Dalam hidup ni tak semua benda yang kita lakukan akan disukai oleh orang. Pasti ada sahaja yang akan dikritik lebih-lebih lagi kalau bergelar seorang artis.
Ahad lalu, pelakon baru, Farah Nabilah telah dijemput sebagai juri jemputan di salah sebuah program TV, Bintang Bersama Bintang (BBB)
Nampaknya kehadiran Farah sebagai juri jemputan kurang disukai oleh netizen dan mendakwa pelakon tersebut berlagak.
Dalam pada itu menerusi akaun Instagram Farah sendiri, pelakon ini ada meluahkan rasa hatinya setelah dikritik sebagai berlagak ketika menjadi juri jemputa tempoh hari.
Mungkin itu cara Farah untuk mengkritik setiap persembahan daripada peserta.
Namun begitu mungkin Farah boleh mengambil setiap komen netizen ini untuk memperbaiki di mana-mana silap sebagai juri tempoh hari.
Sumber: Instagram TV3 & Farah Nabilah