Penyanyi remaja, Ismail Izzani mengakui ada cuba untuk menghubungi rakan artisnya, Haqiem Rusli berhubung sekeping foto viral yang menyaksikan seorang lelaki baring sekatil dengan seorang wanita yang dikatakan mirip kepada penyanyi berkenaan baru-baru ini.
Katanya, dia sendiri terkejut dan tidak sangka gambar sedemikian boleh wujud dan mulai tular menerusi Twitter.
Bagaimanapun, penyanyi lagu Bidadari itu percaya individu tersebut bukanlah Haqiem seperti yang disangka sesetengah pihak.
“Berkenaan dengan tersebut, saya melihat ramai yang cuba mencari kesalahan, lebih-lebih lagi selebriti. Bukan saya seorang yang pernah lalui, tetapi ramai lagi.
“Malah saya sendiri pun akan ada banyak perkara yang perlu lalui selepas ini. Harapnya rakan-rakan dalam industri yang sama lain lebih berhati-hati insyaAllah dan saya mendoakan yang terbaik buat mereka,” katanya kepada MH.
Ads
Ditanya mengenai isu gambar tular berkaitan Haqiem Rusli lagi, Ismail menjelaskan agak jarang menghubungi Haqiem.
“Saya tidak tahu kesahihannya dan saya sendiri jarang untuk hubungi dia. Jadi saya tak boleh nak cakap sama ada ia betul atau pun tidak.
“Sebab saya sebagai orang tengah atau netizen sendiri bila dapat tahu benda tu saya terkejut dan harap bukan dia.
Ads
“Saya pun dapat gambar tu menerusi Twitter dan kemudian sudah tentu saya terkejut sebab saya sendiri tak sangkalah akan ada gambar sedemikian. Saya hanya harap itu bukan dia,” jelasnya.
Namun selepas foto tersebut mulai viral, penyanyi muda terbabit ada cuba untuk menghubungi Haqiem.
“Saya sendiri cuba untuk hubungi Haqiem bagi mendapatkan kepastian tapi dia mungkin perlukan masa sendiri kot. Tapi bagi saya itu bukan dia kot, insyaAllah,” kongsinya lagi.
Ads
Dalam perkembangan lain, Ismail kini sedang sibuk menyiapkan projek album sulungnya yang dijangka akan berada di pasaran pertengahan tahun ini.
“Lima buah single terdahulu turut akan dimasukkan di dalam album berkenaan dan selebihnya merupakan lagu baru.
“InsyaAllah ikutkan perancangan album sulung saya itu nanti akan mempunyai 10 atau 12 buah lagu,” akhiri Ismail yang turut tersenarai sebagai Top 20 bagi kategori Artis Baru MeleTop di Anugerah MeleTop Era 2019.
Tampil menjawab dakwaan tidak berasas netizen, pelakon Sharifah Sakinah mendedahkan kad perakuan memeluk Agama Islam milik suaminya, Michael Hansen (Mikael Hansen).
Sakinah memuat naik foto kad yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Selangor itu menerusi Instagram.
“Kami tak muat naik bukti sebab tak nak mengharu birukan keluar mentua ya. Cuba anak awak tiba tiba kena convert Hindu, mau mak awak melenting tak? Nak sangat bukti swipe lah, terima kasihlah sebab mengharu birukan keadaan,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Ia susulan pengguna Instagram yang tidak dikenali meninggalkan tuduhan iaitu; ‘Tahniah Kinah masuk Kristian’ melalui ruangan mesej langsung (DM) di Instagram.
Sakinah menjelaskan, dia tidak menunjukkan bukti kerana ingin menjaga hati keluarga suaminya yang merupakan seorang jejaka Inggeris yang berasal dari Sweden.
“Kalau dah cakap dah lah dah lah, tak payah buruk sangka. Habis semua nak kena tunjuk bukti. Tak tunjuk nak jaga hati keluarga sana,” tulisnya lagi.
Sakinah baru-baru ini mendedahkan telah berkahwin dengan Michael, namun tidak berkongsi butiran lanjut mengenai perkahwinan keduanya itu.
Bintang drama Aku Yang Kau Gelar Isteri itu menjelaskan, dia mempunyau sebab tersendiri untuk tidak menghebahkan perkahwinannya sebelum ini kerana ia berkaitan soal peribadi dan agama.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Aktres Datin Seri Umie Aida ada menitipkan dedikasi istimewa buat rakan artis, Erra Fazira bersempena dengan ulang tahun Primadona Alaf Baru itu yang disambut hari ini.
Sambil mengungkapkan kata rindu, bintang filem Dukun ini turut mendoakan agar Erra sentiasa berada di dalam rahmatNya.
“Happy birtday Erra Fazira. Kudoakan semiga sentiasa dalam lindungan dan rahmatNya Allah SWT. Dan umur yang diberkatiNya. Amin Allahumma Amin,” tulis Umie menerusi satu entri di Insta Story.
Lalu, Erra turut dilihat memuat naik kembali hantaran tersebut dengan menjawab;
“Tq dear Umie Aida. Moga kita semua dalam lindungan dan rahmatNya. Berjaya dan bahagia zahir batin dunia akhirat. Amin,” respon Erra.
Dedikasi tersebut pastinya menjadi satu perkongsian kegembiraan buat peminat dua aktres terkenal ini.
Foto: Instagram Umie Aida, Erra Fazira
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Fendy Bakry tidak dapat menahan rasa sebak apabila salah seekor kucing peliharaan yang dipanggil Missy telah mati disebabkan paru-paru berdarah.
Menurut Fendy, dia mulai memahami akan erti sedih kehilangan bagi seorang pencinta kucing.
“Begini rasanya cat lover sedih bila kehilangan. Bila mana orang post pasal kucing, aku mesti akan cakap ‘kucing je pun, jangan la layankan sangat pasal benda-benda ni semua’.
“Tapi itu dulu, cerita 10 tahun lepas. Tapi sekarang membela bukan takat seekor tapi dah 13 ekor. Semuanya bermula dengan sekor kucing yang aku bagi nama Missy @mmissyyyyy.
“Aku tatang dari kecil, dari mula ambil dekat @kieracatkingdom_ dan akan sentiasa dapatkan rawatan dengan @nadiaveterinaryclinic.
“Tapi semalam Missy dah pergi tinggalkan aku dan isteri disebabkan lung berdarah,” tulisnya pada ruangan kapsyen hantaran video yang dikongsikan di Instagram.
Menerusi video sama, Fendy dan isteri, Ayu Afnizar dilihat menangis sebak dan Fendy sempat mendukung kucing kesayangannya itu yang sudah mati sambil menitiskan air mata.
Fendy turut menyifatkan Missy sebagai kucing yang jinak dan berterima kasih pada semua yang mengikuti perkembangan si manjanya itu menerusi media sosial.
“‘Anak’ yang baik, behave, sentiasa menjadi pendengar yang baik biarpun kita tak tahu apa dia fikir or faham. Terima kasih buat yang sentiasa mengikuti pembesaran Missy.
“Terima juga buat pencinta kucing yang sentiasa mendoakan untuk kesihatan Missy.
“Missy… terima kasih ‘nak’, hadir dalam hidup daddy & mummy, kongsi kebahgiaan dan kasih sayang bersama. Tenang la ‘nak’ di sana. Missy dah taksakit-sakit lagi dah.
“We love you… daddy simpan sini supaya tak hilang ok,” tulisnya lagi.
Hantaran video berkenaan yang menjentik jiwa itu turut dihujani dengan pelbagai ucapan yang baik-baik serta dedikasi semangat buat Fendy.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!