Berbeza dengan mana-mana persembahannya sebelum ini di pentas konsert, penyanyi Aina Abdul memberikan aura berbeza ketika diberi peluang menghiburkan tetamu buat pertama kali bersama Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO), baru-baru ini. 

Sinonim sebagai penyanyi yang sentiasa ‘all out’ dalam memberikan persembahan, Aina bagaimanapun tidak kekok menyesuaikan diri dengan gubahan simfoni lebih lembut dan santai bersama 60 pemuzik okestra iringan.

Aina atau Nurul Aina Abdul Ghani, 30, menunjukkan sisi ‘patuh’ bersesuaian dengan pentas Dewan Filharmonik Petronas (DFP) dengan mengalunkan nyanyian yang lebih bersahaja tetapi tetap bertenaga bersama paduan pemuzik orkestra pimpinan Ahmad Muriz Che Rose.

“Itulah perbezaan konteks persembahan simfoni kerana pemuzik orkestra mempunyai dinamik dalam skor muzik mereka dan begitu juga saya.

“Saya cuba menyesuaikan nyanyian dengan skor muzik mereka, lebih lembut dan santai.

“Jadi apabila saya mendengar muzik, saya cuba untuk selaraskan nyanyian kerana saya tidak mahu ‘bergaduh’ dengan muzik itu,” katanya.

Persembahan selama dua jam itu juga bagaikan tidak terasa apabila Aina menyampaikan 20 buah lagu popularnya termasuk Sumpah, Kejam, Jangan Mati Rasa Itu, Shadow dan beberapa lagu medley artis antarabangsa.

Sementara itu, Aina menyifatkan persembahannya selama dua hari berturut-turut di DFP pada 10 dan 11 Mei lalu sebagai pengalaman berharga apatah lagi ia cukup berbeza berbanding konsert pernah diadakan sebelum ini.

“Konsert ini menunjukkan sisi Aina Abdul yang sedikit ‘patuh’ kerana sebelum ini saya menyanyi main ‘langgar’ sahaja.

“Ia juga adalah pengalaman pertama saya bersama orkestra seramai 60 pemuzik. Saya tidak pernah membuat persembahan dengan pemuzik seramai ini,” katanya.

Dalam pada itu, Aina turut menyifatkan nyanyian dengan gubahan simfoni memberi peluang kepadanya untuk lebih bermain dengan warna vokal.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

@mediahiburanofficial Penampilan Aina Abdul di Aina Abdul Bersama MPO, mengenakan persalinan ilham Melinda Looi. Kata Aina, ia baju berinspirasikan ‘disco ball’. Sedapnya vokal aina! #MHnews #MediaHiburan #FYP ♬ original sound – Media Hiburan

Foto: Instagram Aina Abdul

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI