Hiburan

“Saya Dah Bagi Peluang Awak Bercakap Jujur 2 Kali,” – Sarah Yasmin Tak Terima Permonan Maaf Ruhainies

Share

Sarah Yasmine enggan melayan sebarang cubaan daripada pihak pelakon, Ruhainies untuk berhubung dengan dirinya.

Menurut Sarah, dia berharap pihak Ruhainies faham mengapa dia memilih untuk menyekat nombor telefon mereka di aplikasi Whatsapp.

“Saya sekat awak dekat Whatsapp sebab saya tak nak bercakap dengan awak lagi. Jadi, terimalah hint itu,” tulisnya.

Perkara itu dikongsikan oleh Sarah di Instagram Stories pagi tadi.

Katanya lagi, dia juga sudah serik untuk berhubung dengan Ruhainies selepas didakwa pernah ditipu sebelum ini.

“Saya sudah bagi awak peluang untuk bercakap jujur dengan saya dua kali dan awak menipu saya dua kali.

“Apa yang membuatkan awak fikir yang saya akan percaya kata-kata awak lagi?,” kongsinya lagi.

Dalam pada itu, Sarah turut menegaskan dirinya tidak akan menerima permohanan maaf yang dibuat oleh Ruhainies secara terbuka awal pagi tadi.

“Jadi, kenyataan saya untuk permohonan maaf terbuka awak adalah saya tidak akan maafkan. Terima kasih. Assalamualaikum,” katanya.

Terdahulu, awal pagi tadi, Ruhainies telah memuat naik satu kenyataan di Instagram Stories untuk memohon maaf kepada Sarah dan isteri kepada Aliff Aziz, Bella Astilla.

Ruhainies juga menyatakan hasrat untuk bersemuka dengan Bella dan Sarah untuk menyelesaikan segala kemelut yang berlaku saat ini.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Published by
Aizam Manaf