“Saya Cintakan Awak Namun Saya Terpaksa Lepaskan Awak Pergi,” – Individu Ini Cuba Singkap Maksud Gambar ‘Sunset’ Mizz Nina

Share

Penceraian pasangan selebriti, Noh Salleh dan Mizz Nina sememangnya mengejutkan ramai pihak termasuk peminat kedua-dua penyanyi ini.

Walaupun sudah berpisah, Noh dan Nina mengambil pendekatan akan terus kekal bersahabat baik memandangkan mereka turut mempunyai seorang anak angkat, Musa.

Noh dan Nina, kedua-duanya berkongsikan kenyataan rasmi mereka berhubung perpisahan itu di laman Instagram masing-masing sebaik mereka disahkan bercerai pada Khamis.

Dalam perkongsian itu, Noh dan Nina memuat naik gambar mereka bertiga termasuk Musa berlatar belakangkan pemandangan matahari terbenam di sebuah pantai.

Menariknya, satu status Twitter netizen yang dikenali @wanwanwan_wan__ mendapat perhatian warga maya apabila dia menulis maksud di sebalik simbolik matahari terbenam dalam gambar tersebut mengikut ‘urban dictionary’ yang sering digunakan dalam kalangan warga net.

“Mizz Nina kongsi gambar matahari terbenam dalam Instagram dia.

“Matahari terbenam itu membawa maksud ‘saya cintakan awak, namun saya terpaksa lepaskan awak pergi’,” tulis netizen tersebut.

Kicauan (twit) lelaki tersebut pantas mendapat ulang kicau (retweet) ramai yang mana lebih 10,000 netizen telah berkongsikan perkara tersebut.

Nina mendirikan rumah tangga dengan vokalis kumpulan Hujan itu pada 1 Julai 2011. Selepas 11 tahun hidup bersama, mereka mengambil keputusan untuk bercerai secara baik.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Published by
Juliana Johar