Pelakon, Puteri Sarah Liyana mengakui tidak pernah menutup pintu hatinya untuk bertemu dengan pasangan hidup pada masa hadapan.

Menurut Puteri Sarah, dia juga mempunyai keingian untuk mempunyai pasangan namun, dia menyerahkan segalanya kepada takdir Allah SWT.

“Saya Bukan Tua Sangat, Muda Lagi,” – Puteri Sarah Mahu Cari Cinta Baru, Tak Serik Berumah Tangga

“Saya nak mencari cinta baharu kalau ditakdirkan saya masih berjodoh. Saya nak juga berpasangan. Lagipun, saya bukan tua sangat dan masih muda lagi.

“Ada atau tiada, saya tetap akan terima. Saya tidak pernah serik untuk berumah tangga,” katanya kepada MH.

Katanya lagi, selepas hampir setahun bergelar ibu tunggal, kehidupannya kini berada dalam keadaan yang baik lebih-lebih lagi dengan sokongan yang diberikan oleh ahli keluarga.

“Saya Bukan Tua Sangat, Muda Lagi,” – Puteri Sarah Mahu Cari Cinta Baru, Tak Serik Berumah Tangga

Ads

“Alhamdulillah, setakat ini, saya masih okay sahaja. Hubungan bersama keluarga mentua juga masih baik.

“Saya juga kini masih menjalani penggambaran dengan Skop Production. Jadi, saya selalu jumpa bapa mentua di set. Sokongan keluarga juga sangat baik dan segalanya okay bagi saya,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, pelakon drama Polis Peronda ini juga mendedahkan hubungannya bersama bekas suami yang juga merupakan pengarah terkenal, Syamsul Yusof kini bertambah baik dan fokus mereka tertumpu kepada anak-anak.

“Baru-baru ini, anak saya ada memenangi pertandingan bola sepak. Saya pun tak pasti dari mana bakat itu datang.

Ads

“Berkenaan foto kemenangan Syaikul yang dimuat naik oleh Syamsul, mungkin foto itu dikongsikan oleh ibu mentua saya.

“Syamsul masih berjumpa anak-anak seperti biasa. Fasa saya bersama Syamsul sudah pun selesai. Ia jadi lebih mudah bila segalanya berakhir dengan baik. Kini tiada lagi benci-membenci. Pengalaman mematangkan kita,” ujarnya lagi.

“Saya Bukan Tua Sangat, Muda Lagi,” – Puteri Sarah Mahu Cari Cinta Baru, Tak Serik Berumah Tangga

Sementara itu, Puteri Sarah turut mengulas mengenai hantaran di Instagram Stories kepada pelakon dan usahawan Indonesia Andi Arsyil yang dilihat agak mesra sehingga menarik perhatian netizen.

Ads

“Hantaran tersebut tiada makna apa-apapun. Suka-suka sahaja. Dia bagi saya ‘quotes’, saya pun balas semula dengan ‘quotes’ yang membina.

“Tiada apa yang pelik. Hubungan baik sebab kita serumpun,” ujarnya.

Sekadar informasi, Puteri Sarah dan Syamsul telah mendirikan rumah tangga pada Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata.

Bagaimanapun, pasangan ini memutuskan untuk bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 14 Jun tahun lalu.

Syamsul bagaimanapun sudah berkahwin kali kedua dengan Ira yang juga anak pelakon veteran, Kazar Saisi pada 6 Januari 2023 di Thailand.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI