HomeBerita“Saya Bukan Tiba-Tiba Jadi Normala…,” – 16 Tahun Di Posisi Unggul, Puan...
“Saya Bukan Tiba-Tiba Jadi Normala…,” – 16 Tahun Di Posisi Unggul, Puan Sri Normala Samsudin Kini Berada Di Kerusi Tetap Juri Pencarian Ratu Hijabista 2020
Setelah lama menyepi dari kaca televisyen, Puan Sri Normala Samsudin bakal tampil sebagai juri tetap program terbaru, Pencarian Ratu Hijabista 2020.
Kembali memeriahkan dunia penyiaran, Puan Sri Normala, menjelaskan dia menerima tawaran tersebut bukan disebabkan ‘rindu’ terhadap industri, tapi atas dasar tanggungjawab menggilap bakat baru.
“Bagi sesiapa yang mengikuti saya di Instagram dan sebagainya, jujurnya saya tidaklah terlalu rindu memandangkan kita sekarang sudah ada media sosial.
“Saya rasa tiada soal rindu di sini kerana pengacaraan itu memang dah ada dalam diri saya sendiri walaupun hanya di Instagram saja. Saya boleh keluar bila-bila masa sahaja di platform sana.
“Apa pun, ini adalah amanah dan tanggungjawab yang harus saya galas,” katanya.
Ditanya apabila ramai penonton yang ada membandingkan soal kredibiliti yang dimiliki pengacara masa kini dengan orang lama, Normala mempunyai jawapannya sendiri.
Ads
“Kita kena bezakan dulu dan sekarang. Kini dunia semasa dah lain dan banyak bezanyanya. Malah, tidak dinafikan ramai pengacara yang tumbuh lebih macam cendawan.
“Cumanya, bila dibandingkan dengan seseorang seperti ‘kenapa kita tak jadi macam dia’, itu normal. Normal bagi seseorang menghakimi orang lain.
“Walaupun, kadang-kadang kita terasa, tapi bagi saya adalah lebih baik kita mengambil pendekatan bahawa seseorang itu mempunyai kelebihan mereka tersendiri.
“Seorang pengacara tu ada kelebihan mereka masing-masing. Saya bukan tiba-tiba jadi Normala Samsudin. Saya pernah salah, saya pernah buat blunders. Tons of times ketika di TV3.
Ads
“Sebutan salah dan cara life talk show semua kena belajar dan ia mengambil masa yang lama. 16 tahun di TV3 tu saya slowly belajar dari kesilapan.
“Kemudian kalau kita bertahan, kuat depani cabaran dan tahan sabar, InsyaAllah kita boleh, begitu juga dengan bakat-bakat yang ada,” jelasnya lagi.
Puan Sri Normala berkata demikian ketika ditemui di majlis sidang media dan pengenalan top 12 Ratu Hijabista 2020 yang berlangsung di The Great Eastern Mall, Kuala Lumpur pada Rabu.
Dalam pada itu, Puan Sri Normala juga tidak menolak bahawa dia akan kembali aktif selepas ini, namun perancangan yang lebih rapi harus dibuat.
Ads
“Bagi saya peluang untuk saya jadi juri dulu. Susah sebenarnya di usia 56 tahun you nak mulakan sesuatu balik.
“Ia amat berat bagi saya untuk menerima dan menyusun atur jadul-jadual saya di mana saya selama ini berulang alik ke Perlis dan Segamat.
“Saya kena susun semula jadual dan tanggung jawab itu amat berat.
“Saya pun dah dapat greenlight daripada suami dan itu yang paling penting,” akhrinya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pengacara, Puteri Sarah Liyana berkongsi berita sedih diatas pemergian neneknya, Azizah Bee malam tadi.
Perkara itu dikongsikan isteri kepada Shamsul Yusof menerusi Instagramnya.
“Buat nenek saya , Azizah Bee bte Ghows Khan yang baru sahaja kembali ke rahmatullah. Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya.
“Jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. AlFatihah, إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون,” tulisnya.
Kelibat Nora Quoirin, 15 sehingga kini masih belum ditemui dan pasukan penyelamat masih giat menjalankan operasi pencarian.
Fasha Sandha turut meluahkan keprihatinan dan memuat naik poster memohon bantuan netizen agar turut sama menyumbang tenaga dan membantu pencarian remaja tersebut.
Lebih menyayat hati, menerusi perkongsian pelakon ini, misi pencarian diteruskan dengan menggunakan suara ibu mangsa, Meabh Jaseprine Quoirin yang mengatakan “Nora sayang. Ibu sayangkan awak. Ibu di sini”.
“#prayfornora. Sesiapa yang berada di seremban dan berjumpa Dengan Nora, mohon hulurkan bantuan , Tolong!
Semoga Nora dapat ditemui dalam keadaan selamat, Amin @aqidahazizi #noraannequoirin,” tulisnya.
Penyanyi Ayda Jebat menyambut ulang tahun kelahiran ke-31 pada Jumaat dengan meraikannya bersama suami, pengacara Nabil Mahir di sebuah restoran yang menyediakan hidangan utama daging wagyu.
Berkongsikan sambutan itu di Insta Story, Ayda atau Nurul Shuhada Jebat secara berseloroh turut mengusik suaminya yang beriya-iya mahu menikmati hidangan daging wagyu dalam misi untuk mencuba mendapatkan anak lelaki.
“Misi makan daging, Nabil nak baby boy. Nak anak lelaki ke tu?” usik Ayda.
Nabil kemudian membalas secara berseloroh sambil mengangguk, “Kita cuba, kita cuba. Daging dan brokoli sahaja.”
Ayda dalam kenyataannya kepada pihak media sebelum ini berkata dia sudah bersedia untuk menimang cahaya mata kedua dalam masa terdekat.
Ini kerana menurut penyanyi lagu Temberang itu, dia mahu anak keduanya nanti membesar seiring bersama dengan anak pertamanya.
Untuk info, Ayda mendirikan rumah tangga dengan Nabil, 35, pada 1 Januari 2021. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan, Ana Nayla yang kini berusia dua tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!