Pelakon, Adam Corrie memberikan penjelasan mengenai dirinya, yang mungkin menjadi kekeliruan seseorang orang.

Dedah bapa kepada seorang cahaya mata ini, mungkin kerana jarang berkongsi mengenai aktiviti seni menyebabkan ada yang menghantar teks, panggilnya ustaz selain bertanya soal berkaitan agama.

”Agaknya saya jarang upload gambar tgh shooting drama/filem, sebab itu ramai yang DM saya panggil saya ustaz tanya hukum hakam agama.

”Saya bukan ustaz, saya bukan PU, saya bukan Dai. Saya tak pernah sertai program tersebut. Jadi Saya tak mahu title ustaz.

IKLAN

”Biarlah gelaran itu diberikan kepada yang betul-betul layak dan ada tauliah. Saya tiada tauliah agama. Tanya pada ahli yang betul,” jelasnya.

Bintang KL Gangster ini turut menambah, dia hanya manusia biasa yang hanya berkongsi perihal keindahan Islam.

“Saya tak mahu menjadi fitnah pada agama Islam. Kerana Saya hanya seorang pelakon biasa , seorang artis cina muslim sahaja.

IKLAN

“Apabila saya sharing tentang keindahan Islam ia masih belum layak di gelar ustaz. Baik bagi kita, tapi belum tentu baik untuk orang lain,” tulis Adam memberikan pencerahan.

View this post on Instagram

Agaknya saya jarang upload gambar tgh shooting drama/filem .. sebab itu ramai yang DM saya panggil saya ustaz tanya hukum hakam agama. . Saya bukan ustaz… saya bukan PU… saya bukan Dai. Saya tak pernah sertai program tersebut. JadiSaya tak mahu title ustaz. Biarlah gelaran itu diberikan kepada yang betul-betul layak dan ada tauliah. Saya tiada tauliah agama. Tanya pada ahli yang betul. . Saya tak mahu menjadi fitnah pada agama Islam. Kerana Saya hanya seorang pelakon biasa , seorang artis cina muslim sahaja😊. Apabila saya sharing tentang keindahan Islam ia masih belum layak di gelar ustaz. . Baik bagi kita, tapi belum tentu baik untuk orang lain 🙏 . #adamcorrie . P/s : gambar tgh shooting drama Gerak Khas

A post shared by Adam Corrie (@adamcorrielee) on

IKLAN

Menerusi entri yang dilatari dengan foto di balik tabir penggambaran Gerak Khas, perkongsian pelakon berusia 51 tahun ini turut mendapat reaksi pelbagai pengikutnya.

Terdahulu, Adam Corrie Lee memeluk Islam pada pada 13 Julai 2007 dan berkahwin dengan isterinya, Fazema Mohd Fuad, 37, pada 2008.

Foto: Instagram Adam Corrie

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI