“Saya Cuba Tebus Kesalahan Saya Sebelum Ini,” – Video Rombongan Pinang Isteri Tular, Shuk Sahar Akui Ada Yang Membenci Dirinya

Share

Baru-baru ini, tular satu rakaman video di laman media sosial yang memaparkan penyampai radio, Shuk Sahar telah menghantar rombongan meminang isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah.

Rakaman video tersebut telah mendapat kritikan dan komen negatif daripada netizen.

Sedar dengan kekhilafan dirinya, Shuk mengakui ada segelintir yang meluahkan rasa benci terhadap dirinya.

Pada masa sama, Shuk menjelaskan tindakan tersebut adalah untuk tebus kesalahan yang dilakukan.

“Malam ni adalah malam yang cukup2 bersejarah bagi saya dan keluarga saya.

Apa yang saya buat memang ramai sakit hati dan benci.

“Saya cuba tebus kesalahan saya sebelum ni. Dan apa yang saya lakukan ini adalah untuk kebaikkan family saya sendiri.

“Saya dengan kering hati nya membawa rombangan meminang untuk pikat hati wife saya balik @rossa.sera

“Untuk fullvideo korang boleh pergi ke youtube shuk channel!,” tulisnya.

Sekadar informasi, Shuk mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Rossalennah pada 20 Disember 2015 dan dikurniakan dua anak perempuan.

Foto: Instagram Shuk Sahar

Published by
Nazar Rafiqhi