Penyanyi Ani Maiyuni mengakui tidak sangka rezekinya di Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) masih lagi ada, meski tidak menafikan saingan yang diterima daripadaa bintang lain cukup sengit.

Ani berkata, dia sebelum ini hanya jangka mungkin perjuangan di GV8 hanya mampu hingga minggu keempat saja.

“Saya Cakap ‘Aku Ni Dapat Minggu Keempat Pun Bersyukurlah’,” – Rezeki Ada Lagi Di GV8, Ani Maiyuni Tak Pernah Letih Belajar

“Saya Cakap ‘Aku Ni Dapat Minggu Keempat Pun Bersyukurlah’,” – Rezeki Ada Lagi Di GV8, Ani Maiyuni Tak Pernah Letih Belajar

“Saya jujurnya tak sangat. Sebab tahu yang lain-lain pun lebih ‘power’ dan orang sedia maklum. Saya cakap ‘aku ni dapat minggu keempat pun bersyukurlah”. Sekurang-kurangnya dapat merasai pertandingan di pentas yang besar dan belajar dengan mereka yang profesional, macam para juri dan sebagainya.

“Komen mereka itu adalah sebagai satu proses pembelajaran juga buat kami. Bukan senang nak cakap komen yang sebegitu. Bagi saya inilah dinamakan rezeki. Bila sudah sampai ke tahap ini pun saya rasa sudah rasa bersyukur sangat,” katanya.

Ads

Ditanya sama ada dia sudah mengetahui apa yang sepatutnya perlu dilakukan dalam pertandingan besar itu, penyanyi lagu Sedap ini tidak menafikan perkara berkenaan.

“Sebelum ini bila tengok kawan-kawan di pentas GV yang bertanding, kita akan cakap mengapalah tak buat begitu begini. Akan tetapi bila kita sendiri sudah berada di situ, baru tahu rupanya macam ini. Baru faham.

“Kita diberi masa kurang seminggu sahaja untuk haf lagu yang jarang dengar. Selain itu susunan muzik yang baru lagi. Belum lagi kalau dirasakan kurang sesuai kena ubah, potong lagi. Apapun, kena cepatlah menerima. Ditambah dengan usia yang begini kan?,” katanya lagi.

Ads

“Saya Cakap ‘Aku Ni Dapat Minggu Keempat Pun Bersyukurlah’,” – Rezeki Ada Lagi Di GV8, Ani Maiyuni Tak Pernah Letih Belajar

“Saya Cakap ‘Aku Ni Dapat Minggu Keempat Pun Bersyukurlah’,” – Rezeki Ada Lagi Di GV8, Ani Maiyuni Tak Pernah Letih Belajar

Minggu hadapan, Ani yang berjaya mara bersaing ke peringkat separuh akhir bakal mempersembahkan dua lagu iaitu Let’s Get Loud yang dipopularkan oleh Jennifer Lopez dan Sumpah (Aina Abdul).

Ads

Bertemakan ‘Lagu Untukmu’, kesemua peserta perlu mempersembahkan dua buah lagu iaitu berentak rancak dan perlahan yang digabungkan secara medley.

Konsert GV8 dilangsungkan dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bersiaran menerusi saluran Astro Ria (CH 104) pada setiap hari Ahad, pukul 9 malam.

Program realiti nyanyian kendalian pengacara Nabil Ahmad dan Jihan Muse yang bermula sejak 21 November 2021 itu juga turut boleh ditonton di aplikasi Astro Go dan platform On Demand untuk tontonan secara online.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI