pertama pemberian vaksin.
Foto: Instagram Nourul Depp
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Lufya Omar ada memberikan persoalan menerusi Instagram dengan menyatakan sama ada nilai RM250.00 cukup atau tidak untuk membeli makanan dan keperluan seorang anak untuk sebulan.
Malah jelasnya, dengan jumlah sebegitu, dia juga tertanya-tanya bagaimana lagi harus berjimat.
“Nak tanya mummies spend untuk beli makanan dan keperluan anak sorang utk sebulan berapa ekh? Cukup tak Rm250 sebulan? aduiii tak tau nak jimat macamana lagi,” tulisnya.
Di ruang komen, rata-rata netizen ada memberikan pendapat mereka.
Malah ada yang turut mengaitkan status tersebut dengan situasi yang melanda kehidupannya kini.
Terdahulu September lalu, rumah tangga pasangan ini kembali menjadi bualan apabila pelakon itu memuat naik status mendakwa suaminya tidak menjalankan tanggungjawab.
Pasangan tersebut diijabkabulkan pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Laana Haura yang kini hampir memasuki usia dua tahun.
Semalam, telah berlangusng majlis sambutan ulang tahun penyanyi, Wany Hasrita yang ke-26 tahun.
Mengambil tema tradisional, penyanyi lagu Rintihan Rindu itu tampak ayu menerusi persalinan songket rona merah hati, lengkap dengan aksesori di kepalanya.
Sambil menitipkan rasa terima kasihnya terhadap semua yang mendoakan kesejahteraan, Wany turut memuat naik dedikasi terhadap diri sendiri menerusi Instagram.
“Nurshazwany Hasrita, 26 tahun. Moga masih wany yg sama. Moga lagi baik dari wany yang lama. Love you,” tulisnya ringkas.
Pada masa sama, Wany juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang sudi hadir dimajlis anjuran kelab peminatnya itu di Lanaitamu Event Hall, Damasara.
Majlis yang bermula sekitar 8.00 itu turut dihadiri rakan media dan teman selebriti.
Foto: Instagram Wany Hasrita
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!